Khamis, 16 Julai 2009

Hah??? FAIZAL TAHIR dalam Pesta Konvo ke-11 sidang 2???

Hah? Faizal tahir dalam Pesta Konvo???

Assalamualaikum...

Pada kali ini, SMU ingin memberitahu mahasiswa/wi bahawa Pesta Konvokesyen kali ini menampilkan artis kontroversi 2008 iaitu Faizal Tahir ke dalam Pesta Konvokesyen UPSI ke – 11 sidang 2. SMU diberitahu bahawa Faizal Tahir akan ke UPSI julung kalinya untuk membuat persembahan di tapak pesta Konvokesyen UPSI kali ini dan dijadualkan akan membuat persembahan pada hari sabtu, 15 Ogos 2009.

Mengapakah Faizal Tahir dipilih untuk menghadiri pesta Konvokesyen kali ini? SMU masih tidak tahu apakah respon mahasiswa/wi UPSI dengan kehadiran Faizal Tahir ke Universiti Pendidikan Sultan Idris kali ini? Adakah peristiwa lama akan berulang? Adakah masih akan wujud surat terbuka Konsert Bantahan seperti Konsert Pesta sebelum ini walaupun artisnya tidak popular? Adakah mahasiswa UPSI masih boleh menerima dengan kehadiran Artis Juara Lagu 2008 dengan Lagu Sampaikan Syurga ke UPSI? Persoalan-persoalan seperti ini menjadi tanda tanya SMU kali ini.

SMU ingin meminta jasa baik kepada semua mahasiswa/wi yang melayari blog ini untuk memberi komen? Adakah patut MPP UPSI menjemput Faizal Tahir ke UPSI atau artis lain yang lebih sesuai ke dalam Pesta Konvokesyen? Ini kerana istilah ‘Pendidik’ selalu sahaja menyekat mahasiswa/wi UPSI untuk menerima hiburan seperti kandungan dalam surat bantahan-bantahan yang lepas. Surat bantahan lepas juga mendakwa, program-program seperti ini mampu untuk menghancurkan iman dan tidak mampu untuk menambah pemikiran intelektual mahasiswa/wi di UPSI.

SMU berharap, biarlah siapa yang sahaja yang dijemput, asalkan tidak keterlaluan dan sentiasa mengingatkan diri masing-masing supaya menjaga tingkah laku ketika dan sepanjang berada di UPSI? Adakah program seumpama ini MAKSIAT??? Tepuk dada tanyalah IMAN.

Akhir kata,

Sesungguhnya, sesuatu perbuatan dan tindakan yang diambil perlu berfikir dengan sebaik mungkin dengan mengambil pandangan daripada pelbagai pihak. Jangan ikutkan perasaan tetapi ikutlah kata suara hati. Bukan mudah untuk membuat keputusan dan justifikasi sesuatu perkara, kerana orang yang berada dalam sesuatu organisasi sahaja tahu tentang bangun dan jatuhnya sesuatu perkara.

SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam!!!

5 ulasan:

Muhammad Fadhlullah berkata...

Spt yg pernah hangat dahulu di upsiportal..

mlm td aku ade latihan nasyeed dgn Naza MPP..Naza ada btau gak hal ni..

dgr nama die FT & Adibah Noor,aku suka 2 artis ni..Aku setuju je..

suka aku ingtkan kita semua,artis ini memang dah caranya sebegitu,kalau yang perempuan,siapa yang menutup aurat btul2??Heliza??Waheeda??

nak fikir aurat tu memang tak akan abis kita berbincang mengenai hal artis ni..aurat tu juga banyak cabangnya..

dan faizal tahir tu pn aku dh tau dh mcm mana sikap die..tak spnuhnya tp boleh kire tau la jugak..die profesional..ni pn dh btau kat naza mlm td..

yg paling pnting keluarkan etika membuat knsert kat artis..kita explain kt die supaya tak melakukan sesuatu diluar batasan..
2artis ni ok je..boleh bwk berbincang..

jadi kpd MPP,keluarkan etika supaya artis2 sopan diatas pntas..xperlu stp masa nasyd shj..kite hdup 1malaysia..

Sdr. Amir Derakh berkata...

masalahnye...
walaupon gua ni xla baik sgt
still gua xstuju gak
xyah la wat konsert2...
kite nk smbut org grad bukn nk berpesta...
klau bdk2 UPSI je yg perform
aku leh trima...
sbab pe?
sbab kte ade bdk2 muzik, nape xgune je khdmat bdk2 ni, kn ke bgos.
tnjuk hasil produk upsi sndri
pastu campur la skali geng2 nasyid
geng2 choir ke...
ape sebabnye kte perlu pggl org luar?
ok..bro...gua xde niat nk sakitkn ati sesape..
kite sume kawan

Muhammad Fadhlullah berkata...

hehe..bro..kalau band metal perform ko stuju x??hehehe..ok2..tahla..tu di sponsor celcom..kite xbayar..mcm kes dulu digi sponsor..

tujuan nk tarik org ramai dtg..nnt tapak dah sewa tp org sikit dtg jd isu gak..mcm2 kena fikir..

so yg paling baik,jd profesional..buat je precaution tuk konsert2..nak dvide laki pompuan pn ok je..buat..yg mengurus kite..

kite xsekat hiburan dan bukan nasyd shj hburan tu,tapi dalam masa yang sama kite jaga baik2 U kite..

k.p. berkata...

hello bro developed open la skit ala setakat faizal tahir xde apa2 yangboleh menjatuhan iman atau setakat kansert kecik pun dah kata pesta...apa salahnya kite jemput artis luar datang bukan leh berhibur jew budak2muzik pun boleh belajar bro..belajar dari y lebih berpengalaman n yang mmg sudah ada dalam bidang muzik,,cuba tanya la budak muzik diorg setuju x artis luar dantang..jwpan dah pasti setuju bro...lagipun selain artis luar mmg pun kita dah jemput artis upsi tuk wat persembahan..bro tau tak nie..main kcap jew...hehehe jgsn marah..open bro, open..jgan ttp pandangan kita alah klu ckap pasal maksiat mmg la gua tau bro tp igat klu artis luar tak datang maksiat tu xde kew...bro..semua bergantung kepada induvidu belajr ipt xkan xleh wat keptusan sendiri kalau sapa2 asa benda tux sesuai xpayah la pg tonton xde sapa yang paksa....

Tanpa Nama berkata...

pendidik akan mendidik, didikan bagaimna yg ingin diterapkan kepada pelajar2 kita nt?