Rabu, 29 Julai 2009

H1N1 : SMU sedia turun padang!!!

H1N1: SMU sedia turun padang untuk membantu mahasiswa

Assalamualaikum!!!

12.30 PM : SMU sedia membantu mahasiswa/wi yang memerlukan bantuan terutamanya yang berada di kolej kediaman UPSI. Ini kerana SMU cukup berpengalaman dalam pengendalian isu-isu seperti ini. Berdasarkan pengalaman SMU dalam MASKUM, SMU telah didedahkan dengan menjadi sukaralewan bencana alam serta malapetaka atau isu-isu kritikal seperti H1N1. Beberapa SMU telah dilatih oleh Majlis Sukaralewan Universiti (MASKUM) sebelum ini. Jadi isu seperti ini tidak menjadi masalah kepada SMU untuk membantu JHEPA dalam menangani H1N1 di UPSI.

Saudara Zulhelmi, presiden SMU 2009/2010 berkata, kami SMU sedia turun bersama mahasiswa dan membantu JHEPA untuk mengedarkan makanan serta membantu pengurusan pusat kesihatan untuk membawa mangsa VIRUS H1N1 bersama-sama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI ke pusat rawatan yang berdekatan. Walaubagaimanapun, semalam, SMU diketuai oleh saudara Shahrir Abdullah telah pun menjalankan operasi bersama-sama JHEPA, JMK serta MPP dalam penghebahan H1N1 di Taman Bahtera UPSI yang merangkumi Bahtera Arked, Bahtera Terrace, KUO dan KHAR.

Memandangkan SMU merupakan sahabat kepada semua mahasiswa UPSI, semalam saudara Shahrir bersama NYDP telah pun bersama-sama JMK KHAR dalam menyampaikan hebahan kepada seluruh warga Bahtera di UPSI. SMU menjalankan tanggungjawab sosial dan membuktikan peranan mereka dikalangan mahasiswa semalam. Oleh sebab itu SMU sudah bersedia dengan kekuatan ahli seramai 100 orang untuk bersama-sama membantu HEP dalam menguruskan H1N1 terutama dalam pengedaran makanan kepada mangsa-mangsa kuarantin di UPSI.

Kepada mahasiswa UKLK, SMU berharap anda tidak pulang ke kampong halaman anda, ini kerana untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku di kampong halaman anda. Sayangilah keluarga anda dan berdoa supaya dijauhkan H1N1 daripada menular di kampong anda. SMU mencadangkan agar mahasiswa/wi menunggu arahan daripada VC sama ada boleh atau tidak pulang ke kampong halaman bagi mengatasi sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Akhir sekali, SMU akan tetap bersama mahasiswa/wi UPSI dan sentiasa bersama-sama anda dalam menangani masalah H1N1. Marilah bersama-sama berdoa agar keadaan ini dapat dipulihkan dengan keadaan segera.

SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT!!!
WASSALAM!!!

1 ulasan:

FdausAmad berkata...

Gua nak ajak lu datang blog gua..pekena kenduri kat sana.Folo baca doa pun takpa.Kalau suka link