Isnin, 9 Mac 2009

SDP 1 hambar, isu Pengangkutan universiti PANAS

Assalamualaimkum
SMU ingin membuat laporan berkaitan sidang dewan pendidik yang lepas untuk tatapan semua mahasiswa UPSI...

Tahniah diucapkan kepada Majlis perwakilan pelajar kerana meneruskan sidang dewan pendidik pada sem ini. SMU ingin mengucapkan syabas kepada AJK pelaksana kerana berusaha untuk membawa dan meneruskan tampuk kepimpinan MPP yang lepas.

Pada kali ini, SMU dapati sidang dewan pendidik hambar kerana tidak mempunyai speaker dewan yang aktif. SMU mendapati, speaker dewan perlu baiki keadaan dewan untuk menghidupkan suasana dewan. Diharap, tuan speaker dewan dapat perbaiki kelemahan pada masa akan datang dalam dewan sidang pendidik yang ke-2.

Isu pengangkutan menjadi isu panas. Isu ini dibangkitkan oleh Kelab Kelana Siswa UPSI. Ini kerana baru-baru ini, HEP telah memberitahu semua kelab dan persatuan boleh mendapatkan pengangkutan universiti dengan BAYARAN. Ini membebankan semua mahasiswa yang menyertai kelab dan persatuan untuk membuat program di luar. Isu ini sampai sekarang masih tidak selesai dan mana-mana kelab yang ingin membuat program di luar, perlu membuat bayaran mengikut kadar yang ditetapkan.

Jawapan daripada Pendaftar UPSI tentang pengangkutan universiti semasa perjumpaan dengan Dato pendaftar:

Semua kelab dan persatuan hanya dibenarkan menggunakan pengangkutan universiti hanya sekitar 5 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang sahaja dengan KADAR BAYARAN yang ditetapkan oleh universiti. Mana-mana kelab dan persatuan yang mempunyai rasional yang tinggi dalam penganjuran program di luar, di pihak Dato pendaftar, boleh dapatkan 50% diskaun perjalanan untuk setiap bas yang digunakan.

Kesimpulan yang boleh dibuat:

Semua program yang dianjurkan di luar yang melibatkan persatuan dan kelab perlu dibayar juga. SMU merasakan ini satu beban kepada mahasiswa untuk terus bergiat aktif dalam penganjuran program di luar daripada universiti. SMU merasakan aktiviti pelajar telah dihadkan oleh pihak universiti sendiri. Alasan pihak pentadbiran universiti ialah kerana kos UPSI yang terlalu tinggi dan terpaksa hadkan budget pengangkutan.

Selain itu, sidang dewan pendidik pada hari tersebut membawa isu-isu seperti etika pemakaian, ROSS 2, Mesin ATM, Minggu ulang kaji, dan isu-isu yang biasa dibincangkan dalam SDP.

Nasihat SMU kepada semua pembentang SDP:

Jangan hanya bagi masalah sahaja, tolong bagi cadangan penyelesaian juga kepada pihak universiti untuk tindakan susulan. Ini kerana SMU mendapati kebanyakan pembentang hanya bagi masalah sahaja dan tidak bagi penyelesaian. SMU juga dapati ada kelab dan persatuan yang tidak fokus pada satu isu yang dibentangkan. Harap maklum.
Wassalam...


Tiada ulasan: