Jumaat, 30 Januari 2009

SMU dan Pangkor Berdarah...

Assalamualaikum...

Baru-baru ini Negara kita digemparkan dengan isu Pangkor Berdarah. Pangkor berdarah ini telah menjadi isu besar kerana ada segelintir menyatakan Ikan-ikan yang dibawa masuk melalui Pangkor adalah tidak boleh dimakan DISEBABKAN AIR LAUT BERTUKAR MENJADI MERAH. Pada masa yang sama pendapatan nelayan di Pangkor terjejas akibat khabar angin ini. Juga terlibat sektor pelancongan di Pulau Pangkor juga terjejas. Ada yang telah membatalkan percutian mereka di Pulau Pangkor disebabkan oleh berita ini.

Walaubagaimanapun, SMU telah menafikan hal ini. Ini kerana kejadian laut bertukar bewarna merah disebabkan oleh pertumbuhan alga dan rumpai laut bewarna merah. Laut menjadi merah hanya disekitar LUMUT sahaja dan bukannya di Pangkor. SMU bersama pengusaha Pangkor Village telah membuat kenyataan akhbar pada 26 Januari 2009 bahawa Pangkor masih Selamat untuk menjadi pelancongan. SMU terlibat kerana pada masa yang sama SMU menganjurkan Program Pemantapan Rakan Exco SMU di Pangkor Village.

SMU bersama pengusaha Pangkor Village telah membuat kenyataan akhbar pada 26 Januari 2009 bagi membetulkan khabar angin tersebut. SMU juga telah meyakinkan warga Malaysia bahawa Pangkor masih selamat untuk menjadi kawasan pelancongan. Selepas kenyataan tersebut, Pangkor kembali seperti asal semula.

SMU juga ingin mengucapkan kepada semua SMU yang telah menjayakan Program 3 Hari 2 Malam di Pangkor Village dan terima kasih kepada semua senior SMU yang sanggup bersama-sama SMU junior kali ini.

Sekian,
WASSALAM...

Jumaat, 23 Januari 2009

SMU di Pangkor Village...

Assalamualaikum...

Seramai 40 orang SMU akan berada di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam bermula 24 Januari 2009 sehingga 26 Januari 2009. Program kaliini terdiri daripada semua exco dalam kelab SMU dan beberapa senior SMU yang telah pun praktikal.

Untuk pengetahuan semua peserta yang akan ke Pangkor, berikut adalah maklumat yang berkaitan:

Masa bertolak : 7.30 pagi di KAB, KZ, KUO, KHAR (24 Jan 2009)
Dijangka sampai : 11 malam (29 Jan 2009)

Keperluan : Pakaian sukan, kelengkapan peribadi, kelengkapan solat, touch
Light dan keperluan-keperluan yang lain.


Diharap semua peserta dapat berada pada waktu yang tepat di kolej masing-masing. SMU juga berharap objektif kem ini akan tercapai dan segalanya berjalan dengan lancar nanti, InsyaAllah...

Wassalam...

14 mahasiswa UPSI terkandas di kampus sekitar jam 12 tengah malam

Assalamualaikum…

Sebelum ini, SMU telah pun menulis berkaitan Karnival Pengguna yang berlangsung di UPSI. Hari ini, 23 Januari 2009 seramai 14 mahasiswa perempuan terkandas di stesen bas, berikutan tidak ada bas kitaran sekitar jam 11.30 malam tadi. Hal ini kerana, 14 mahasiswa tersebut leka membeli belah di Karnival pengguna sehingga terkandas di kampus. Selepas diselidik, 14 mahasiswa tersebut ialah mahasiswa kolej kediaman KHAR & KUO. Mereka kecewa kerana Karnival tersebut tidak menyediakan pengangkutan kepada pengunjung terutama mahasiswa yang berada di kolej.

Walaubagaimanapun, beberapa SMU dan dua orang MPP iaitu NYDP saudara Syaifuldin serta Saudari Ann (Exco Sukan) telah menyelesaikan masalah tersebut di kampus. Saudari Ann telah menawarkan keretanya sendiri untuk menghantar pulang semua mahasiswa dengan 3 kali angkut. Akhirnya kesemua mahasiswa dapat pulang ke kolej masing-masing dengan selamat atas bantuan SMU dan MPP tersebut. Mahasiswa mengucapkan terima kasih kepada SMU dan MPP yang telah memberi bantuan kepada mereka.

Mahasiswa agak kecewa dengan pihak penganjur Karnival Pengguna tersebut kerana tidak menyediakan pengangkutan sehingga karnival tersebut tamat. Namun begitu, SMU ingin nasihatkan semua mahasiswa UPSI untuk tidak leka dalam setiap penganjuran aktiviti di kampus dan ingin memaklumkan bas terakhir dari kampus ke kolej ialah 11.15 malam.

SMU ingin mengucapkan syabas kepada dua orang MPP tersebut kerana turun padang bersama-sama mangsa terkandas tersebut. Diharap MPP akan membuat pemantauan juga di waktu malam di kampus.

SMU juga ingin menasihatkan supaya semua mahasiswa sentiasa berhati-hati dan sentiasa berwaspada.

Wassalam...

Rabu, 21 Januari 2009

Karnival pengguna satu usaha yang membanggakan...

Assalamualaikum.

Tahniah kepada Kelab Pengguna kerana menganjurkan Karnival Pengguna julung kalinya di UPSI. Syabas kepada seluruh ahli kelab pengguna kerana telah memberikan input berkaitan Hak-hak pengguna serta telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik. Satu usaha yang sangat membanggakan.

Walaubagaimanapun, SMU ingin menegur beberapa aktiviti yang kurang menyenangkan sepanjang karnival itu berlangsung. SMU mendapati, masih ada percampuran atau pergaulan bebas lelaki perempuan di sepanjang karnival tersebut, terutamanya pada waktu malam. Smu mendapati tiada kawalan keselamatan yang dibuat dan kesesakan lalulintas setiap waktu pagi dan menyukarkan seluruh warga kampus terutama di beberapa lokasi seperti di hadapan SITC dan TS.

Selain itu, SMU juga mendapati gerai-gerai sepanjang karnival tersebut menjual barangan dengan harga yang lebih mahal berbanding harga pasaran. SMU terkejut dengan harga makanan di karnival tersebut setaraf dengan harga KFC. (boikot tetap boikot).

Diharap, pihak kelab pengguna dapat atasi masalah ini dan dapat memperbaiki kelemahan ini pada masa akan datang. SMU juga turut hadir memeriahkan karnival tersebut

Sekali bersahabat, selamanya bersahabat. InsyaAllah...

Wassalam...

Menara Bangsa...

Menara Bangsa

Suria muncul dipagi hari
Kita bangun sederap kaki
Menara bangsa yang kita bina
Perkasa tiada rebah lagi

Mentari sudah ada disini
Pasti bersinar beribu tahun lagi
Biar berhembus angin sangkakala
Malam pasti tiada datang

Kita sudah tiada perlu tidur
Kerna mimpi ada di depan mata
Embun jernih pengganti keringat
Berkilau bagai mutiara

Rimba akan terus hijau
Unggas riang ria berkicau
Air jernih meriak di sungai
Udara nyaman tenang di rongga

Darah kembali berharga
Merah buat penyeri muka
Senyum terus meniti di bibir
Kasih sayang jadi milik semua

Kita bebas terbang laksana burung
Terikat hanya di tali cinta

Kita bebas terbang laksana burung
Terikat hanya di tali cinta

Renungkan senikata ini, Diharap kita dapat menjadi warga UPSI yang sentiasa bersatu, bekerjasama dan InsyaAllah menjadi seorang guru yang bitara

Ahad, 18 Januari 2009

Lebih 4000 hadir menyaksikan Adibah Noor


Assalamualaikum…

Karnival Semarak Warisan (KASWA 09) telah berjaya membawa lebih 4000 penuntut UPSI dan penduduk sekitar Tanjung Malim semalam. Ini merupakan satu rekod kepada Kolej Ungku Omar kerana mencatat jumlah pengunjung paling ramai setakat ini dalam hari terbuka kolej kediamannya.

Walaubagaimanapun, SMU agak kecewa dengan segelintir mahasiswa yang masih tidak tahu menjaga tingkahlaku mereka ketika program tersebut dikendalikan. Bagi SMU, Adibah Noor adalah artis yang sesuai kerana beliau merupakan bekas guru TESL. Malam tersebut, Adibah Noor telah pun berkongsi sedikit pengalaman dan memberi nasihat kepada seluruh warga UPSI supaya tidak mempersiakan hidup masing-masing. Keseluruhannya pengendalian majlis tersebut boleh dikatakan berjalan dengan lancar.

SMU juga ingin menyatakan bahawa ada segelintir mahasiswa yang salah sangka dan masih berfikiran sempit. Ini kerana ada yang mendakwa program malam tadi berunsurkan maksiat yang amat serta boleh menyesatkan seorang mukmin yang sejati. Secara peribadi, SMU rasa tidak keterlaluan persembahan mahasiswa pada malam tersebut dan pengendalian oleh Adibah Noor sangat professional di atas pentas.

SMU berharap agar seluruh mahasiswa UPSI dapat menimba ilmu daripada program-program yang dikendalikan oleh sesuatu organisasi. Ambil yang jernih, Buang yang keruh.

Wassalam…

Jumaat, 16 Januari 2009

Forum Perdana KASWA 09

Assalamualaikum…

Pada hari ini, KUO akan mengadakan satu forum perdana sempena KASWA 09 bermula jam 9 malam ini. SMU difahamkan Saudara Nazri, Bekas kumpulan Raihan akan bersama-sama warga KUO dan pengunjung KASWA pada malam ini. Isu yang akan dibentangkan ialah Hiburan menurut perspektif Islam. SMU difahamkan,tajuk ini dipilih kerana ramai mahasiswa UPSI masih tidak faham konteks hiburan dalam Islam. Oleh sebab itu, malam ini segala persolan akan dirungkaikan oleh ahli-ahli panel yang cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Jangan lepaskan peluang anda malam ini. Pada masa yang sama turut diundang Kumpulan Em’Basheer UPSI yang telah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik MAKUM 08 baru-baru ini di UTM Skudai,Johor. Untuk pengetahuan semua warga UPSI banyak kejayaan telah digondololeh kumpulan Em’Basheer ini di peringkat luar. Ini kali pertama KASWA 09 menampilkan penampilan istimewa daripada Kumpulan Nasyid Em’Basheer.

Diharap, semua warga UPSI dapat memeriahkan majlis pada malam ini.

Wassalam.

Sifu & Tongga mendapat sambutan ramai.

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada semua warga UPSI kerana telah membeli tiket untuk tayangan perdana Sifu & Tongga ini kerana anda telah pun beramal. Ini kerana saluran kewangan tayangan perdana ini akan dimasukkan dalam tabung Kempen Kami Prihatin SMU.

Oleh kerana terlalu banyak permintaan, SMU telah berusaha untuk mengadakan tayangan ini sebanyak dua kali pada malam ini. Tahniah dan syabas kepada SMU exco kebajikan kerana telah bertungkus lumus dalam proses jualan tiket. SMU difahamkan hamper 600 tiket telah pun dijual. Tahniah dan syabas sekali lagi.

Atas permintaan ramai, SMU akan meneruskan tayangan perdana SMU pada masa akan datang lagi. InsyaAllah.

Wassalam…

Tentatif petang ini...

Tentatif Hari Interaksi SMU

2.30 Pendaftaran ahli
3.00 Ketibaan VIP
3.15 Ucapan Presiden Kelab
3.25 Ucapan Penasihat Kelab
3.35 Tayangan Montaj & Pembentangan Takwim
4.00 Aktiviti
5.30 Penutup
5.45 Makan
6.00 Bersurai

Tempat : Bilik Pameran Bitarasiswa
Pakaian : Pakaian Sukan

Diharap aktiviti pertama untuk tahun ini mendapat sambutan daripada seluruh ahli kelab SMU.

Isnin, 12 Januari 2009

Karnival Semarak Warisan (KASWA 09)


Assalamualaikum.

Kelab Sahabat Mahsiswa pada kali ini, ingin menjemput semua warga UPSI untuk sama-sama memeriahkan Karnival Semarak warisan yang akan diadakan di Kolej Ungku Omar bermula 16 Januari sehingga 18 Januari 2009.

SMU mendapati pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang program itu berlangsung. Pada masa yang sama SMU ingin mengucapkan syabas kepada KUO kerana mengetengahkan tema budaya warisan bangsa dikalangan mahasiswa UPSI. Antara aktiviti menarik ialah Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Malam Pertandingan akhir semarak warisan, Gerai jualan, mini zoo, explorace, pertandingan sayembara puisi dan banyak lagi. Pada masa yang sama SMU diberitahu pada malam ke2 program itu akan dimeriahkan lagi oleh artis jemputan iaitu Adibah Noor.

KUO membawa Adibah Noor kerana beliau juga merupakan salah seorang guru sebelum ini dan seorang artis penghibur yang versatile di Malaysia. SMU juga menjemput semua warga UPSI menyertai larian amal MAKNA, ini kerana larian amal ini akan disumbangkan RM 1 daripada setiap penyertaan kepada MAKNA.

SMU berharap semua dapat memeriahkan lagi karnival ini. Mari kita semua menimba ilmu daripada program tersebut.

SMU JUGA INGIN INGATKAN SUPAYA SEMUA WARGA UPSI JAGA TINGKAHLAKU KETIKA PROGRAM ITU BERLANGSUNG.

Wassalam...

Sabtu, 10 Januari 2009

Program di Pangkor...

Program Pemantapan Exco SMU

Assalamualaikum…

Kepada semua ahli kelab Sahabat Mahasiswa Universiti, SMU akan mengadakan program pemantapan Exco pada bulan Januari ini. Selain itu, ianya adalah satu program penghargaan kepada senior-senior SMU. SMU senior terutama yang sedang praktikum didahulukan untuk menyertai program ini diikuti Majlis tertinggi Kelab serta Exco dan ahli-ahlinya.

Berikut adalah maklumat program:

Tarikh : 24, 25, 26 Jan 2009
Tempat : Pangkor Village, Pulau Pangkor
Sasaran : 80 orang
Bayaran : RM 80 seorang.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

Bola tampar pantai
Snokerling
Boat Trip
Barbeque
Taklimat & Ice Breaking Exco
LDK Kepimpinan
Karaoke
Sukaneka
Explorace & Treasure Hunt
Perkhemahan

SMU senior didahulukan dan hanya terhad kepada 80 orang peserta. Sebarang maklumat lanjut akan diterangkan dalam Hari Interaksi SMU yang akan berlangsung pada 16 Januari 2009 di Bilik Pameran Bitarasiswa

Khamis, 8 Januari 2009

Bantuan Zakat kepada yang memerlukan...

Assalamualaikum...

Bagi mengurangkan beban sahabat-sahabat yang ditolak PTPTN RM 1500, SMU mendapat maklumat daripada MPP bahawa Pusat Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris mempelawa pelajar UPSI yang berkelayakan untuk memohon SKIM BANTUAN ZAKAT daripada TABUNG AMANAH ZAKAT UPSI.
Syarat-syarat pemohon adalah seperti berikut:

1. Tidak mempunyai tajaan atau pinjaman daripada mana-mana agensi.
2. Mempunyai tajaan atau pinjaman tetapi ibu dan bapa telah meninggal dunia.
3. Mempunyai tajaan atau pinjaman dan pendapatan keluarga kurang daripada RM500.00 sebulan serta mempunyai tanggungan yang melebihi 5 orang.

PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT MELALUI MyUPSI PORTAL

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

PUSAT ISLAM ARAS 2,BANGUNAN BLOK C UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TEL:05-4505473/5475

LAMAN WEB: http://pusatislam.upsi.edu.my/

TARIKAH TUTUP PERMOHONAN 30 JANUARI 2009

Diharap dengan bantuan ini sahabat-sahabat sekalian dapat menampung kos sara hidup anda di UPSI.

Dilema mahasiswa UPSI setelah 4 hari kuliah…

Assalamualaikum…

Pertama sekali, SMU ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah turun menandatangani Bantahan terhadap Israel dan sekutunya. Pada petang ini, SMU ingin menarik perhatian Majlis Perwakilan Pelajar UPSI serta Jabatan Hal Ehwal pelajar & Alumni tentang dilemma mahasiswa UPSI selepas 4 hari kuliah bermula.

Isu yang pertama berkaitan, wang pendahuluan PTPTN RM 1500 ditolak sekaligus. Sebagai Sahabat Mahasiswa Universiti, SMU mendapati, ramai sahabat-sahabat semester 2 berada dalam dilemma. Apabila SMU mendekati sahabat-sahabat ini, mereka semua mengeluh dan masih terkejut dengan tindakan PTPTN. Ini kerana wang yang tinggal hanyalah RM 500 dan bagi pelajar FSM pula wangnya hanya RM 300 lebih. Mampukah wang yang nilainya sekecil itu bertahan sehingga satu semester. SMU juga mendapati isu ini ada kaitan dengan manifesto seorang calon umum MPP yang telah menang. Beliau iaitu saudara Akmal Madzir (Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPP 08/09) telah berkata ketika rapat umum lepas, Beliau akan menyelesaikan masalah pemotongan wang pendahuluan PTPTN RM 1500 dipotong secara berperingkat sekiranya dipilih, tetapi, pada sem ini, PTPTN telah pun menolak sekaligus. SMU & Sahabat-sahabat diluar sana masih menanti jawapan dari saudara Akmal Madzir. Ini kerana, ini adalah manifesto beliau dalam PRK yang lepas. Diharap Akmal dapat memberi jawapan kepada seluruh warga UPSI. Diharap MPP lain juga turut membantu beliau.

SMU mendapati pelajar-pelajar ini tidak tahu tentang bantuan kewangan yang disediakan oleh HEP seperti zakat, baitulmal dan pinjaman kewangan daripada HEP. Diharap, pegawai yang bertanggungjawan En. Fauzi untuk memberi panduan kepada seluruh warga UPSI tentang alternatif lain. SMU berharap isu ini akan segera diselesaikan kerana, mahasiswa semester 2 hanya bergantung pada PTPTN.

Isu kedua yang berada dalam dilema pelajar UPSI ialah study week tidak ada langsung semester kali ini. SMU dan sahabat-sahabat lain berpendapat, study week itu amat perlu bagi menyiapkan diri mahasiswa sebelum menghadapi peperiksaan.

Isu kedua ini ada kaitan dengan manifesto saudari Noor Hafizawati (Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPP 08/09) yang telah menggondol kerusi fakulti FST dalam PRK yang lepas. Beliau telah menjanjikan akan mewujudkan 2 minggu study week sekiranya beliau dipilih. Diharap saudari Noor Hafizawati memberi jawapan kepada seluruh warga UPSI apakah langkah beliau dalam pelaksanaan manifesto beliau.

SMU disini bukannya ingin menyalahkan mana-mana pihak, SMU adalah golongan yang sentiasa bersama pelajar dan SMU sekadar ingin mengingatkan MPP yang telah menang dalam PRK lepas tentang tanggungjawab mereka dalam melaksanakan manifesto masing-masing. Diharap semua pihak dapat menyelesaikan masalah ini.

Wassalam

Mahasiswa & Politik

Assalamualaikum…

Pada hari ini, SMU ingin mengupas satu topik yang sekarang ini hangat di mana-mana IPTA iaitu mahasiswa & politik. SMU mendapati kebanyakkan mahasiswa era sekarang mahukan perubahan tetapi mereka sendiri tidak tahu apa yang hendak di ubah. Ini ada juga sedikit pengaruh luar yang berlaku semasa pilihanraya Negara tahun lepas di mana pembangkang telah menguasai 4 buah negeri di Malaysia.

SMU mendapati kebanyakkan mahasiswa cuba mempolitikkan isu di dalam kampus dan hampir hilang matlamat sebenar seseorang mahasiswa ke IPTA. SMU tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi sebagai SAHABAT SMU ingin memberi teguran kepada sahabat-sahabat di UPSI terutamanya kerana ada segelintir mahasiswa yang terkandas dari matlamat sebagai seorang mahasiswa yang sepatutnya.

Sahabat-sahabat sekalian, kita bukan orang politik, kita orang akademik, jadi fikirlah mengikut pemikiran ahli akademik. Berbalik kepada tujuan asal mahasiswa datang ke UPSI? Adakah anda ingin menyampaikan fahaman luar? Adakah anda ingin membawa ideologi politik di luar kampus menular di IPTA?

Mampukah mahasiswa berada dalam keadaan aman sekiranya politik dibawa masuk ke kampus? Cuba anda renungkan semula. SMU ingin memberitahu bahawa sebagai mahasiswa kita mampu melihat, menganalisis dan berbincang dalam bentuk lebih ilmiah berkaitan politik dan bukannya membawa fahaman luar yang extreme ke dalam kampus.

Ingat, tujuan sebenar kita ke UPSI, adalah untuk mendapatkan segulung ijazah dan seboleh-bolehnya dapatkan Ijazah Sarjana Muda kelas Pertama. Pada masa yang sama jangan jadi mahasiswa lesu. Anda aktifkan diri anda dalam program-program anjuran universiti, MPP, JMK dan fakulti-fakulti. Amalkan budaya membaca berkaitan semua topik yang melanda Negara. Anda bukan lesu. Mahasiswa perlu bangkit dan anda perlu berubah untuk lebih aktif dan terlibat serta mempelajari pelbagai ilmu dalam penganjuran majlis

Ini amat berguna kepada kita sebagai bakal guru kelak. Politik kampus pula adalah sebagai satu proses pembelajaran sahaja dan sepatutnya tidak melibatkan mana-mana parti politik diluar. Ini kerana mahasiswa tujuannya adalah belajar. Terima kasih kepada Kementerian kerana telah meluaskan sedikit perkara 15 dan 16 dalam AUKU. Mahasiswa boleh menyertai mana-mana persatuan diluar yang hanya berdaftar dengan kerajaan sahaja. Ini satu peluang bagi mahasiswa lebih aktif dan proktif. InsyaAllah.

Wassalam

Rabu, 7 Januari 2009

SMU juga menjemput seluruh warga kampus ke KHAR

Jemputan Menghadiri Solat Hajat Perdana untuk Rakyat Palestin dan Ceramah Perdana: Keluarga Bahagia: Sesejuk mata memandang.

Bersempena Minggu Tautan Mesra Anjuran Biro Blok dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) akan menganjurkan solat hajat perdana untuk rakyat-rakyat di Palestin dan ceramah perdana dengan tajuk : Keluarga Bahagia: Sesejuk Mata Memandang yang akan disampaikan oleh Ustaz Zamri Shafiq. Ayuh sama-sama kita hadir untuk mendoakan saudara-saudara kita di sana seterusnya memakmurkan majlis ilmu ini di Dataran KHAR.

Majlis akan diadakan pada masa seperti berikut:

Tarikh : 8 Januari 2009 (Khamis)Tempat : Dataran Kolej Harun Aminurrashid


Tentatif Majlis:

7.00 pm
Pelajar berkumpul di dataran KHAR
7.30 pm
Solat Maghrib berjemaah
8.00 pm
Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana
8.30 pm
Solat Isyak berjemaah
9.15 pm
Ceramah Perdana - Keluarga Bahagia : Sesejuk Mata Memandang


Untuk keterangan lanjut sila hubungi saudara Mohamad Shukri bin Talib, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah (JMK KHAR 08/09)

SMU ingin mengucapkan tahniah dan syabas kerana usaha murni dari seluruh warga KHAR kerana mengadakan solat hajat perdana ini. SMU juga menyarankan agar seluruh warga UPSI sama ada di KUO, UKLK, KZ mahupun KAB turut serta dalam program anjuran JMK KHAR ini. Diharap program seperti ini dapat berterusan pada masa akan datang. InsyaAllah...

SMU turut serta dalam bantahan terhadap Israel...

Assalamualaikum.

Pada hari ini Sahabat Mahasiswa Universiti bersama beberapa orang barisan MPP 08/09 telah membuka kaunter di bitarasiswa bagi menunjukkan bantahan terhadap Israel. SMU telah bertungkus lumus menarik perhatian orang ramai terutama di bitarasiswa, Astana Café, dan dewan-dewan serta bilik-bilik kuliah untuk menyertai dalam bantahan terhadap Israel dan sekutunya pada hari ini.

Pada masa yang sama SMU juga mengedarkan flyers bantahan yang disediakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh kampus dan semua kolej-kolej kediaman. SMU mensasarkan 2000 orang akan hadir untuk perarakan yang akan diadakan pada 9 Januari 2008 bertempat di padang UPSI bersama-sama seluruh warga kampus.

Pada masa yang sama, SMU akan melancarkan satu tabung kilat BERSAMAMU PALESTIN pada hari tersebut. Diharap seluruh warga kampus dapat menyumbangkan setakat yang termampu bagi meringankan beban saudara seislam kita yang sedang menderita di Palestin sekarang.

SMU percaya, seluruh warga UPSI akan terlibat dalam perarakan tersebut. SMU minta kerjasama JMK-JMK kolej kediaman serta UKLK untuk mengarahkan pelajar yang tidak ada kuliah pada hari tersebut untuk menyertai perarakan tersebut. Tunjukkanlah rasa keprihatinan anda terhadap saudara seislam kita.

SMU juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada segelintir Majlis Perwakilan Pelajar yang turut serta dalam bantahan ini. Kepada MPP, kami ucapkan kepada YDP MPP, saudara Hairie, NYDP saudara Syaifuldin kerana bertungkus lumus menjalankan program ini. Tidak lupa juga kepada semua SMU yang turut serta dalam bentahan pada pagi ini. Akhir sekali, kepada seluruh warga kampus yang telah mengecop, menandatangani, mengkritik, menyokong, dsb dalam menjayakan program ini.

Akhir kata, SMU berharap agar seluruh warga UPSI akan turut sertai dalam perarakan bantahan terhadap Israel yang akan diadakan pada hari jumaat ini bertempat di padang UPSI.

Wassalam…

Tayangan Amal - Sifu & Tongga



TAYANGAN AMAL PERDANA KEMPEN KAMI PRIHATIN SMU UPSI 2008'SIFU & TONGGA'

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Adalah dimaklumkan Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) dengan kerjasama Primeworks Studio dan Line Clear Motion Picture akan mengadakan satu Tayangan Amal Perdana bertajuk 'Sifu dan Tongga'. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut :-

Tarikh
16 Januari 2009
Masa
6.00 petang - 12.00 malam
Tempat
Panggung Budaya, Fakulti Seni Muzik


Tiket beharga RM 5.00, mulai dijual di kaunter tiket berhampiran anda atau anda boleh menghubungi wakil kami yang berdekatan dengan anda. Tiket terhad kepada 1000 tiket sahaja.

SMU bersama MPP Boikot Israel.

Assalamualaikum…

Pertama sekali SMU ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar MPP 08/09 kerana telah boikot Israel. Malam ini, beberapa SMU juga turut terlibat bersama barisan MPP untuk membuat kain rentang memboikot Israel bertempat di Bitarasiswa UPSI pada pukul 10 malam tadi. Satu usaha yang amat membanggakan kerana mahasiswa turut prihatin terhadap kepayahan serta penderitaan Palestin. Sebagai mahasiswa UPSI, kita hanya boleh memboikot serta berdoa sahaja kepada Allah yang esa.

SMU menyarankan kepada semua mahasiswa supaya bersama-sama menyertai SMU pada hari jumaat ini untuk membuat bantahan secara aman di UPSI. Bantahan kepada Israel itu akan diadakan pada hari jumaat bertempat dibitarasiswa tepat jam 9 pagi. SMU juga berharap semua mahasiswa serta staf UPSI dapat menyumbangkan wang ringgit kepada Palestin. Satu tabung khas akan dilancarkan pada hari jumaat tersebut iaitu BERSAMAMU PALESTIN. Diharap semua mahasiswa UPSI dapat menyertai bantahan tersebut dan menyumbangkan setakat yang mampu.

Kami, SMU berharap program bantahan ini akan mendapat sambutan seluruh warga kampus. Tunjukkanlah rasa keprihatinan anda dan semangat jihad islam dikalangan anda. Kita ahli akademik, jadi berfikirlah seperti ahli akademik. Kita bukan orang politik. SMU mengalu-alukan kehadiran seluruh warga kampus dalam program tersebut.

Bersamamu Palestin
Jumaat, 9 Januari 2009
Bitarasiswa UPSI
9 Pagi.

Wassalam…

Selasa, 6 Januari 2009

Ujibakat usher Majlis Perkahwinan Mawi & Ekin

Anda peminta Mawi & Ekin? Anda ingin belajar sesuatu tentang penyambut tetamu majlis VVIP? Anda ingin mengetahui dunia glamour artis tanah air kita?

Kepada semua ahli kelab SMU anda diminta untuk menghadirkan diri dalam satu ujibakat menjadi usher dan pengiring untuk Majlis Perkahwinan Mawi & Ekin.

Berikut adalah butiran program

Tempat: Bilik Pameran Bitarasiswa
Masa : 8 malam
Tarikh : 6 Jan 2009 ( Selasa )

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama-sama Maestro dalam majlis perkahwinan Mawi & Ekin.

* Hanya untuk ahli kelab SMU sahaja.

Hari Interaksi SMU

Assalamualaikum…

Seperti sem-sem yang lepas, Kelab SMU akan mengadakan Hari Interaksi bersama SMU baru dan SMU yang lama. Diharap kepada semua SMU yang berdaftar akan menghadiri Hari Interaksi tersebut.


Berikut adalah maklumat berkaitan hari tersebut:

Hari : Jumaat
Tarikh : 16 Januari 2009
Masa : 2.30 ptg- 6.00 ptg
Tempat: Bilik Pameran Bitarasiswa.
Pakaian: Pakaian sukan (sopan dan bermaruah)
Tema : Merah

Semua SMU yang berdaftar wajib menghadirkan diri pada hari tersebut Pelbagai aktiviti menarik menanti anda pada hari tersebut. Pastikan anda terus mengaktifkan diri anda sebagai ahli kelab SMU dan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab dan universiti sepanjang semester.

Wassalam.

Isnin, 5 Januari 2009

Ragam Hari Pertama Kuliah...

Assalamualaikum.

Hari ini telah pun bermula hari pertama kuliah. Pelbagai ragam pelajar dapat dilihat. Pejabat Keselamatan menjadi perhatian mahasiswa pada hari ini, kerana masing-masing memohon sticker baru yang dikeluarkan oleh mereka. Ada juga yang sibuk di fakulti masing-masing menguruskan pendaftaran fakulti dan pengambilan slip peperiksaan. Ada yang gembira, ada yang masih terkenang kampong halaman dan ada yang sedih dengan slip peperiksaan kerana tidak mencapai sasaran mereka.

Beberapa mahasiswa baru telah berjumpa dengan SMU untuk bertanyakan dimana lokasi bangunan HEP. Pelajar-pelajar DPLI sibuk mencari HEP untuk menguruskan elaun mereka. SMU telah membantu pada hari ini menunjukkan arah ke HEP pada hari ini dan telah menerangkan serba sedikit tentang jadual mereka seperti TMNB, TMNU, TS, TU dan menerangkan arah tersebut. Kebanyakkan mereka tidak tahu kemana arah tujuan dan terpinga-pinga mencari lokasi kuliah mereka. SMU mendapati mahasiswa baru ini tidak didedahkan dengan bangunan-bangunan di UPSI sepanjang Minggu Suai Kenal yang dikendalikan oleh JKS.

Walaubagaimanapun masalah ini telah dapat diatasi dengan bantuan SMU dan kawan-kawan senior di kolej kediaman dan di kampus.

Wassalam…

Ahad, 4 Januari 2009

SMU berjaya membawa suara mahasiswa berkaitan praktikum sem 7.

Salam….

Pada sem 1 08/09, pelajar-pelajar senior UPSI diwar-warkan praktikum sem 7 yang akan bermula bagi pelajar ambilan Julai 06/07. Banyak persoalan yang telah timbul mengapa berlakunya perubahan dasar secara tiba-tiba kepada warga UPSI.

Pada sidang dewan pendidik perdana semester lalu. Isu praktikum sem 7 telah dibentangkan oleh Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti kepada pihak atasan universiti ketika itu. Turut hadir pada hari tersebut ialah En. Ridzuan dan En Hushaini dari Akademik serta Prof. Dr. Shaharudin b. Abdul Aziz, TNC HEP. Kelab SMU telah membentangkan tentang isu ini serta memberi cadangan kepada pihak atasan berkaitan isu ini. Satu pembentangan yang jelas dan mengutarakan masalah-masalah yang dihadapi sekiranya praktikum sem 7. Tahniah dan syabas Exco Perhubungan & Pengantarabangsaan SMU ketika itu kerana telah berjaya membawa suara mahasiswa UPSI ke dalam sidang dewan pendidik.

Alhamdulillah, berita baik kepada warga UPSI, isu ini telah pun selesai kerana praktikum sem 7 hanya akan bermula untuk pelajar ambilan Julai 08/09 dan seterusnya. Kepada senior-senior anda tidak perlu risau kerana isu ini telah pun selesai.

Tahniah kepada MPP sidang 07/08 kerana menganjurkan sidang dewan pendidik dan ianya amat berguna kepada kelab-kelab seperti kami untuk menyuarakan pendapat dengan cara yang betul. Diharap sidang dewan pendidik ini dapat diteruskan oleh MPP 08/09 yang baru dilantik sem lepas.

Wassalam…

welcome junior & senior.

Assalamualaikum.

Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti UPSI mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua junior ambilan Dis 08/09 kerana terpilih menuntut ilmu ke UPSI. Kami berharap anda akan menjadi warga UPSI yang bitara kelak. Aktifkan diri anda dengan pelbagai aktiviti anjuran kolej-kolej kediaman dan universiti agar anda mendapat input-input yang berguna.

Selamat Kembali kepada warga UPSI terutamanya senior-senior. Buang yang keruh ambil yang jernih. Pastikan anda terus berusaha bersungguh-sungguh untuk sem ini. Perbaiki mana yang lemah dan terus aktifkan diri dalam pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Pada masa yang sama, Kelab Sahabat Mahasiswa UPSI juga mengalu-alukan supaya anda menyertai kelab Sahabat Mahasiswa Universiti untuk mengendalikan dan memperoleh ilmu-ilmu pengurusan majlis dan pengendalian majlis yang besar disamping dapat mengumpul dan berkenalan sahabat-sahabat berlainan program di UPSI.

Semoga menjadi warga UPSI yang berktrampilan dan berintelektual. InsyaAllah

Wassalam

30 SMU dalam Majlis Mawi & Ekin

Seramai 30 orang SMU akan menyertai perkahwinan Mawi dan Ekin di Palace of The Golden Horses dibawah pengurusan Maestro. 30 orang yang terdiri daripada 15 lelaki dan 15 perempuan dipilih berdasarkan kemampuan dan kredibiliti masing-masing.

30 orang ini dipilih untuk menjadi usher semasa perkahwinan Mawi dan Ekin serta menjadi pengiring mereka ketika majlis tersebut. Kelab sahabat Mahasiswa Universiti menjadi pilihan untuk ke majlis ini kerana kepercayaan dan kredibiliti ahli yang ditunjukkan.

Jadi, tahniah kepada 30 orang yang dipilih menyertai perkahwinan tersebut di Palace of The Golden Horses pada 11 Januari yang akan datang. Semoga majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Sekian...

Pendahuluan

Assalamualaikum...

Kepada semua warga UPSI, ini adalah blog sahabat mahasiswa universiti yang dibuat khas untuk anda semua bagi berkongsi maklumat terkini berkaitan universiti kita, UPSI seterusnya tentang kelab kita.

Pastikan anda mengikuti perkembangan aktiviti yang dianjurkan oleh universiti dan aktiviti kelab. Pastikan anda sentiasa mengaktifkan diri anda di UPSI. Pastikan anda memperoleh ilmu pengurusan supaya anda mampu menjadi seorang guru bitara kelak disekolah anda.

Dengan berkat dan sokongan yang anda berikan, InsyaAllah blog ini akan terus aktif untuk memberi maklumat terkini berkaitan kelab dan isu-isu semasa berkaitan UPSI.


Jadilah sorang sahabat mahasiswa yang berketrampilan agar menjadi contoh kepada semua warga UPSI.

wassalam...