Selasa, 7 Julai 2009

Tahniah Prof Shah (TNC HEP) & SMU tetap kelab aktif!!!

Assalamualaikum

Tahniah kepada Prof Dr. Shaharudin Bin Abdul Aziz kerana kekal sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar & Alumni UPSI. SMU diberitahu Prof Shah akan kekal sebagai TNC HEP selama 2 tahun lagi sehingga 2011. Pelantikan beliau adalah daripada kementerian pengajian tinggi Malaysia dan UPSI telah pun menerima surat daripada KPT mengatakan Prof Shah akan kekal sebagai TNC HEP UPSI untuk 2 tahun lagi.

SMU ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Prof, dan berharap, Prof akan terus berkhidmat demi universiti dan demi kebajikan pelajar, InsyaAllah. SMU juga mendoakan supaya Prof terus berjaya dan membawa perubahan kepada pentadbiran universiti khususnya Jabatan hal Ehwal pelajar & Alumni UPSI.

SMU juga ingin tegaskan kepada semua mahasiswa/wi, ramai yang tidak senang dengan kedudukan Kelab SMU. Ini kerana ramai yang minta untuk SMU dibubarkan. Kami bukan MUSUH tapi sebaliknya kami adalah SAHABAT. Ada pihak tertentu yang dengki, iri hati, dan tergugat dengan kedudukan Sahabat Mahasiswa Universiti. Jadilah orang akademik dan anak jantan. Kalau ingin bersaing tunjukkanlah anda mampu bersaing dengan SMU dengan penganjuran aktiviti dan penglibatan aktiviti di peringkat kolej, universiti mahupun kebangsaan. Sertai dan sentiasa aktifkan diri dalam memajukan aspirasi universiti serta bersama-sama menjadi bitara.

Untuk pengetahuan semua kelab-kelab lain, SMU hanya sebuah kelab biasa seperti kelab-kelab yang lain yang aktif dan sentiasa menganjurkan aktiviti di peringkat universiti. Sertailah SMU dan menjadi sahabat kepada semua mahasiswa/wi UPSI dan bukannya seperti penakut/pengecut minta bubarkan SMU. (dakwaan dan permintaan yang sungguh MEMALUKAN). Bersainglah dengan cara yang sihat, dan bukan seperti pengecut atau penakut dengan menulis blog dan memfitnah.

SMU akan tetap menjadi sebuah kelab yang aktif, dan kepada yang ingin menyertai kelab ini, semester ini permohonan untuk menjadi ahli akan dibuka tidak lama lagi. Tunggu memo di kolej-kolej kediaman anda dan kampus.

Untuk pengetahuan semua mahasiswa, Naib Canselor sendiri pernah tersilap menyebut ‘Terima Kasih kepada Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU)’ dalam ucapannya pada ambilan Disember 08/09 walaupun ketika itu Minggu Suai Kenal diuruskan oleh Jawatankuasa Suai Kenal (JKS). Ini menunjukkan Dato Naib Canselor sendiri tahu tentang kewujudan SMU sejak dulu lagi. Kepada pihak tertentu yang mendakwa yang tidak berasas itu, cakap berdasarkan bukti dan bukan auta. Kemudian, sekiranya anda tidak percaya, anda oleh bertanya kepada pegawai-pegawai HEP dan JKS, sama ada betul atau tidak, semasa MSK Dis 08/09 Dato tersilap sebut ketika berucap.

Akhir kata, SMU adalah SAHABAT MAHASISWA UNIVERSITI dan bukan musuh sesiapa. Ini kerana:

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT!!!

Wassalam...

Tiada ulasan: