Jumaat, 23 Januari 2009

14 mahasiswa UPSI terkandas di kampus sekitar jam 12 tengah malam

Assalamualaikum…

Sebelum ini, SMU telah pun menulis berkaitan Karnival Pengguna yang berlangsung di UPSI. Hari ini, 23 Januari 2009 seramai 14 mahasiswa perempuan terkandas di stesen bas, berikutan tidak ada bas kitaran sekitar jam 11.30 malam tadi. Hal ini kerana, 14 mahasiswa tersebut leka membeli belah di Karnival pengguna sehingga terkandas di kampus. Selepas diselidik, 14 mahasiswa tersebut ialah mahasiswa kolej kediaman KHAR & KUO. Mereka kecewa kerana Karnival tersebut tidak menyediakan pengangkutan kepada pengunjung terutama mahasiswa yang berada di kolej.

Walaubagaimanapun, beberapa SMU dan dua orang MPP iaitu NYDP saudara Syaifuldin serta Saudari Ann (Exco Sukan) telah menyelesaikan masalah tersebut di kampus. Saudari Ann telah menawarkan keretanya sendiri untuk menghantar pulang semua mahasiswa dengan 3 kali angkut. Akhirnya kesemua mahasiswa dapat pulang ke kolej masing-masing dengan selamat atas bantuan SMU dan MPP tersebut. Mahasiswa mengucapkan terima kasih kepada SMU dan MPP yang telah memberi bantuan kepada mereka.

Mahasiswa agak kecewa dengan pihak penganjur Karnival Pengguna tersebut kerana tidak menyediakan pengangkutan sehingga karnival tersebut tamat. Namun begitu, SMU ingin nasihatkan semua mahasiswa UPSI untuk tidak leka dalam setiap penganjuran aktiviti di kampus dan ingin memaklumkan bas terakhir dari kampus ke kolej ialah 11.15 malam.

SMU ingin mengucapkan syabas kepada dua orang MPP tersebut kerana turun padang bersama-sama mangsa terkandas tersebut. Diharap MPP akan membuat pemantauan juga di waktu malam di kampus.

SMU juga ingin menasihatkan supaya semua mahasiswa sentiasa berhati-hati dan sentiasa berwaspada.

Wassalam...

Tiada ulasan: