Khamis, 8 Januari 2009

Mahasiswa & Politik

Assalamualaikum…

Pada hari ini, SMU ingin mengupas satu topik yang sekarang ini hangat di mana-mana IPTA iaitu mahasiswa & politik. SMU mendapati kebanyakkan mahasiswa era sekarang mahukan perubahan tetapi mereka sendiri tidak tahu apa yang hendak di ubah. Ini ada juga sedikit pengaruh luar yang berlaku semasa pilihanraya Negara tahun lepas di mana pembangkang telah menguasai 4 buah negeri di Malaysia.

SMU mendapati kebanyakkan mahasiswa cuba mempolitikkan isu di dalam kampus dan hampir hilang matlamat sebenar seseorang mahasiswa ke IPTA. SMU tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi sebagai SAHABAT SMU ingin memberi teguran kepada sahabat-sahabat di UPSI terutamanya kerana ada segelintir mahasiswa yang terkandas dari matlamat sebagai seorang mahasiswa yang sepatutnya.

Sahabat-sahabat sekalian, kita bukan orang politik, kita orang akademik, jadi fikirlah mengikut pemikiran ahli akademik. Berbalik kepada tujuan asal mahasiswa datang ke UPSI? Adakah anda ingin menyampaikan fahaman luar? Adakah anda ingin membawa ideologi politik di luar kampus menular di IPTA?

Mampukah mahasiswa berada dalam keadaan aman sekiranya politik dibawa masuk ke kampus? Cuba anda renungkan semula. SMU ingin memberitahu bahawa sebagai mahasiswa kita mampu melihat, menganalisis dan berbincang dalam bentuk lebih ilmiah berkaitan politik dan bukannya membawa fahaman luar yang extreme ke dalam kampus.

Ingat, tujuan sebenar kita ke UPSI, adalah untuk mendapatkan segulung ijazah dan seboleh-bolehnya dapatkan Ijazah Sarjana Muda kelas Pertama. Pada masa yang sama jangan jadi mahasiswa lesu. Anda aktifkan diri anda dalam program-program anjuran universiti, MPP, JMK dan fakulti-fakulti. Amalkan budaya membaca berkaitan semua topik yang melanda Negara. Anda bukan lesu. Mahasiswa perlu bangkit dan anda perlu berubah untuk lebih aktif dan terlibat serta mempelajari pelbagai ilmu dalam penganjuran majlis

Ini amat berguna kepada kita sebagai bakal guru kelak. Politik kampus pula adalah sebagai satu proses pembelajaran sahaja dan sepatutnya tidak melibatkan mana-mana parti politik diluar. Ini kerana mahasiswa tujuannya adalah belajar. Terima kasih kepada Kementerian kerana telah meluaskan sedikit perkara 15 dan 16 dalam AUKU. Mahasiswa boleh menyertai mana-mana persatuan diluar yang hanya berdaftar dengan kerajaan sahaja. Ini satu peluang bagi mahasiswa lebih aktif dan proktif. InsyaAllah.

Wassalam

Tiada ulasan: