Isnin, 2 Mac 2009

YDP KUO lagi...

Assalamualaikum…

Sudah lama rasanya tidak post blog kerana kekangan masa. Kepada semua pembaca blog SMU, SMU minta maaf kerana kelewatan menyiasat isu YDP KUO. Ini kerana SMU ingin dapatkan maklumat yang betul dan sahih daripada pihak pentadbiran Kolej Ungku Omar.

Selepas SMU membuat siasatan, SMU mendapati YDP KUO memang sah letak jawatan. YDP KUO letak jawatan atas sebab peribadi dan sebabnya terpaksa dirahsiakan oleh pihak pentadbiran kolej. SMU juga ada bertanya kepada pihak pentadbiran Kolej Ungku Omar, adakah disebabkan salah guna kewangan Hari Terbuka Kolej Ungku Omar? Pihak pentadbiran memberitahu bahawa, ada sesetengah blog lain yang cuba ambil kesempatan terhadap saudara Izi dan memanipulasikan isu perletakkan jawatan beliau.

Pihak Kolej Ungku Omar agak kecewa dengan sesetengah mahasiswa kerana menyebarkan fitnah terhadap mantan YDP KUO tersebut. Pihak pentadbiran kolej mengeluarkan kenyataan bahawa IZI letak jawatan bukan sebab penyelewengan kewangan. Kalau disebabkan oleh penyelewengan kewangan, sudah tentu kami akan mengambil tindakan tatatertib seperti dalam AUKU.

SMU juga ada menghubungi saudara Izi, dan beliau menyatakan, biarlah apa orang nak kata pun, yang penting Allah S.W.T tahu apa yang dilakukan oleh nya. Sesungguhnya Allah pada pihak yang benar katanya.

Untuk pengetahuan semua mahasiswa YDP baru tidak akan dilantik memandangkan masih ada 2 bualan sahaja sebelum barisan baru kepimpinan kolej di lantik. Oleh sebab iti, TYP sekarang, saudari UMIEY akan menjadi pemangku YDP dalam tempoh ini.

SMU juga terkilan dengan sikap YDP KUO kerana letak jawatan, tetapi itu adalah hak individu masing-masing. Walaubagaimanapun, SMU mengucapkan terima kasih kepada YDP KUO kerana telah berbakti kepada KUO selama ini. Ini kerana banyak program di KUO telah dilaksanakan dengan jayanya.

SMU juga berharap kepada mahasiswa supaya hindari Fitnah. Kerana Fitnah itu adalah amalan syaitan.

Sekali bersahabat, selamanya bersahabat...

Wassalam...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!! Festival teater UPSI 2009 telah pun berakhir..semua dah tahu keputusan yang telah dikeluarkan oleh pihak penganjur!! Tapi kalau korang perasan ada sesuatu perkara yg sangat pelik telah berlaku semasa malam anugerah tuh!! Kalau sesiapa yg menonton hampir kesemua teater-teater yg dipertandingan pasti sudah tahu jawapan kepada KETIDAKADILAN yang berlaku semasa malam anugerah festival teater itu..Kita tidak perlukan ilmu teater setinggi gunung untuk menilai sesebuah aspek teater! Secara logik akal kita dah tahu mana teater yg baik dan mana teater yg sampah!! Patutkah teater yg mandapat salah satu anugerah drpd 10 anugerah yg di tawarkan itu..harus mempunyai kriteria “juri WAJIB tido semasa persembahan sedang berlangsung” kalau begitu kriterianya…tidak payah sesetengah peserta itu mengorbankan budject yang tinggi, mengorbankan masa dan sebagainya untuk memberikan sebuah persembahan yang bukan Sampah!! Adakah salah satu kriteria untuk menang juga dalam anugerah yang ditawarkan adalah teater itu patut mempunyai ‘passing’ dan kesilapan yang terlalu jelas dan terang dinampakkan kepada penonton..seperti lupa skrip dan perlafasan skrip yang x ubah seperti membaca sebuah sajak!! Sehinggakan penonton yg tiada ilmu teater pun boleh menilai!! Saya masih teringat kepada sebuah persembahan yg menggondol anugerah yg penting dalam sesebuah produksi teater tak ubah seperti persembahan malam bintang MSK yang biasa kita tengok masa kemasukan pelajar baru…saling tak tumpah!! Teringat kata-kata salah seorang penonton dan juga penyampai anugerah malam itu (saudari ila) yg berganding dengan Kak zainab (cik siti wan kembang-puteri saadung) “ Teater ni mcm malam bintang jer!!” dan terus keluar meninggalkan panggung budaya!! Hahahah..!! kesiankan!! Itulah hakikat yg berlaku di dalam festival teater upsi!! Tapi apapun terima kasih diatas pengajaran dan pengalaman yang amat bermakna itu!! Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yg Buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri!! Bangkitnya seseorang yang berjaya adalah hadiah daripada sebuah kegagalan dan berusaha untuk bangkit semula!!