Sabtu, 14 Februari 2009

Meriah di KAB...

Assalamualaikum...

SMU mendapati Harin Terbuka KAB sangat mendapat sambutan daripada seluruh warga UPSI. Ini kerana SMU menyifatkan program kali ini lebih tersusun daripada Karnival-karnival yang lepas. Apabila di tanya, KAB mengambil iniseatif untuk membawa artis jemputan setiap hari untuk menarik pengunjung ke Karnival Terbuka mereka.

Strategi yang digunakan oleh KAB sangat baik, ini kerana SMU mendapati sambutan daripada mahasiswa UPSI amat memberangsangkan. SMU juga menganggarkan lebih ramai akan hadir ke malam terakhir Karnival ilmu ini kerana KAB menjemput Ustaz Akhil dan juga penyanyi Waheeda.

Tahniah kepada jawatankuasa mahasiswa kolej Aminuddin Baki dan SMU berharap semua program yang disusun dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

TENTATIF PROGRAM KARNIVAL ILMU KOLEJ AMINUDDIN BAKI
12 – 15 Februari 2009

Pameran Buku, Kempen Anti Dadah & Perang, Jualan Gerai dan Pameran Dalaman dan Luaran.

12 Februari 2009
9.00 - 13.00 - Pertandingan Gubahan Perkahwinan
14.00 - 19.00 - Pertandingan Memasak
- Pertandingan Puisi
21.00 - 23.00 - Forum Perdana (Jodoh : Pilihan atau Takdir)
Moderator : Hafiz Hamidun
Pesembahan Artis : In-Team

13 Februari 2009

9.00 - 13.00 - Bersama Novelis & Kartunis
- Pertandingan Busana Muslimah
- Pertandingan Pantun
15.00 - 17.00 - Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan
- Peace For Palestin Oleh Aman Palestin
20.00 - 23.00 - Pertandingan Dikir Barat
Persembahan Artis : Halim Yazid
- Sepak Takraw Terbuka KAB
- Sukan Tertutup KAB ( Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal)

14 Februari 2009

7.00 - 9.00 - Sihat Cergas KAB
9.00 - 13.00 - Pertandingan Tarian
- Bersama Kartunis Upin dan Ipin
9.00 - 19.00 - Explorace Terbuka KAB
- Sepak Takraw Terbuka KAB
- Sukan Tertutup KAB ( Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal)
14.00 - 19.00 - Pertandingan Kompang
21.00 - 23.00 - Pertandingan Nasyid
Persembahan Artis : Hafiz Hamidun & Aiman
- Sukan Tertutup KAB ( Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal)

15 Februari 2009

7.00 - 8.00 - Sihat Cergas KAB
8.00 - 9.00 - Marathon KAB
9.00 - 11.00 - Pencarian Guru Bitara
11.00 13.00 - Autoshow
14.00 - 19.00 - Pertandingan Kugiran
21.00 - 23.00 - Majlis Penutupan Karnival Ilmu & Penyampaian Hadiah
Persembahan Artis : Akill Hayy & Waheeda



Wassalam...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam. boleh saya ketahui siapa di sana yang menyatakan sesuatu yang agak bernas di sini?? mengikut kefahaman saya, program ini sebenarnya sememangnya berjaya menarik minat pengunjung setiap malam dan setiap aktiviti walaupun tanpa artis. hal ini kerana pengisian yang dirancang dan dijalankan adalah bersifat diversity dan menyeluruh. dan untuk pengetahuan para penjung blogger ini, boleh saya katakan bahawa perancngan yang teliti dan penyebaran informasi secara meluas akan menarik minat penduduk untuk berkunjung. selain itu, pelan kedudukan stage dan khemah-khemah yang tertumpu juga menjadi daya tarikan dan menampakkan suasana meriah. semoga program akan datang juga melakukan sedemikian dan harapan saya segala kekurangan dapat diatasi agar pihak universiti turut berbangga dengan program seumpamanya. sekian, terima kasih.