Ahad, 18 Januari 2009

Lebih 4000 hadir menyaksikan Adibah Noor


Assalamualaikum…

Karnival Semarak Warisan (KASWA 09) telah berjaya membawa lebih 4000 penuntut UPSI dan penduduk sekitar Tanjung Malim semalam. Ini merupakan satu rekod kepada Kolej Ungku Omar kerana mencatat jumlah pengunjung paling ramai setakat ini dalam hari terbuka kolej kediamannya.

Walaubagaimanapun, SMU agak kecewa dengan segelintir mahasiswa yang masih tidak tahu menjaga tingkahlaku mereka ketika program tersebut dikendalikan. Bagi SMU, Adibah Noor adalah artis yang sesuai kerana beliau merupakan bekas guru TESL. Malam tersebut, Adibah Noor telah pun berkongsi sedikit pengalaman dan memberi nasihat kepada seluruh warga UPSI supaya tidak mempersiakan hidup masing-masing. Keseluruhannya pengendalian majlis tersebut boleh dikatakan berjalan dengan lancar.

SMU juga ingin menyatakan bahawa ada segelintir mahasiswa yang salah sangka dan masih berfikiran sempit. Ini kerana ada yang mendakwa program malam tadi berunsurkan maksiat yang amat serta boleh menyesatkan seorang mukmin yang sejati. Secara peribadi, SMU rasa tidak keterlaluan persembahan mahasiswa pada malam tersebut dan pengendalian oleh Adibah Noor sangat professional di atas pentas.

SMU berharap agar seluruh mahasiswa UPSI dapat menimba ilmu daripada program-program yang dikendalikan oleh sesuatu organisasi. Ambil yang jernih, Buang yang keruh.

Wassalam…

Tiada ulasan: