Rabu, 7 Januari 2009

SMU turut serta dalam bantahan terhadap Israel...

Assalamualaikum.

Pada hari ini Sahabat Mahasiswa Universiti bersama beberapa orang barisan MPP 08/09 telah membuka kaunter di bitarasiswa bagi menunjukkan bantahan terhadap Israel. SMU telah bertungkus lumus menarik perhatian orang ramai terutama di bitarasiswa, Astana Café, dan dewan-dewan serta bilik-bilik kuliah untuk menyertai dalam bantahan terhadap Israel dan sekutunya pada hari ini.

Pada masa yang sama SMU juga mengedarkan flyers bantahan yang disediakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh kampus dan semua kolej-kolej kediaman. SMU mensasarkan 2000 orang akan hadir untuk perarakan yang akan diadakan pada 9 Januari 2008 bertempat di padang UPSI bersama-sama seluruh warga kampus.

Pada masa yang sama, SMU akan melancarkan satu tabung kilat BERSAMAMU PALESTIN pada hari tersebut. Diharap seluruh warga kampus dapat menyumbangkan setakat yang termampu bagi meringankan beban saudara seislam kita yang sedang menderita di Palestin sekarang.

SMU percaya, seluruh warga UPSI akan terlibat dalam perarakan tersebut. SMU minta kerjasama JMK-JMK kolej kediaman serta UKLK untuk mengarahkan pelajar yang tidak ada kuliah pada hari tersebut untuk menyertai perarakan tersebut. Tunjukkanlah rasa keprihatinan anda terhadap saudara seislam kita.

SMU juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada segelintir Majlis Perwakilan Pelajar yang turut serta dalam bantahan ini. Kepada MPP, kami ucapkan kepada YDP MPP, saudara Hairie, NYDP saudara Syaifuldin kerana bertungkus lumus menjalankan program ini. Tidak lupa juga kepada semua SMU yang turut serta dalam bentahan pada pagi ini. Akhir sekali, kepada seluruh warga kampus yang telah mengecop, menandatangani, mengkritik, menyokong, dsb dalam menjayakan program ini.

Akhir kata, SMU berharap agar seluruh warga UPSI akan turut sertai dalam perarakan bantahan terhadap Israel yang akan diadakan pada hari jumaat ini bertempat di padang UPSI.

Wassalam…

Tiada ulasan: