Selasa, 11 Ogos 2009

Lebih 1000 orang perasmian pesta & SMU dipersalahkan!!!

Assalamualaikum

Pertama kali tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya menarik ramai pengunjung ke pesta konvokesyen ke 11 sidang 2 UPSI. Lebih 1000 orang hadir untuk menyaksikan perasmian pesta konvokesyen dan persembahan khas dari Jaclyn Victor. Jac juga menyatakan rasa bangga dan kagum dengan mahasiswa UPSI yang menerima kehadirannya ke Pesta kita pada kali ini. Jac bangga kerana, mahasiswa UPSI prihatin ter hadap pembinaan sekolah di Kemboja.

Semalam tabung pelancaran pembinaan sekolah di Kemboja juga telah dilancarkan bersama Jaclyn Victor yang dirasmikan oleh Dato Naib Canselor UPSI. Dato VC juga berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar UPSI menjadi universiti yang bitara.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang menyertai acara perasmian pada malam semalam. Untuk pengetahuan mahasiswa/wi, ini adalah perasmian pesta konvokesyen yang terbaik setakat ini dengan sambutan luar biasa dari pengunjung yang terdiri daripada staf, mahasiswa serta penduduk setempat di sekitar Tg Malim.

Jac juga berpesan agar beliau akan datang ke UPSI semula sekiranya dipanggil kerana terharu dan berterima kasih atas layanan yang diberikan kepadanya. Apabila ditanya kepada penggerai, mereka juga berpuas hati pada pesta kali ini kerana, hari pertama pesta mereka telah menerima ramai pengunjung dan ia sesuatu yang harus diberi pujian kepada pihak penganjur.

SMU ingin ucapkan tahniah kepada sekretariat pesta kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini. Kepada semua mahasiswa, diharap anda dapat terus menyertai aktiviti-aktiviti sepanjang pesta konvo ini.

SMU telah mendapat satu berita bahawa SMU adalah dalang sebalik konsert Jaclyn Victor. SMU ingin keluarkan kenyataan bahawa:

SMU TIDAK ADA KAITAN TENTANG PENGANJURAN KONSERT (bukan konsert lah tapi persembahannya sahaja) SEMASA PESTA KONVOKESYEN. PIHAK PENGANJUR ADALAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP). SEKRETERIAT PERSEMBAHAN DIKETUAI OLEH SAUDARA HANIF AZWAN (MPP KEBUDAYAAN DAN KESENIAN). HARAP MAKLUM!!!


SMU juga ingin memberitahu mahasiswa/wi, tidak ada lagi ALUMNI MAHASISWA ISLAM (AMI) di UPSI dan pertubuhan itu adalah pertubuhan yang tidak sah. Ini adalah kenyataan pegawai Alumni pelajar iaitu En Mazlan Mamat di JHEPA. Untuk pengetahuan mahasiswa/wi ada segolongan mahasiswa yang ekstrem dengan politik luar yang cuba menghasut mahasiswa/wi UPSI supaya bertindak secara tidak rasional. Diharap mahasiswa/wi tidak terpengaruh dan masih di jalan yang betul. Sila rujuk pegawai HEP untuk mengetahui persatuan-persatuan yang diiktiraf di UPSI. SMU juga menasihatkan agar mahasiswa segera melaporkan kepada Bahagian Perundangan JHEPA sekiranya mendapat desakan atau sms ugutan atau sms membuat pemberontakan atau sms berbentuk menyalahi peraturan universiti. Di harap mahasiswa/wi dapat memberi kerjasama bagi membanteras politik luar daripada merebak ke minda mahasiswa.

SMU juga dipersalahkan bahawa SMU adalah penganjur pesta kali ini. SMU ingin memberitahu bahawa, SMU adalah kelab seperti kelab-kelab lain dan tidak ada perkaitan langsung dengan penganjuran pesta konvokesyen pada kali ini.

SMU terkilan dengan edaran flyers yang mengatakan Prof Shaharudin, TNC HEPA adalah dalang penyebar H1N1 di UPSI dan penyebab utama H1N1. Edaran flyers tersebut diedarkan di KHAR, KUO, KZ & KAB. Mahasiswa/wi diingatkan supaya tidak mempercayai fitnah tersebut. Wabak H1N1 disebabkan oleh virus dan bukan sebab orang-orang tertentu. Kita bukan Tuhan untuk menentukan siapa bersalah, siapa berdosa atau siapa yang benar. Sebagai mahasiswa/wi anda fikirkanlah secara rasional yang mana yang baik dan yang mana yang buruk. SMU sekali lagi ingatkan jauhi golongan yang cuba memporak perandakan universiti kita.

SMU berharap pesta konvokesyen kali ini dapat dijalankan dengan meriah dan dapat dijalankan dengan penuh kegemilangan. Diharap, ramai juga penonton untuk malam-malam seperti malam ini, Persembahan Pendidikan khas, Malam esok Faizal Tahir, Kemudian diikuti dengan Forum Perdana Islam, Pertandingan nasyid serta persembahan-persembahan mahasiswa/wi UPSI sepanjang malam pesta konvokesyen kali ini.

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT!!!

Wassalam.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang malam esok,lagi mantap,dgr konsert faizal tahir dulu, pastu cuci hati yang dah berkarat dgn forum..waaa...bijaknye penganjur..huuu

Tanpa Nama berkata...

ish2......
bitara tul smU ni ek.....
tuduh orang len yang anjurkan konsert 2 yer....
sedarlah....!!!
bala bencana yg ada pd ari ni sebagai amaran pd pe yg korang buat...

CheguFadh berkata...

tahniah utk mlm smlm..

harap malam konsert lepas ni dpt tambahkan bilangan pasukan pngawal utk tidak menimbulkan isu penonton yang terlalu excited....

kena ade yg tegas tuk asingkan tempat laki n pompuan n xmeluru smp ke stage..so bnde ni kena mntk phk pgwl kslmtn or polis jugak..

tp nk wt cmne..konsert kte ni xbnyk sponsor mcm Jom heboh/suarasa..klu x,dh pkai gate dah kan..huhu

berkaitan dgn edaran flyers ke3 tu mmg musykil..kena tny pihak2 tertentu yg ade softcopy sebelum print..kami kat UKLK xdpt ape2 flyrs lgsung..macam sengaja menimbulkan isu pun ada..

politik2 gak..tapi biarlah profesional..hal2 kampus ni kite jaga dan tak terlalu menekan..hburan kita bagi..tapi kite buat kawalan..

hrp semuanya akan ok smp ke penghujung nanti..wslm..

Tanpa Nama berkata...

Tidaklah setiap orang yang datang di dunia ini dengan membawa kebaikan, melainkan dia pasti memiliki musuh-musuh dari kalangan jin dan manusia, sampai-sampai para anbiya’ (para Nabi) juga tidak lepas dari permusuhan ini[1]. Begitu juga permusuhan mereka terhadap para ulama pengibar panji dakwah al-Haq ini mereka lakukan dengan sengit dan dengan kedengkian yang luar biasa.