Khamis, 8 Januari 2009

Dilema mahasiswa UPSI setelah 4 hari kuliah…

Assalamualaikum…

Pertama sekali, SMU ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah turun menandatangani Bantahan terhadap Israel dan sekutunya. Pada petang ini, SMU ingin menarik perhatian Majlis Perwakilan Pelajar UPSI serta Jabatan Hal Ehwal pelajar & Alumni tentang dilemma mahasiswa UPSI selepas 4 hari kuliah bermula.

Isu yang pertama berkaitan, wang pendahuluan PTPTN RM 1500 ditolak sekaligus. Sebagai Sahabat Mahasiswa Universiti, SMU mendapati, ramai sahabat-sahabat semester 2 berada dalam dilemma. Apabila SMU mendekati sahabat-sahabat ini, mereka semua mengeluh dan masih terkejut dengan tindakan PTPTN. Ini kerana wang yang tinggal hanyalah RM 500 dan bagi pelajar FSM pula wangnya hanya RM 300 lebih. Mampukah wang yang nilainya sekecil itu bertahan sehingga satu semester. SMU juga mendapati isu ini ada kaitan dengan manifesto seorang calon umum MPP yang telah menang. Beliau iaitu saudara Akmal Madzir (Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPP 08/09) telah berkata ketika rapat umum lepas, Beliau akan menyelesaikan masalah pemotongan wang pendahuluan PTPTN RM 1500 dipotong secara berperingkat sekiranya dipilih, tetapi, pada sem ini, PTPTN telah pun menolak sekaligus. SMU & Sahabat-sahabat diluar sana masih menanti jawapan dari saudara Akmal Madzir. Ini kerana, ini adalah manifesto beliau dalam PRK yang lepas. Diharap Akmal dapat memberi jawapan kepada seluruh warga UPSI. Diharap MPP lain juga turut membantu beliau.

SMU mendapati pelajar-pelajar ini tidak tahu tentang bantuan kewangan yang disediakan oleh HEP seperti zakat, baitulmal dan pinjaman kewangan daripada HEP. Diharap, pegawai yang bertanggungjawan En. Fauzi untuk memberi panduan kepada seluruh warga UPSI tentang alternatif lain. SMU berharap isu ini akan segera diselesaikan kerana, mahasiswa semester 2 hanya bergantung pada PTPTN.

Isu kedua yang berada dalam dilema pelajar UPSI ialah study week tidak ada langsung semester kali ini. SMU dan sahabat-sahabat lain berpendapat, study week itu amat perlu bagi menyiapkan diri mahasiswa sebelum menghadapi peperiksaan.

Isu kedua ini ada kaitan dengan manifesto saudari Noor Hafizawati (Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPP 08/09) yang telah menggondol kerusi fakulti FST dalam PRK yang lepas. Beliau telah menjanjikan akan mewujudkan 2 minggu study week sekiranya beliau dipilih. Diharap saudari Noor Hafizawati memberi jawapan kepada seluruh warga UPSI apakah langkah beliau dalam pelaksanaan manifesto beliau.

SMU disini bukannya ingin menyalahkan mana-mana pihak, SMU adalah golongan yang sentiasa bersama pelajar dan SMU sekadar ingin mengingatkan MPP yang telah menang dalam PRK lepas tentang tanggungjawab mereka dalam melaksanakan manifesto masing-masing. Diharap semua pihak dapat menyelesaikan masalah ini.

Wassalam

Tiada ulasan: