Isnin, 23 Mac 2009

Lebih 7000 mahasiswa, ambilan Julai akan datang...

Lebih 7000 mahasiswa akan mendaftar untuk ambilan Julai

Satu maklumat yang SMU terima, ambilan Julai akan datang UPSI akan menerima 7000 mahasiswa baru yang terdiri daripada 4000 mahasiswa Diploma Pendidikan dan 3000 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Satu angka yang cukup besar SMU rasakan dan ambilan yang paling banyak dalam masa beberapa tahun ini.

Persoalan yang wujud dalam minda SMU ialah:

  1. Penempatan mahasiswa baru cukup atau tidak dengan kapasiti kolej kediaman?
  2. Sekiranya Diploma Pendidikan diambil sebanyak 4000 orang dan akan bergraduan pada tahun 2010 sama dengan ambilan Julai 06/07, bagaimana penempatan mahasiswa ambilan Julai 06/07? Wujud lambakan atau tidak?
  3. Cukupkah kakitangan UPSI untuk mengambil kuantiti mahasiswa yang begitu ramai?

    Ini adalah beberapa persoalan yang timbul apabila SMU mendapati ambilan akan datang mencecah sehingga 7000 orang. SMU hanya ingin membuka minda pembaca untuk sama-sama memikirkan kesan dan akibat apabila ambilan Julai mencecah 7000 orang. Walau bagaimanapun, kita tunggu dan lihat adakah ambilan seramai 7000 ini adalah maklumat yang sahih atau pun tidak dan sekiranya betul bagaimana mereka akan dikendalikan kelak.

    SMU berharap mahasiswa mahasiswi UPSI akan terus gemilang dan sentiasa terbilang. InsyaAllah...

    Wassalam!!!

Pesta Konvokesyen sederhna tapi meriah...

Assalamualaikum…

Pertama sekali SMU ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada semua sekteriat Pesta Konvokesyen UPSI kali ini kerana telah pun berjaya menganjurkan pesta konvokesyen ke 11 sidang pertama UPSI dengan jayanya. SMU mendapati banyak ahli SMU juga terlibat dan memegang jawatan yang tertinggi dalam penganjuran pesta kali ini sama seperti penganjuran yang lepas-lepas.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang terlibat dalam pesta kali ini ialah saudara Syaifuldin, Razik, Nor Ain, Fitri, Elyana, Nazarul Hazwan, Hanif sahaja. Yang lain SMU percaya mereka sibuk menjaga kebajikan mahasiswa UPSI. Slot yang menjadi kegemaran SMU ialah acara bersama murid-murid tadika UPSI kerana sungguh meriah. Selain itu, acara warisan Melayu juga menjadi aktiviti yang SMU rasakan meriah kerana melibatkan penduduk sekitar Tg Malim. Di samping itu, forum perdana ehwal islam juga mendapat sambutan dari mahasiswa UPSI. SMU mengucapkan tahniah kepada Sekteriat Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM UPSI) terutama Saripah Dora (mantan MPP 07/08) kerana bersunguh-sunguh mengendalikan slot tersebut.

SMU juga ingin memuji seorang pensyarah kerana mewajibkan 212 mahasiswa kelasnya untuk turun mendengar forum tersebut. Pensyarah tersebut meminta mahasiswa kelasnya membuat laporan dan ia merupakan markah tugasan untuk subjek tersebut.

Secara keseluruhan, penglibatan mahasiswa UPSI terhadap aktiviti universiti mengecewakan kerana SMU mendapati mahasiswa sibuk dengan tugasan yang perlu dihantar pada minggu pesta konvokesyen. Walau bagaimanapun, terima kasih kepada mahasiswa yang telah memeriahkan pesta konvokesyen ke 11 sidang pertama UPSI.

SMU berharap agar MPP sentiasa membuat perubahan terhadap penganjuran program di UPSI untuk menarik minat mahasiswa supaya bergiat lebih aktif dalm aktiviti universiti. SMU juga terkilan kerana pesta konvo kalo ini tidak melibatkan JMK kolej kediaman. SMU tidak nampak langsung kelibat JMK kolej dalam penglibatan pesta konvokesyen kali ini kecuali beberapa JMK KHAR yang turut bersama dalam perasmian pembukaan pesta konvokesyen sahaja. Untuk aktiviti lain tidak ada seorang JMK pun yang terlibat. Diharap MPP dapat memperbaiki kelemahan ini pada masa akan datang untuk melibatkan seluruh warga kampus UPSI.


Sekali Bersahabat, Selamanya Bersahabat

Wassalam!!!

Jumaat, 13 Mac 2009

Pesta Konvokesyen UPSI ke 11 sidang 1

Assalamualaikum…

Kali ini, SMU ingin ajak seluruh warga kampus untuk sama-sama memeriahkan pesta konvokesyen upsi ke 11 sidang 1 yang akan berlangsung bermula 16 Mac 2009 sehingga 19 Mac 2009. Pada kali ini pesta konvokesyen bertemakan Pendidik Bitara UPSI Gemilang.

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik ialah, Program merakyatkan seni anjuran JHEPA dengan kerjasama JKK Negeri Perak. Selain itu, SMU difahamkan antara artis jemputan yang akan turut memeriahkan ialah adik Wada dan Afiq dari Idola Kecil. Selain itu, Kumpulan Nasyid Now see Heart akan memeriahkan pesta konvo kita kali ini juga. Ada juga forum perdana hal ehwal islam yang dianjurkan bersama-sama Sekteriat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah UPSI dengan kerjasama MPP yang bertajuk ITUKAH AKU.

Selain itu, pesta konvo kali ini juga seperti biasa dihiasi dengan gerai-gerai jualan dan aktiviti-aktiviti yang menarik. Semua mahasiswa UPSI dijemput beramai-ramai memeriahkan lagi pesta konvokesyen kita pada kali ini. SMU juga difahamkan akan ada persembahan-persembahan yang menarik akan dihidangkan dalam pesta konvo kita pada kali ini. Semoga perjalanan Pesta Konvo kali ini dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah...

Wassalam

Isnin, 9 Mac 2009

SDP 1 hambar, isu Pengangkutan universiti PANAS

Assalamualaimkum
SMU ingin membuat laporan berkaitan sidang dewan pendidik yang lepas untuk tatapan semua mahasiswa UPSI...

Tahniah diucapkan kepada Majlis perwakilan pelajar kerana meneruskan sidang dewan pendidik pada sem ini. SMU ingin mengucapkan syabas kepada AJK pelaksana kerana berusaha untuk membawa dan meneruskan tampuk kepimpinan MPP yang lepas.

Pada kali ini, SMU dapati sidang dewan pendidik hambar kerana tidak mempunyai speaker dewan yang aktif. SMU mendapati, speaker dewan perlu baiki keadaan dewan untuk menghidupkan suasana dewan. Diharap, tuan speaker dewan dapat perbaiki kelemahan pada masa akan datang dalam dewan sidang pendidik yang ke-2.

Isu pengangkutan menjadi isu panas. Isu ini dibangkitkan oleh Kelab Kelana Siswa UPSI. Ini kerana baru-baru ini, HEP telah memberitahu semua kelab dan persatuan boleh mendapatkan pengangkutan universiti dengan BAYARAN. Ini membebankan semua mahasiswa yang menyertai kelab dan persatuan untuk membuat program di luar. Isu ini sampai sekarang masih tidak selesai dan mana-mana kelab yang ingin membuat program di luar, perlu membuat bayaran mengikut kadar yang ditetapkan.

Jawapan daripada Pendaftar UPSI tentang pengangkutan universiti semasa perjumpaan dengan Dato pendaftar:

Semua kelab dan persatuan hanya dibenarkan menggunakan pengangkutan universiti hanya sekitar 5 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang sahaja dengan KADAR BAYARAN yang ditetapkan oleh universiti. Mana-mana kelab dan persatuan yang mempunyai rasional yang tinggi dalam penganjuran program di luar, di pihak Dato pendaftar, boleh dapatkan 50% diskaun perjalanan untuk setiap bas yang digunakan.

Kesimpulan yang boleh dibuat:

Semua program yang dianjurkan di luar yang melibatkan persatuan dan kelab perlu dibayar juga. SMU merasakan ini satu beban kepada mahasiswa untuk terus bergiat aktif dalam penganjuran program di luar daripada universiti. SMU merasakan aktiviti pelajar telah dihadkan oleh pihak universiti sendiri. Alasan pihak pentadbiran universiti ialah kerana kos UPSI yang terlalu tinggi dan terpaksa hadkan budget pengangkutan.

Selain itu, sidang dewan pendidik pada hari tersebut membawa isu-isu seperti etika pemakaian, ROSS 2, Mesin ATM, Minggu ulang kaji, dan isu-isu yang biasa dibincangkan dalam SDP.

Nasihat SMU kepada semua pembentang SDP:

Jangan hanya bagi masalah sahaja, tolong bagi cadangan penyelesaian juga kepada pihak universiti untuk tindakan susulan. Ini kerana SMU mendapati kebanyakan pembentang hanya bagi masalah sahaja dan tidak bagi penyelesaian. SMU juga dapati ada kelab dan persatuan yang tidak fokus pada satu isu yang dibentangkan. Harap maklum.
Wassalam...


Isnin, 2 Mac 2009

YDP KUO lagi...

Assalamualaikum…

Sudah lama rasanya tidak post blog kerana kekangan masa. Kepada semua pembaca blog SMU, SMU minta maaf kerana kelewatan menyiasat isu YDP KUO. Ini kerana SMU ingin dapatkan maklumat yang betul dan sahih daripada pihak pentadbiran Kolej Ungku Omar.

Selepas SMU membuat siasatan, SMU mendapati YDP KUO memang sah letak jawatan. YDP KUO letak jawatan atas sebab peribadi dan sebabnya terpaksa dirahsiakan oleh pihak pentadbiran kolej. SMU juga ada bertanya kepada pihak pentadbiran Kolej Ungku Omar, adakah disebabkan salah guna kewangan Hari Terbuka Kolej Ungku Omar? Pihak pentadbiran memberitahu bahawa, ada sesetengah blog lain yang cuba ambil kesempatan terhadap saudara Izi dan memanipulasikan isu perletakkan jawatan beliau.

Pihak Kolej Ungku Omar agak kecewa dengan sesetengah mahasiswa kerana menyebarkan fitnah terhadap mantan YDP KUO tersebut. Pihak pentadbiran kolej mengeluarkan kenyataan bahawa IZI letak jawatan bukan sebab penyelewengan kewangan. Kalau disebabkan oleh penyelewengan kewangan, sudah tentu kami akan mengambil tindakan tatatertib seperti dalam AUKU.

SMU juga ada menghubungi saudara Izi, dan beliau menyatakan, biarlah apa orang nak kata pun, yang penting Allah S.W.T tahu apa yang dilakukan oleh nya. Sesungguhnya Allah pada pihak yang benar katanya.

Untuk pengetahuan semua mahasiswa YDP baru tidak akan dilantik memandangkan masih ada 2 bualan sahaja sebelum barisan baru kepimpinan kolej di lantik. Oleh sebab iti, TYP sekarang, saudari UMIEY akan menjadi pemangku YDP dalam tempoh ini.

SMU juga terkilan dengan sikap YDP KUO kerana letak jawatan, tetapi itu adalah hak individu masing-masing. Walaubagaimanapun, SMU mengucapkan terima kasih kepada YDP KUO kerana telah berbakti kepada KUO selama ini. Ini kerana banyak program di KUO telah dilaksanakan dengan jayanya.

SMU juga berharap kepada mahasiswa supaya hindari Fitnah. Kerana Fitnah itu adalah amalan syaitan.

Sekali bersahabat, selamanya bersahabat...

Wassalam...