Rabu, 7 Januari 2009

SMU bersama MPP Boikot Israel.

Assalamualaikum…

Pertama sekali SMU ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar MPP 08/09 kerana telah boikot Israel. Malam ini, beberapa SMU juga turut terlibat bersama barisan MPP untuk membuat kain rentang memboikot Israel bertempat di Bitarasiswa UPSI pada pukul 10 malam tadi. Satu usaha yang amat membanggakan kerana mahasiswa turut prihatin terhadap kepayahan serta penderitaan Palestin. Sebagai mahasiswa UPSI, kita hanya boleh memboikot serta berdoa sahaja kepada Allah yang esa.

SMU menyarankan kepada semua mahasiswa supaya bersama-sama menyertai SMU pada hari jumaat ini untuk membuat bantahan secara aman di UPSI. Bantahan kepada Israel itu akan diadakan pada hari jumaat bertempat dibitarasiswa tepat jam 9 pagi. SMU juga berharap semua mahasiswa serta staf UPSI dapat menyumbangkan wang ringgit kepada Palestin. Satu tabung khas akan dilancarkan pada hari jumaat tersebut iaitu BERSAMAMU PALESTIN. Diharap semua mahasiswa UPSI dapat menyertai bantahan tersebut dan menyumbangkan setakat yang mampu.

Kami, SMU berharap program bantahan ini akan mendapat sambutan seluruh warga kampus. Tunjukkanlah rasa keprihatinan anda dan semangat jihad islam dikalangan anda. Kita ahli akademik, jadi berfikirlah seperti ahli akademik. Kita bukan orang politik. SMU mengalu-alukan kehadiran seluruh warga kampus dalam program tersebut.

Bersamamu Palestin
Jumaat, 9 Januari 2009
Bitarasiswa UPSI
9 Pagi.

Wassalam…

Tiada ulasan: