Ahad, 5 Julai 2009

Goodbye MSK 09/10, welcome junior & senior...

Assalamualaikum!!!
Alhamdulillah, akhirnya Minggu Suai Kenal Ambilan Julai 09/10 selesai dengan pelbagai kontroversi, masalah, ragam dan gosip. SMU ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis perwakilan pelajar UPSI 08/09 kerana berjaya menghabiskan dan menamatkan minggu suai kenal kali ini.

Sekalung penghargaan juga kepada semua sekretariat minggu suai kenal (SMS) kerana bertungkus-lumus menjayakan MSK kali ini walaupun rata-ratanya ramai mahasiswa yang baru. SMU ingin mengucapkan syabas dan berharap saudara/ri dapat terus memberi komitmen kepada UPSI dan menjayakan program bukan sahaja di peringkat kolej kediaman tetapi di peringkat universiti.

Perjalanan MSK kali ini boleh dikatakan berjaya dari segi perjalanan slotnya walaupun terdapat pelbagai halangan dugaan dan cabaran. Semuanya dapat diatasi dengan berdiplomasi antara pihak-pihak dalam SMS. Setiap kali post mortem akan menjadi hangat terutamanya di SITC/KHAR/KUO. Walau bagaimanapun, semuanya dapat diatasi dengan tenang.

Tidak terlepas juga terima kasih kepada semua pegawai HEP yang bertungkus-lumus dalam menjayakan MSK kali ini.

SMU juga berharap semua mahasiswa/wi baru dapat menjadi warga UPSI yang bitara seterusnya mengharapkan dapat meningkatkan nama universiti kita di peringkat yang lebih tinggi.

Seterusnya, SMU ingin ucapkan selamat kembali ke kampus bagi pelajar senior dan diharapkan sem baru, azam baru, semangat baru akan ditanamkan dalam diri seluruh mahasiswa/wi UPSI.

Akhir kata, Sesungguhnya, sesuatu perkara itu perlu dilakukan dengan niat kerana Allah taala dan bukan kerana ganjaran pada masa hadapan atau kepentingan peribadi seseorang atau segolongan pihak tertentu. Ini kerana sesuatu yang dilakukan perlu ada rasa tanggungjawab dan dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah...

Ingat!!!

SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MPP Pro-Kebajikan x buat keje langsung..