Khamis, 27 Ogos 2009

Candid SMU bersama Graduan!!! Tahniah & Syabas

Assalamualaikum

SMU sekali lagi ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan-graduan terutama SMU yang telah pun bergraduan. Kali ini SMU juga ingin minta maaf kepada mantan-mantan SMU yang terlepas pandang kerana idea menyambut graduan di hadapan SITC adalah idea Ad Hoc. Walau bagaimanapun, SMU ucapkan selamat menjadi seorang guru yang bitara dan mampu menjadi guru yang versatil di sekolah kelak.


SMU melahirkan pemimpin Universiti

Gambar bersama penasihat

SMU berharap agar semua mantan-mantan SMU dihargai dan berharap menjadi seorang guru yang mampu mendidik anak bangsa kelak, InsyaAllah.






SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT






Wassalam

Ahad, 23 Ogos 2009

Sesi Temuduga Kemasukan Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU)

Assalamualaikum.
Perhatian kepada mahasiswa/wi yang mengisi borang untuk mendaftar sebagai Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU), sesi temuduga akan diadakan seperti maklumat berikut:
TARIKH : 25 HINGGA 27 OGOS 2009 (SELASA, RABU & KHAMIS)
MASA : SESI 1: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
: SESI 2: 2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : BILIK SUKAN DALAMAN, BITARASISWA

“SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT”
Wassalam..

Sabtu, 22 Ogos 2009

Lebih 500 mahasiswa/wi memohon keahlian baru SMU

Assalamualaikum!!!

SMU kali ini cukup bangga dengan mahasiswa/wi kerana lebih 500 memohon untuk keahlian Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti. Ini menunjukkan SMU masih lagi relevan di UPSI. Mahasiswa masih mahukan Kelab SMU terus giat aktif di UPSI. Walau bagaimanapun keahlian adalah di peringkat permohonan lagi. Semua yang telah memohon perlu menjalani proses yang ke-2 iaitu temu duga dengan ahli panel yang terdiri daripada Sahabat Mahasiswa Universiti.

Hanya 2 hari buka kaunter penyertaan hampir 500 diterima di kaunter, dan kesemua pemohon akan menjalani proses temu duga mulai minggu hadapan di bitara siswa UPSI. SMU mengucapkan terima kasih kepada semua mahasiswa/wi yang masih mempercayai SMU dan berharap SMU akan terus menjadi kelab yang aktif dan melaksanakan dasar aspirasi universiti selaras dengan IPTA-IPTA lain.

SMU telah bertukar core business daripada pengendalian Minggu Suai Kenal (MSK) kepada aktiviti-aktiviti besar universiti di samping menjalankan tugas sebagai medium penyampaian maklumat antara HEP dengan mahasiswa, antara MPP dengan mahasiswa, antara Pihak atasan universiti dengan mahasiswa. Ini merupakan satu alternatif kepada mahasswa/wi UPSI selepas MPP & JMK setiap kolej.

SMU adalah kelab yang mempunyai ahli yang paling ramai setakat ini di UPSI iaitu pernah mencecah sebanyak 700 orang dalam satu semester di UPSI. Walau bagaimanapun, pihak tertinggi SMU akan cuba berusaha menganjurkan pelbagai program yang melibatkan semua ahli kelab. Aktiviti yang paling hampir ialah aktiviti membuat banner sempena sambutan Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri di kalangan ahli kelab. Aktiviti tersebut dijangka akan berlangsung pada 22 Ogos 2009 (10 pagi) bertempat di Bitara siswa UPSI. Ahli kelab lama diminta untuk memeriahkan lagi proses membuat banner pada tarikh tersebut.
Akhir kata, SMU berharap kepada semua pemohon baru kelab agar bersedia untuk sesi temu duga yang bakal berlangsung pada tempoh terdekat ini. Aktifkan diri anda dengan pelbagai aktiviti di peringkat kolej, universiti mahupun kebangsaan agar kemahiran insaniah dan nilai tambah kita dapat ditingkatkan dari masa ke masa.

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam


Khamis, 20 Ogos 2009

Salam Ramadhan & Adab Berpuasa...

Assalamualaikum

SMU ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh warga kampus UPSI. Diharap Ramadhan kali ini kita mendapat kenikmatan dan kemudahan dariNya. SMU mengambil kesempatan di sini untuk berkongsi adab-adab ketika berpuasa agar kita semua mendapat puasa yang afdal.

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.


Setakat itu sahaja perkongsian ilmu berkaitan puasa untuk sahabat-sahabat sekalian. Diharap di bulan ini kita dapat mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau berhampiran. InsyaAllah.Diharap semua mahasiswa/wi dapat mengurangkan dan percaya terhadap fitnah-fitnah yang berleluasa di UPSI. Diharap anda mendapatkan maklumat yang betul dan tepat. Jangan membuat sebarang spekulasi dengan andaian-andain sendiri. Juga minta tolong jangan sebarkan maklumat yang anda sendiri tidak tahu kesahihannya. Rujuk kepada yang mengetahuinya dengan lebih betul.
Untuk H1N1; tidak ada sebarang kematian dilaporkan di UPSI & UPSI tidak perlu merahsiakan kepada mahasiswa/wi berhubung isu ini kerana ianya perkara yang melibatkan nyawa. Fikirlah secara rasional dan bukan dengan emosi. Sebarang maklumat berkaitan H1N1 anda bleoh dapatkan di pusat kesihatan UPSI dan tidak membuat cerita-cerita atau khabar angin supaya mendapatkan cuti sebulan. Harap maklum! Akhir kata kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam!!!

Rabu, 19 Ogos 2009

PENDAFTARAN AHLI BARU DAN PEMBAHARUAN KEAHLIAN (AHLI LAMA)

Adakah SMU dibubarkan?

Assalamualaikum

Isu SMU yang dikatakan telah dibubarkan merupakan spekulasi yang bermain dibibir mahasiswa/wi yang mengangap SMU tidak lagi aktif. Tetapi pada dasarnya SMU sekarang mempunyai satu semangat yang kuat demi memartabatkan dan menaikan balik nama SMU.

Apa yang dapat membuktikan yang SMU tidak akan dibubarkan adalah SMU akan membuka keahlian dan pembaharuan keahlian bagi semua pelajar UPSI. Malah SMU sendiri yang akan merancang program bukan sahaja untuk ahli-ahli SMU malah ada program yang akan dibuka kepada semua mahasiswa/wi UPSI.

‘SMU sekarang tidak fokus kepada MSK seperti mana yang berlaku sebelum-sebelum ini. SMU sendiri akan merancang program-program yang banyak memberikan pendedahan yang berguna pada masa depan kelak, naib presiden SMU’.

Selamat maju jaya kepada tampok kepimpinan SMU yang baru demi memartabatkan dan menaikkan semula nama SMU. Insya-Allah.

PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU DAN PEMBAHARUAN KEAHLIAN (AHLI LAMA)

TARIKH: 20 & 21 OGOS 2009

TEMPAT: FOYER, BITARASISWA

MASA: 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 24 OGOS 2009

KEAHLIAN TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR UPSI

“SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT”

Wassalam..!!

Jumaat, 14 Ogos 2009

Prof Aminah, NC UPSI, Puji cara SMU meraikan graduan.

Prof Aminah, NC UPSI, Puji cara SMU meraikan graduan.

Assalamualaikum

SMU sekali lagi menjadi perhatian semua graduan konvokesyen ke-11 sidang 2 UPSI kali ini. Ini kerana SMU membuat sambutan luar biasa di hadapan SITC dan mendapat pujian daripada pihak senat universiti hari ini. SMU telah menyediakan banner yang tertulis, SELAMAT BERGRADUAN SAHABAT MAHASISWA UNIVERSITI’. Banner ini khasnya ditujukan kepada graduan kelab sahabat mahasiswa universiti di mana sekarang ini menjadi Alumni UPSI. Ini merupakan satu penghargaan kepada Graduan SMU yang telah berbakti kepada dan memperjuangkan aspirasi universiti.

Apabila ditanya pada presiden SMU 09/10, beliau menyatakan SMU patut diraikan sebegitu memandangkan banyak berjasa kepada pihak universiti dalam menjayakan pelbagai program di peringkat universiti dan IPTA. Beliau juga menyatakan, semua kelab di UPSI agar bersama-sama SMU untuk meraikan sahabat-sahabat yang baru sahaja bergraduan.

Penasihat, En Muzamil menyatakan ini merupakan satu penghargaan kepada graduan khususnya SMU yang sering membantu pihak universiti dan merupakan cara terbaik bagi menghargai jasa mereka.

Semalam, Prof Aminah juga bersama-sama SMU di luar untuk menyambut graduan UPSI dan beliau menyatakan ini adalah usaha yang patut dicontohi oleh semua mahasiswa/wi UPSI dan berharap sambutan seperti itu diteruskan bagi meraikan kejayaan senior-senior di universiti.

SMU juga ingin ucapkan tahniah dan syabas pada Sahabat Mahasiswa Universiti yang baru sahaja bergraduan iaitu:

Mohd Lutfi Johari (TESL)
Siti Hadijah Binti Hamzah (P.Perniagaan)
Saravanan a/l Muthiah (Ekonomi)
Vighneswary (TESL)
K Manimaran (Sains Sukan)
Izlan Izwali Rashid (B.Melayu)
Hairunnisa Salleh (Teknologi maklumat)
Irene Gumiloh (Teknologi maklumat)
Khasyatul Rodziah (P.Sek Ren)
Mohd Hafiz (P.Sek.Ren)
Mohd Hafizi (Matematik)
Abdul Basiqt (Matematik)
Nilam Nadira (Matematik)
Siti Noorbaizura (Matematik)
Tengku Nor Azimah (Matematik)
Ade Izzuan (Kaunseling)
Mohd Nor Izawn (Sejarah
Mohd Raimi Rahim ( Sains)
Nurhazirah ( Sains)
Nabila Husna ( Sains)
Nuralizawati ( Sains)
Sharmiza ( Sains)
Izyan (Sains)
Kherry (Sains)
Nik Suhairie (B.Melayu)
Hanif (Moral)
Faizi (Moral)

SMU ucapkan selamat maju jaya, dan menjadi anak kandung suluh budiman yang berjaya kelak, InsyaAllah.

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam!!!



Khamis, 13 Ogos 2009

Forum Perdana Islam: Keberkatan Ramadhan...

Assalamualaikum

SMU ingin menjemput seluruh warga kampus untuk sama-sama memeriahkan lagi forum perdana pada malam ini. SMU berharap agar semua mahasiswa/wi bersama sekretariat pesta konvokesyen kali ini untuk bersama-sama mendengar forum perdana Islam pada malam ini.

Tajuk yang akan disampaikan pada malam ini ialah ‘ KEBERKATAAN RAMADHAN’. Memandangkan Ramadhan Al Mubarak tidak lama lagi, sekretariat pesta konvokesyen UPSI dengan kerjasama Sekretariat Pencegah Rasuah UPSI menganjurkan malam forum perdana Islam ini. Jadi sama-samalah kita menyiapkan diri kita untuk menyambut kedatangan Ramadhan kali ini.

Berikut adalah maklumat yang berkaitan:

Tarikh : 13 Ogos 2009

Masa : 8.30 malam (selepas Isyak)

Tempat : Tapak pesta (padang UPSI)

Pakaian : Baju Melayu & Baju kurung serta pakaian yang sopan dan bermaruah.

Turut hadir : Tan Sri Yahya, Pro Canselor UPSI, Prof Dato Dr Aminah, Naib
Canselor, Prof Shahrudin Abd Aziz, TNC HEP, Dekan-dekan fakulti

Tajuk : Keberkatan Ramadhan

Seluruh warga kampus dijemput bagi memeriahkan majlis ilmu ini. Diharap, mahasiswa/wi yang sebelum ini membantah konsert juga turut sama-sama hadir ke majlis ilmu seperti ini. Diharap anda juga datang untuk mendengar forum kita pada malam ini. Sama-samalah kita menghayati dan muhasabah diri kita. InsyaAllah, semoga iman kita sentiasa kukuh di sisinya. Amin.

Sekali Bersahabat, Selamanya Bersahabat.

Wassalam!!!

Selasa, 11 Ogos 2009

Lebih 1000 orang perasmian pesta & SMU dipersalahkan!!!

Assalamualaikum

Pertama kali tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya menarik ramai pengunjung ke pesta konvokesyen ke 11 sidang 2 UPSI. Lebih 1000 orang hadir untuk menyaksikan perasmian pesta konvokesyen dan persembahan khas dari Jaclyn Victor. Jac juga menyatakan rasa bangga dan kagum dengan mahasiswa UPSI yang menerima kehadirannya ke Pesta kita pada kali ini. Jac bangga kerana, mahasiswa UPSI prihatin ter hadap pembinaan sekolah di Kemboja.

Semalam tabung pelancaran pembinaan sekolah di Kemboja juga telah dilancarkan bersama Jaclyn Victor yang dirasmikan oleh Dato Naib Canselor UPSI. Dato VC juga berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar UPSI menjadi universiti yang bitara.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang menyertai acara perasmian pada malam semalam. Untuk pengetahuan mahasiswa/wi, ini adalah perasmian pesta konvokesyen yang terbaik setakat ini dengan sambutan luar biasa dari pengunjung yang terdiri daripada staf, mahasiswa serta penduduk setempat di sekitar Tg Malim.

Jac juga berpesan agar beliau akan datang ke UPSI semula sekiranya dipanggil kerana terharu dan berterima kasih atas layanan yang diberikan kepadanya. Apabila ditanya kepada penggerai, mereka juga berpuas hati pada pesta kali ini kerana, hari pertama pesta mereka telah menerima ramai pengunjung dan ia sesuatu yang harus diberi pujian kepada pihak penganjur.

SMU ingin ucapkan tahniah kepada sekretariat pesta kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini. Kepada semua mahasiswa, diharap anda dapat terus menyertai aktiviti-aktiviti sepanjang pesta konvo ini.

SMU telah mendapat satu berita bahawa SMU adalah dalang sebalik konsert Jaclyn Victor. SMU ingin keluarkan kenyataan bahawa:

SMU TIDAK ADA KAITAN TENTANG PENGANJURAN KONSERT (bukan konsert lah tapi persembahannya sahaja) SEMASA PESTA KONVOKESYEN. PIHAK PENGANJUR ADALAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP). SEKRETERIAT PERSEMBAHAN DIKETUAI OLEH SAUDARA HANIF AZWAN (MPP KEBUDAYAAN DAN KESENIAN). HARAP MAKLUM!!!


SMU juga ingin memberitahu mahasiswa/wi, tidak ada lagi ALUMNI MAHASISWA ISLAM (AMI) di UPSI dan pertubuhan itu adalah pertubuhan yang tidak sah. Ini adalah kenyataan pegawai Alumni pelajar iaitu En Mazlan Mamat di JHEPA. Untuk pengetahuan mahasiswa/wi ada segolongan mahasiswa yang ekstrem dengan politik luar yang cuba menghasut mahasiswa/wi UPSI supaya bertindak secara tidak rasional. Diharap mahasiswa/wi tidak terpengaruh dan masih di jalan yang betul. Sila rujuk pegawai HEP untuk mengetahui persatuan-persatuan yang diiktiraf di UPSI. SMU juga menasihatkan agar mahasiswa segera melaporkan kepada Bahagian Perundangan JHEPA sekiranya mendapat desakan atau sms ugutan atau sms membuat pemberontakan atau sms berbentuk menyalahi peraturan universiti. Di harap mahasiswa/wi dapat memberi kerjasama bagi membanteras politik luar daripada merebak ke minda mahasiswa.

SMU juga dipersalahkan bahawa SMU adalah penganjur pesta kali ini. SMU ingin memberitahu bahawa, SMU adalah kelab seperti kelab-kelab lain dan tidak ada perkaitan langsung dengan penganjuran pesta konvokesyen pada kali ini.

SMU terkilan dengan edaran flyers yang mengatakan Prof Shaharudin, TNC HEPA adalah dalang penyebar H1N1 di UPSI dan penyebab utama H1N1. Edaran flyers tersebut diedarkan di KHAR, KUO, KZ & KAB. Mahasiswa/wi diingatkan supaya tidak mempercayai fitnah tersebut. Wabak H1N1 disebabkan oleh virus dan bukan sebab orang-orang tertentu. Kita bukan Tuhan untuk menentukan siapa bersalah, siapa berdosa atau siapa yang benar. Sebagai mahasiswa/wi anda fikirkanlah secara rasional yang mana yang baik dan yang mana yang buruk. SMU sekali lagi ingatkan jauhi golongan yang cuba memporak perandakan universiti kita.

SMU berharap pesta konvokesyen kali ini dapat dijalankan dengan meriah dan dapat dijalankan dengan penuh kegemilangan. Diharap, ramai juga penonton untuk malam-malam seperti malam ini, Persembahan Pendidikan khas, Malam esok Faizal Tahir, Kemudian diikuti dengan Forum Perdana Islam, Pertandingan nasyid serta persembahan-persembahan mahasiswa/wi UPSI sepanjang malam pesta konvokesyen kali ini.

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT!!!

Wassalam.

Isnin, 10 Ogos 2009

Perasmian Pesta Konvokesyen; Jaclyn Victor bersama UPSI dengan semangat 1 MALAYSIA

Assalamualaikum.

Perhatian kepada semua mahasiswa/wi UPSI, 10 Ogos 2009 akan diadakan Perasmian pesta Konvokesyen ke 12 sidang 2. Berikut adalah maklumat berkaitan:

Masa : 8 malam (10 Ogos 2009)
Tempat : Pentas utama (Padang UPSI)
Perasmi : Yg Bhg Prof Dato Dr Aminah Binti Ayob, Naib Canselor
UPSI
Pakaian : Batik & mana-mana pakaian yang sopan & bermaruah
Persembahan : Persembahan dari Jaclyn Victor, Malaysia Idol &
Kumpulan Tarian BAKSAR, UPSI

Semua ahli kelab SAHABAT MAHASISWA UNIVERSITI DIWAJIBKAN memeriahkan majlis perasmian tersebut.Kali ini, Jaclyn Victor akan bersama-sama memeriahkan majlis perasmian pesta konvokeyen kali ini dengan semangat ONE MALAYSIA dan akan membuat promosi album terbarunya kepada semua pengunjung tapak pesta konvokesyen.

Semua warga UPSI dijemput bagi memeriahkan majlis perasmian tersebut. Ingat! JAGA TINGKAHLAKU ANDA, INI KERANA ANDA GURU, TINGKAHLAKU ANDA SEDANG DIPERHATIKAN!!!

Harap Maklum!

Wassalam...