Isnin, 23 Februari 2009

Panas macam cendawan goreng...

Assalamualaikum...

Kali ini, SMU ingin menulis tentang isu yang sangat hebat diperbincangkan di dalam upsi portal iaitu berkaitan tarikh istiadat pesta konvokesyen ke-11 upsi sidang ke-2. Untuk pengetahuan semua mahasiswa SMU mendapati kebanyakkan mahasiswa yang memberi pandangan masing-masing atas kepentingan peribadi masing-masing. SMU tidak lah menyalahkan mana-mana pihak tetapi SMU merasakan isu ini masih boleh diselesaikan dengan diplomasi.

SMU mendapati, mahasiswa semester 7 mahukan tarikh istiadat pada bulan Disember ini kerana merasakan mereka akan ditempatkan disekolah dengan lebih awal. Manakala mahasiswa semeseter 8 yang sedang praktikum mahukan tarikh istiadat pada bulan Ogos kerana tidak mahu tunggu lama selepas praktikum.

Pada pandangan SMU, SMU merasakan konvokesyen ini adalah salah satu syarat sahaja selepas belajar di UPSI 4 tahun. Hal ini kerana, untuk penempatan di sekolah SMU mendapat maklumat hanya perlukan transkrip untuk penempatan. Transkrip pula akan dikeluarkan sebelum tarikh istiadat. Hal yang sama berlaku di IPTA lain, dimana hanya akan ada satu sidang konvokesyen di IPTA lain.

Mahasiswa UPSI seharusnya bersyukur kerana di UPSI sudah ada konvokesyen 2 kali setahun berbanding di universiti lain di Malaysia. SMU juga masih ternanti jawapan daripada Majlis Perwakilan Pelajar berkaitan isu penetapan tarikh istiadat konvokesyen sidang ke-2.

SMU juga terkilan dengan sikap segolongan mahasiswa UPSI yang cuba mengaitkan isu ini dengan pergolakan politik di Perak. Ini kerana ada yang membuat kenyataan bahawa MPP membuat bantahan tarikh istiadat konvokesyen setelah diperkenan oleh Canselor UPSI. Ada yang mengeluarkan kenyataan MPP derhaka terhadap Permaisuri sultan berikutan membuat bantahan terhadap tarikh tersebut. Untuk pengetahuan semua mahasiswa setakat ini SMU mendapati tidak ada bantahan daripada MPP itu sendiri tetapu ianya cadangan supaya dapat diubah ke tarikh lain. (Sumber MPP 08/09). Diharap mahasiswa dapat bersikap akademik dan profesional dan tidak mengaitkan dengan politik di luar dalam kampus.

SMU mendapat satu berita tidak rasmi bahawa tarikh istiadat sidang ke-2 adalah dipinda ke bulan Ogos kerana pada Disember tersebut Akademik dan JHEPA sibuk dengan ambilan pelajar baru. Walaubagaimanapun, apabila ditanya MPP, MPP masih menunggu memo daripada bahagian sepatutnya berkaitan tarikh istiadat konvokesyen yang baru dari pihak atasan universiti.

Oleh itu, diharap semua mahasiswa dapat bertenang dan InsyaAllah akan menerima berita yang baru dan untuk kebaikan semua mahasiswa UPSI kelak.

Sekali Bersahabat, selamanya bersahabat....

Ahad, 15 Februari 2009

SMU bersama senamrobik MOVE di KAB...

Assalamualaikum...

Pada pagi tadi, beberapa orang SMU telah bersama-sama Persatuan Teknologi Maklumat (PTM) & Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersenamrobik di Kolej Aminuddin Baki (KAB). Pada kali ini, Senamrobik MOVE kali ini diketuai oleh saudari Ika (N. Setiausaha MPP) dan merupakan fasa kedua selepas fasa pertama MOVE dilaksanakan pada Karnival Semarak Warisan (KASWA) di Kolej Ungku Omar yang lepas.

Walaubagaimanapun, sambutan di KAB kurang menyegat berbanding di KUO. Ini mungkin kerana mahasiswa terlibat dengan KESAFF yang berlangsung di kampus utama UPSI. Pada kali ini, MOVE telah membawa satu tarian yang baru dan dikatakan mampu menarik minat golongan warga emas kerana lagu P.Ramlee dijadikan sebagai background muzik untuk senamrobik kali ini. Satu usaha yang sangat membanggakan.

Sambutan MOVE kali ini disertai oleh sebahagian warga KAB, dan turut serta beberapa orang dari UKLK, KHAR dan KUO serta KZ. Ini kerana MOVE merupakan satu-satu senamrobik yang aktif di UPSI. SMU juga turut memeriahkan senamrobik itu di KAB. SMU berharap MOVE akan lebih aktif dan mampu menarik minat semua mahasiswa UPSI supaya lebih cergas dan cerdas.

Seterusnya MOVE akan bersama-sama semua mahasiswa setiap hari jumaat di bitarasiswa. Sesiapa yang berminat boleh turut serta MOVE dan event-event besar universiti kelak.

Wassalam...

Sabtu, 14 Februari 2009

YDP KUO letak jawatan???

Assalamualaikum…

SMU mendapat satu ura-ura yang mengatakan YDP Kolej Ungku Omar telah meletak jawatan. SMU tidak tahu sama ada hal ini adalah benar atau pun tidak. SMU mendapati maklumat daripada warga KUO sendiri bahawa isu YDP KUO letak jawatan telah menjadi bualan ramai warga KUO.

SMU masih menanti jawapan daripada YDP KUO untuk menjelaskan tentang isu ini. Diharap YDP KUO tersebut dapat memberitahu kepada semua mahasiswa atas keputusan ini. Adakah salah pihak pengurusan kolej? Adakah salah YDP KUO itu sendiri atau perkara lain yang menyebabkan perletakkan jawatan YDP KUO itu.

Walaubagaimanapun, SMU percaya ini adalah berikutan Karnival Semarak Warisan (KASWA09) tempoh hari.

Kepada semua mahasiswa, SMU akan mendapatkan maklumat terkini secepat mungkin, adakah benar isu ini ataupun tidak. Cuma, SMU berharap kepada semua kolej-kolej lain dan MPP, apabila anda dibei tanggungjawab, SMU berharap anda dapat menjalankan tugas dengan baik dan dengan penuh integriti. Sesungguhnya, tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin adalah berat dan sekiranya rapuh kepimpinan kita, maka kita akan dipersoalkan kelak.

Sekadar mengingatkan…


Wassalam…

Meriah di KAB...

Assalamualaikum...

SMU mendapati Harin Terbuka KAB sangat mendapat sambutan daripada seluruh warga UPSI. Ini kerana SMU menyifatkan program kali ini lebih tersusun daripada Karnival-karnival yang lepas. Apabila di tanya, KAB mengambil iniseatif untuk membawa artis jemputan setiap hari untuk menarik pengunjung ke Karnival Terbuka mereka.

Strategi yang digunakan oleh KAB sangat baik, ini kerana SMU mendapati sambutan daripada mahasiswa UPSI amat memberangsangkan. SMU juga menganggarkan lebih ramai akan hadir ke malam terakhir Karnival ilmu ini kerana KAB menjemput Ustaz Akhil dan juga penyanyi Waheeda.

Tahniah kepada jawatankuasa mahasiswa kolej Aminuddin Baki dan SMU berharap semua program yang disusun dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

TENTATIF PROGRAM KARNIVAL ILMU KOLEJ AMINUDDIN BAKI
12 – 15 Februari 2009

Pameran Buku, Kempen Anti Dadah & Perang, Jualan Gerai dan Pameran Dalaman dan Luaran.

12 Februari 2009
9.00 - 13.00 - Pertandingan Gubahan Perkahwinan
14.00 - 19.00 - Pertandingan Memasak
- Pertandingan Puisi
21.00 - 23.00 - Forum Perdana (Jodoh : Pilihan atau Takdir)
Moderator : Hafiz Hamidun
Pesembahan Artis : In-Team

13 Februari 2009

9.00 - 13.00 - Bersama Novelis & Kartunis
- Pertandingan Busana Muslimah
- Pertandingan Pantun
15.00 - 17.00 - Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan
- Peace For Palestin Oleh Aman Palestin
20.00 - 23.00 - Pertandingan Dikir Barat
Persembahan Artis : Halim Yazid
- Sepak Takraw Terbuka KAB
- Sukan Tertutup KAB ( Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal)

14 Februari 2009

7.00 - 9.00 - Sihat Cergas KAB
9.00 - 13.00 - Pertandingan Tarian
- Bersama Kartunis Upin dan Ipin
9.00 - 19.00 - Explorace Terbuka KAB
- Sepak Takraw Terbuka KAB
- Sukan Tertutup KAB ( Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal)
14.00 - 19.00 - Pertandingan Kompang
21.00 - 23.00 - Pertandingan Nasyid
Persembahan Artis : Hafiz Hamidun & Aiman
- Sukan Tertutup KAB ( Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal)

15 Februari 2009

7.00 - 8.00 - Sihat Cergas KAB
8.00 - 9.00 - Marathon KAB
9.00 - 11.00 - Pencarian Guru Bitara
11.00 13.00 - Autoshow
14.00 - 19.00 - Pertandingan Kugiran
21.00 - 23.00 - Majlis Penutupan Karnival Ilmu & Penyampaian Hadiah
Persembahan Artis : Akill Hayy & Waheeda



Wassalam...

Selasa, 10 Februari 2009

Bengkel Kecemerlangan Siswa UPSI

Assalamualaikum...

Kepada semua sahabat-sahabat mahasiswa UPSI,

Bahagian Kaunseling & Kerjaya JHEPA akan mengadakan "Bengkel Strategi Siswa Cemerlang" pada 28 Februari 2009 di Bilik Pameran Bangunan Bitarasiswa.
Keutamaan akan diberikan kepada pelajar ambilan Januari 2009.
Sasaran pelajar adalah seramai 150 orang.

Borang penyertaan boleh di dapati di UPSI PORTAL dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Februari 2009.

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah datang ke Bahagian Kaunseling & Kerjaya JHEPA di Bangunan Bitarasiswa dari jam 9.00 pagi hingga 4 petang (Isnin - Jumaat)
SMU mencadangkan kepada mahasiswa UPSI yang baru pergi ke bengkel ini untuk pendedahan pengiraan PNGK/PNGS dan bagaimana untuk mengekalkan di tahap kecemerlangan.
Wassalam...

Sabtu, 7 Februari 2009

Sukan Za'ba...

KEJOHANAN SUKAN ZA'BA 2009
PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Adalah dimaklumkan Biro Sukan dan Rekreasi, Jawankuasa Mahasiswa Kolej Za'ba, UPSI dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Majlis Perwakilan Pelajar UPSI akan menganjurkan Kejohanan Sukan Za'ba. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut :-

Tarikh : 6 - 8 Februari 2009
Tempat : Kolej Za'ba

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Meriah sambutan KHAT di KHAR

Assalamualaikum...
SMU ingin minta maaf kepada warga KHAT, sebab lambat post tentatif KHAT. SMU sebenarnya terlewat sebab sibuk dengan tugasan kuliah dan program-program SMU sendiri. SMU suka dengan forum Berpaut di dahan cinta kelmarin kerana membawa mesej yang begitu berguna terutama kita sebagai mahasiswa UPSI.

TENTATIF KARNIVAL HARI TERBUKA 2009
KOLEJ HARUN AMINURRASHID
(KHAT ’09)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

5 FEBRUARI 2009 (KHAMIS)

7.00 pagi - 11.00 malam : Jualan Dan Pameran Al-Quran/Kesenian Perak/Kempen Derma Darah &
Pemeriksaan Kesihatan/Pc Fair
5.00 – 7.00 petang : Slot Kesenian Islam
- Marhaban, tulisan khat dan berzanji
9.00 – 11.00 malam : Forum Perdana Ehwal Islam : “Berpaut Di Dahan Cinta”
- Moderator : Ustaz Anhar bin Opir (Pensyarah UPSI)
- Ahli panel : Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil (Saifulislam)
Ustaz Mohamad bin Abdullah (Al-Hiraq)
6 FEBRUARI 2009 (JUMAAT)
7.00 pagi - 11.00 malam : Jualan Dan Pameran Al-Quran/Kesenian Perak/Kempen Derma Darah &
Pemeriksaan Kesihatan/Pc Fair
5.00 – 7.00 petang : Tanaman Agro Kolej Harun Aminurrashid
9.00 – 11.00 malam : Malam Eksplorasi Islam
- Artis : MESTICA & DESTINY (Kumpulan Nasyid UPSI)

7 FEBRUARI 2009 (SABTU)-Hari Wanita

7.00 pagi - 11.00 malam : Jualan Dan Pameran Al-Quran/Kesenian Perak/Kempen Derma Darah &
Pemeriksaan Kesihatan/Pc Fair
9.00 pagi – 1.00 petang : Bengkel Kesihatan Dalaman Bersama Raja Mazian
2.00 – 5.30 petang : Bengkel Kecantikan bersama Produk Tia Amelia
5.00 – 7.00 petang : Pertandingan Gubahan Hantaran
8.30 malam : Ketibaan para penonton
8.50 malam : VIP mengambil tempat
- Persembahan silat wanita
9.00 malam : Kata alu-aluan
Bacaan doa
9.10 malam : Pengacara majlis memperkenalkan ahli panel
- majlis diserahkan kepada moderator
: Forum Wanita : “Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang
Dunia”
- Moderator : Akmal bin Madzir (Majlis Perwakilan Pelajar)
- Ahli Panel : Raja Mazian binti Raja Mohamed (Al-Hiraq)
: Ustazah Wahibah binti Twahir @ Tahir (Pensyarah UPSI)
: Ustaz Ahmad Shukri bin Yusoff (Halaqah)
10.00 malam : Persembahan Palapes Wanita
10.05 malam : Forum diteruskan
10.30 malam : Sesi soal jawab
10.45 malam : Majlis Perasmian Hari Wanita dan penyampaian hadiah kepada penerima
Anugerah Penghargaan
11.00 malam : Majlis penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan perasmi
11.15 malam : Majlis Bersurai

8 FEBRUARI 2009 (AHAD)

7.00 pagi - 11.00 malam : Jualan Dan Pameran Al-Quran/Kesenian Perak/Kempen Derma Darah &
Pemeriksaan Kesihatan/Pc Fair
7.00 – 9.00 pagi : Senamrobik
9.00 pagi – 4.00 petang : Bengkel Fotografi dan Editing Video
11.00 pagi – 1.00 petang : Pertandingan Akhir Debat dan Pantun Piala Pengetua
2.00 – 7.00 petang : Jom Santai Minda
9.00 – 11.00 malam : Majlis Penutup KHAT ’09 & Pelancaran ‘Palestine We Care’
Diharap semua warga UPSI dapat memeriahkan Hari terbuka KHAR kali ini. SMU juga turut hadir dalam program yang dianjurkan oleh KHAT.
Wassalam...

Khamis, 5 Februari 2009

Satu lagi manifesto tercapai...

Assalamualaikum.

Selepas SMU menulis tentang MPP pro kualiti dan pro kebajikan, SMU mendapati ada sedikit perubahan yang berlaku dalam MPP. SMU ucapkan syabas kepada salah seorang MPP 08/09 iaitu saudara Nazarul Hazwan ( Naib bendahari MPP 08/09) kerana manifestonya telah pun tercapai. Ini dapat dibuktikan dengan memo daripada JHEPA. Untuk pengetahuan semua mahasiswa UPSI, saudara Naza telah menjanjikan bas dari kolej kediaman ke bilik kuliah Taman Bernam.

Berikut adalah memo daripada HEP berkaitan manifesto Naza....

Kepada semua mahasiswa/siswi KHAR dan KUO yang mempunyai kuliah di Taman Bernam Baru, satu bas terus ke bilik-bilik kuliah Taman Bernam Baru disediakan mulai 6/2/2009 dari jam 7.00 pagi - 8.00 pagi.
Selepas jam 8.00 pagi, bas akan bergerak seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
Sekian, harap maklum.
Penolong Pendaftar, Unit Perkhidmatan Pelajar JHEPA.


SMU ucapkan syabas dah tahniah kepada saudara Naza kerana telah membantu semua mahasiswa terutama di KHAR dan KUO untuk ke bilik kuliah Taman Bernam. Diharap MPP lain dapat mencontohi saudara Naza untuk laksanakan manifesto masing-masing. Sebelum ini SMU ada memberitahu manifesto seorang MPP juga tercapai iaitu pelonggaran syarat biasiswa KPM. Itu adalah manifesto saudara Syaiffuldin (NYDP MPP 08/09). Syabas juga pada beliau.
Sekian Wassalam...

Isnin, 2 Februari 2009

Pro Kebajikan dan Pro Kualiti?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semua PRK di semua IPTA pada awal Januari ini telah pun selesai dan berjalan dengan lancar walaupun ada segelintir dari mereka yang ekstrem dengan politik kampus. Pada kali ini, SMU ingin mengingatkan semula kepada barisan MPP UPSI untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai MPP 08/09.

Kali ini, SMU terpaksa menulis berkaitan MPP UPSI 08/09 kerana masih ada konflik dalaman antara Pro kualiti dan pro Kebajikan di MPP. Selepas 3 bulan MPP UPSI bertugas, SMU membuat perhatian dan soal selidik mahasiswa UPSI yang lain. Didapati MPP pro kebajikan masih jarang berada di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar dan ada yang masuk ke pejabat seminggu sekali untuk melihat surat yang ada atas meja sahaja. Mungkin mereka ini, menjaga kebajikan mahasiswa sehingga terlupa kerja-kerja yang terbengkalai di pejabat MPP. SMU juga mendapati ada MPP yang sibuk dengan pilihanraya kampus universiti lain sedangkan tanggungjawab di UPSI masih terbengkalai.

Walaubagaimanapun, seluruh mahasiswa UPSI masih menunggu jawapan daripada MPP dalam pelaksanaan manifesto masing-masing. Seolah-olah semua yang dijanjikan senyap begitu sahaja. SMU masih ingat semasa kempen pilihanraya ada dikalangan MPP menjanjikan berbagai-bagai manifesto.

Antara yang masih SMU ingat adalah study week 2 minggu, pemansuhan pemotongan pendahuluan ptptn RM 1500, bas OKU, pengasingan bas lelaki dan perempuan, mewujudkan kursus pend islam, dan lain-lain lagi.

SMU dan seluruh warga kampus UPSI masih melihat wujud pertelingkahan antara pro kualiti dan pro mahasiswa. SMU mendapati kedua-duanya masih mementingkan jawatan masing-masing lagi. Namun, ada manifesto yang sudah tercapai seperti pelonggaran syarat biasiswa KPM.

SMU berharap supaya barisan MPP bekerjasama dan buang terus sikap berpolitik dan teruskan tanggungjawab sebagai MPP. Mahasiswa UPSI berharap MPP melaksanakan manifesto masing-masing dan menjaga kebajikan pelajar UPSI. SMU percaya bukan mudah untuk memenuhi semua kehendak mahasiswa dan memuaskan hati semua pihak, tetapi SMU berharap supaya MPP sentiasa bertugas di pejabat yang tersergam indah itu.

Sekadar ingin menegur kerana SMU adalah sahabat kepada seluruh warga UPSI

Sekali Bersahabat, Selamanya Bersahabat...

Wassalam...

Ahad, 1 Februari 2009

Program Kecemerlangan akademik UPSI

Assalamualaikum...
Kepada semua pelajar yang disenaraikan pada lampiran, anda adalah diwajibkan untuk menghadiri program kecemerlangan akademik pelajar semester 2 sesi 2008/2009 yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti di bawah mengikut kumpulan yang ditetapkan

Sila lihat lampiran senarai nama pelajar yang terlibat di

Auditorium Utama
2.30 petang
Kumpulan 1

8 Februari 2009 (Ahad)
Auditorium Utama

9.00 pagi
Kumpulan 2

11.30 pagi
Kumpulan 3

2.30 petang
Kumpulan 4

Kepada SMU yang cemerlang anda bolehlah menyemak nama anda di laman tersebut. Sekiranya terpilih SMU inbin ucapkan tahniah dan kepada yang tidak terpilih SMU ingin ucapkan usaha lagi pada masa akan datang. insyaAllah.
Wassalam...