Isnin, 2 Februari 2009

Pro Kebajikan dan Pro Kualiti?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semua PRK di semua IPTA pada awal Januari ini telah pun selesai dan berjalan dengan lancar walaupun ada segelintir dari mereka yang ekstrem dengan politik kampus. Pada kali ini, SMU ingin mengingatkan semula kepada barisan MPP UPSI untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai MPP 08/09.

Kali ini, SMU terpaksa menulis berkaitan MPP UPSI 08/09 kerana masih ada konflik dalaman antara Pro kualiti dan pro Kebajikan di MPP. Selepas 3 bulan MPP UPSI bertugas, SMU membuat perhatian dan soal selidik mahasiswa UPSI yang lain. Didapati MPP pro kebajikan masih jarang berada di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar dan ada yang masuk ke pejabat seminggu sekali untuk melihat surat yang ada atas meja sahaja. Mungkin mereka ini, menjaga kebajikan mahasiswa sehingga terlupa kerja-kerja yang terbengkalai di pejabat MPP. SMU juga mendapati ada MPP yang sibuk dengan pilihanraya kampus universiti lain sedangkan tanggungjawab di UPSI masih terbengkalai.

Walaubagaimanapun, seluruh mahasiswa UPSI masih menunggu jawapan daripada MPP dalam pelaksanaan manifesto masing-masing. Seolah-olah semua yang dijanjikan senyap begitu sahaja. SMU masih ingat semasa kempen pilihanraya ada dikalangan MPP menjanjikan berbagai-bagai manifesto.

Antara yang masih SMU ingat adalah study week 2 minggu, pemansuhan pemotongan pendahuluan ptptn RM 1500, bas OKU, pengasingan bas lelaki dan perempuan, mewujudkan kursus pend islam, dan lain-lain lagi.

SMU dan seluruh warga kampus UPSI masih melihat wujud pertelingkahan antara pro kualiti dan pro mahasiswa. SMU mendapati kedua-duanya masih mementingkan jawatan masing-masing lagi. Namun, ada manifesto yang sudah tercapai seperti pelonggaran syarat biasiswa KPM.

SMU berharap supaya barisan MPP bekerjasama dan buang terus sikap berpolitik dan teruskan tanggungjawab sebagai MPP. Mahasiswa UPSI berharap MPP melaksanakan manifesto masing-masing dan menjaga kebajikan pelajar UPSI. SMU percaya bukan mudah untuk memenuhi semua kehendak mahasiswa dan memuaskan hati semua pihak, tetapi SMU berharap supaya MPP sentiasa bertugas di pejabat yang tersergam indah itu.

Sekadar ingin menegur kerana SMU adalah sahabat kepada seluruh warga UPSI

Sekali Bersahabat, Selamanya Bersahabat...

Wassalam...

Tiada ulasan: