Selasa, 7 Julai 2009

Tahniah Prof Shah (TNC HEP) & SMU tetap kelab aktif!!!

Assalamualaikum

Tahniah kepada Prof Dr. Shaharudin Bin Abdul Aziz kerana kekal sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar & Alumni UPSI. SMU diberitahu Prof Shah akan kekal sebagai TNC HEP selama 2 tahun lagi sehingga 2011. Pelantikan beliau adalah daripada kementerian pengajian tinggi Malaysia dan UPSI telah pun menerima surat daripada KPT mengatakan Prof Shah akan kekal sebagai TNC HEP UPSI untuk 2 tahun lagi.

SMU ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Prof, dan berharap, Prof akan terus berkhidmat demi universiti dan demi kebajikan pelajar, InsyaAllah. SMU juga mendoakan supaya Prof terus berjaya dan membawa perubahan kepada pentadbiran universiti khususnya Jabatan hal Ehwal pelajar & Alumni UPSI.

SMU juga ingin tegaskan kepada semua mahasiswa/wi, ramai yang tidak senang dengan kedudukan Kelab SMU. Ini kerana ramai yang minta untuk SMU dibubarkan. Kami bukan MUSUH tapi sebaliknya kami adalah SAHABAT. Ada pihak tertentu yang dengki, iri hati, dan tergugat dengan kedudukan Sahabat Mahasiswa Universiti. Jadilah orang akademik dan anak jantan. Kalau ingin bersaing tunjukkanlah anda mampu bersaing dengan SMU dengan penganjuran aktiviti dan penglibatan aktiviti di peringkat kolej, universiti mahupun kebangsaan. Sertai dan sentiasa aktifkan diri dalam memajukan aspirasi universiti serta bersama-sama menjadi bitara.

Untuk pengetahuan semua kelab-kelab lain, SMU hanya sebuah kelab biasa seperti kelab-kelab yang lain yang aktif dan sentiasa menganjurkan aktiviti di peringkat universiti. Sertailah SMU dan menjadi sahabat kepada semua mahasiswa/wi UPSI dan bukannya seperti penakut/pengecut minta bubarkan SMU. (dakwaan dan permintaan yang sungguh MEMALUKAN). Bersainglah dengan cara yang sihat, dan bukan seperti pengecut atau penakut dengan menulis blog dan memfitnah.

SMU akan tetap menjadi sebuah kelab yang aktif, dan kepada yang ingin menyertai kelab ini, semester ini permohonan untuk menjadi ahli akan dibuka tidak lama lagi. Tunggu memo di kolej-kolej kediaman anda dan kampus.

Untuk pengetahuan semua mahasiswa, Naib Canselor sendiri pernah tersilap menyebut ‘Terima Kasih kepada Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU)’ dalam ucapannya pada ambilan Disember 08/09 walaupun ketika itu Minggu Suai Kenal diuruskan oleh Jawatankuasa Suai Kenal (JKS). Ini menunjukkan Dato Naib Canselor sendiri tahu tentang kewujudan SMU sejak dulu lagi. Kepada pihak tertentu yang mendakwa yang tidak berasas itu, cakap berdasarkan bukti dan bukan auta. Kemudian, sekiranya anda tidak percaya, anda oleh bertanya kepada pegawai-pegawai HEP dan JKS, sama ada betul atau tidak, semasa MSK Dis 08/09 Dato tersilap sebut ketika berucap.

Akhir kata, SMU adalah SAHABAT MAHASISWA UNIVERSITI dan bukan musuh sesiapa. Ini kerana:

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT!!!

Wassalam...

Ahad, 5 Julai 2009

Goodbye MSK 09/10, welcome junior & senior...

Assalamualaikum!!!
Alhamdulillah, akhirnya Minggu Suai Kenal Ambilan Julai 09/10 selesai dengan pelbagai kontroversi, masalah, ragam dan gosip. SMU ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis perwakilan pelajar UPSI 08/09 kerana berjaya menghabiskan dan menamatkan minggu suai kenal kali ini.

Sekalung penghargaan juga kepada semua sekretariat minggu suai kenal (SMS) kerana bertungkus-lumus menjayakan MSK kali ini walaupun rata-ratanya ramai mahasiswa yang baru. SMU ingin mengucapkan syabas dan berharap saudara/ri dapat terus memberi komitmen kepada UPSI dan menjayakan program bukan sahaja di peringkat kolej kediaman tetapi di peringkat universiti.

Perjalanan MSK kali ini boleh dikatakan berjaya dari segi perjalanan slotnya walaupun terdapat pelbagai halangan dugaan dan cabaran. Semuanya dapat diatasi dengan berdiplomasi antara pihak-pihak dalam SMS. Setiap kali post mortem akan menjadi hangat terutamanya di SITC/KHAR/KUO. Walau bagaimanapun, semuanya dapat diatasi dengan tenang.

Tidak terlepas juga terima kasih kepada semua pegawai HEP yang bertungkus-lumus dalam menjayakan MSK kali ini.

SMU juga berharap semua mahasiswa/wi baru dapat menjadi warga UPSI yang bitara seterusnya mengharapkan dapat meningkatkan nama universiti kita di peringkat yang lebih tinggi.

Seterusnya, SMU ingin ucapkan selamat kembali ke kampus bagi pelajar senior dan diharapkan sem baru, azam baru, semangat baru akan ditanamkan dalam diri seluruh mahasiswa/wi UPSI.

Akhir kata, Sesungguhnya, sesuatu perkara itu perlu dilakukan dengan niat kerana Allah taala dan bukan kerana ganjaran pada masa hadapan atau kepentingan peribadi seseorang atau segolongan pihak tertentu. Ini kerana sesuatu yang dilakukan perlu ada rasa tanggungjawab dan dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah...

Ingat!!!

SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam

Khamis, 18 Jun 2009

MSK MASTER & PHD satu penghormatan kepada SMU...

Assalamualaikum.

Pada kali ini, Seramai 15 orang ahli SMU senior dilantik untuk mengendalikan MSK ambilan Master & PHD dengan kerjasama IPS UPSI. SMU dilantik untuk mengendalikan Hari Pendaftaran mahasiswa Ijazah lanjutan kerana kredibiliti dan kebolehan serta pengalaman dalam pengendalian minggu suai kenal sebelum ini. Ini merupakan satu penghormatan kepada SMU kerana telah mengembalikan kepercayaan pihak tertinggi UPSI bahawa SMU bekerja kerana sayangkan UPSI dan bukan untuk kepentingan peribadi. SMU juga membuktikan bahawa masih diperlukan di UPSI untuk membantu UPSI dalam hal-hal tertentu. Akhirnya ada pihak yang mengiktiraf SMU adalah kumpulan mahasiswa yang sentiasa membantu universiti tanpa mengira masa, tenaga mahupun kewangan. (Bukan bangga, tapi pengakuan ekslusif dr pihak IPS UPSI)

15 orang SMU ini bertugas di IPS bermula 17 hb sehingga 20 hb di IPS UPSI. Pada sebelah malam nya mula 15 orang ini menjadi PESERTA bengkel MSK ambilan Julai 2009/2010 di dewan KUO. SMU juga diminta untuk membantu SEKTERIAT SUAI KENAL (SMS) dalam pengendalian MSK kali ini.

Namun, terdapat pelbagai spekulasi bahawa kononnya MPP menggaburi mata semua mahasiswa bahawa SMS itu adalah SMU. Ini adalah dakwaan yang tidak benar. Ini kerana fasilitator yang dijemput adalah mantan MPP 07/08 dan MPP 08/09. SMU tidak ada kaitan dengan perjalanan atau perancangan bengkel MSK 09/10 yang sedang berjalan di KUO. SMU adalah PESERTA seperti mahasiswa yang lain juga.

Ini menjadi pertikaian oleh sesetengah pihak kerana, mantan MPP lepas adalah kebanyakan bermula daripada SMU dan juga ahli SMU yang lama. Mereka menyertai MSK atau menjadi fasilitator atas tiket senior dan atas tiket mantan MPP dan bukan atas tiket mantan SMU.

Walau bagaimanapun, tahniah dan syabas kepada MPP 08/09 kerana bersatu hati dalam perancangan MSK kali ini. Ramai lagi MPP tidak kelihatan dalam bengkel MSK seperti saudara Akmal Madzir, Saudara Arif, saudara Zulhelmi, saudara Razik Khalid, saudara Armadi, saudara Punithen, Saudari Siti HAzliza.... Ke mana mereka semua? Ini adalah program MPP dan bukan program JMK atau SMU. Jadi kepada semua MPP bersatu hatilah dalam pengendalian MSK kali ini. Tahniah dan syabas juga kepada JMK kolej kerana bersama-sama dalam pengendalian MSK kali ini. Diharap kerjasama antara MPP dan JMK akan sentiasa dan bersama-sama dalam menjayakan semua program di peringkat kolej, seterusnya universiti.
SMU berharap semua pihak bersatu hati dalam pengendalian MSK kali ini dan bekerjasama kerana semua adalah warga ibu kandung suluh budiman yang bitara, InsyaAllah. Buat kerana UPSI dan bukan kerana kepentingan masing-masing.

SMU juga berharap agar MSK master dan PHD berjalan dengan lancar dan sangat berharap semua mahasiswa mempunyai minat dan cenderung untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT.
Wassalam...

Selasa, 9 Jun 2009

TAWARAN BIASISWA KPTM

BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL (SLTP)PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA KE DALAM NEGARA

Program Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) yang diuruskan oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi adalah satu program bagi menyediakan bekalan tenaga pengajar terlatih untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti.
Tawaran ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan, UTP, MMU dan UNITEN sahaja.
PERHATIAN:
i. Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online).
ii. Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan
iii. Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna sistem sebelum membuat permohonan
iv. Sila lengkapkan borang permohonan dalam talian (on-line) dengan jelas, betul dan teliti
v. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2009, jam 12.00 tengah malam.
vi. Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses. Borang permohonan dianggap lengkap apabila pemohon klik butang "SAH & HANTAR" di akhir permohonan dan seterusnya mencetak borang permohonan.
vii. Bidang/kursus pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut (tertakluk kepada keperluan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).):

UKUR BAHAN
- SAINS KESETIAUSAHAAN

- SENI BINA
- PENGAJIAN PERNIAGAAN

- UKUR TANAH
- REKA BENTUK GRAFIK

- KEJURUTERAAN AWAM(ALAM SEKITAR)
- INDUSTRI SERAMIK

- PENYELENGGARAAN BANGUNAN
- INDUSTRI KRAFTANGAN

- TEKNOLOGI PEMBUATAN PERABUT
- TEKNOLOGI MAKANAN

- REKABENTUK DALAMAN
- AGRO INDUSTRI

- KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)
- MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM)

- KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (OPTOELEKTRONIK)
- TEKNOLOGI MAKLUMAT(KOMP PERIBADI & SOKONGAN RANGKAIAN)

- KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
- TEKNOLOGI MAKLUMAT(PENGATURCARAAN)

- TEKNOLOGI ELEKTRIK (PEPASANGAN & MENSERVIS)
- SISTEM KOMPUTER & SOKONGAN

- KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
- MULTIMEDIA KREATIF (ANIMASI/GRAFIK)

- KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PENYAMAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)
- MULTIMEDIA KREATIF (PENGIKLANAN)

- KEJURUTERAAN MEKATRONIK
- MATEMATIK

- PEMBAIKLPULIHAN PESAWAT (MRO)
- PEMBANGUNAN DIRI

- TEKNOLOGI PEMBUATAN BERSEPADU
- MATEMATIK GUNAAN

- TEKNOLOGI KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM
- SAINS GUNAAN

- PENYELENGGARAAN INDUSTRI
- BAHASA INGGERIS (TESL/TESOL)

- PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING
- BAKERI DAN KONFEKSIONARI

- PENGURUSAN PELANCONGAN
- TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN

- PELANCONGAN & PENGEMBARAAN
- PERKHIDMATAN KARGO & PELABUHAN

- KECANTIKAN & DANDANAN RAMBUT
- AKAUNTASI

- PEMASARAN
- PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN)


Apa tunggu lagi, mohonlah biasiswa ini sebelum 30 Jun 2009.

Lagi pasal MSK!!!

Assalamualaikum

Bertemu kita kembali selepas sekian lama di alam maya. SMU ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada mahasiswa/wi UPSI yang berjaya dalam peperiksaan yang lepas. Bagi yang tidak @ kurang memberangsangkan, cuba lagi dan tingkatkan prestasi anda pada sem akan datang.

SMU ingin menjelaskan keadaan sebenar tentang MSK. Ada sesetengah blog di UPSI mendakwa dan memfitnah SMU menguasai MSK. Ingin SMU jelaskan di sini, penubuhan awal SMU adalah bukan untuk berpolitik tetapi membantu universiti dalam pengendalian Minggu Suai Kenal. Namun sejak akhir-akhir ini, pengetua kolej kediaman UPSI mempersoalkan kembali fungsi SMU. Dan merasakan MSK ini perlu dikendalikan oleh JMK-JMK kolej. Oleh sebab itu MSK Disember yang lepas diberi kepada JMK.

Oleh sebab mempunyai masalah dalam pengendalian MSK Disember yang lepas, MSK diminta dikendalikan oleh MPP, walaupun itu sebenarnya bukan tugas rasmi MPP. MPP terpaksa menanggung atau pihak ketiga yang terpaksa mengambil tanggungjawab untuk mengendalikan MSK ini walaupun tugas MPP pada ketika itu amat sibuk.

SMU ingin menjelaskan keadaan sebenar kepada semua mahasiswa/wi, bahawa kebanyakan tampuk kepimpinan di UPSI di peringkat kolej, persatuan mahupun MPP, semuanya bermula dengan SMU.

Namun begitu, pengendalian MSK ini dikendalikan sepenuhnya oleh MPP dan SMU tetap akan membantu MPP untuk melicinkan lagi perjalanan MSK dengan pengalaman yang sedikit sepanjang mengendalikan MSK. Ada yang mempersoalkan panel temu duga jawatankuasa SMS kerana ditemu duga oleh beberapa orang SMU. Untuk pengetahuan mahasiswa/wi, panel temu duga ini diminta untuk mengendalikan temu duga atas permintaan daripada MPP sendiri. Panel-panel ini adalah individu yang menjadi majlis tertinggi dalam MSK yang dikendalikan sebelum ini. Jadi jangan ada spekulasi mengatakan SMU juga seperti ‘puppet HEP’. SMU bersama ASPIRASI UNIVERSITI iaitu bersama-sama universiti dalam pelaksanaan dasar.

Perlantikan En Muzamil sebagai pegawai yang mengendalikan MSK sekali lagi dicurigai. En Muzamil dilantik oleh HEP, siapalah kita untuk mencampur urusan pegawai diperingkat atasan. Kita sebagai mahasiswa/wi perlu tahu di mana batasan kita sebagai mahasiswa. Perlantikan En Muzamil tidal boleh disangkal kerana beliau amat berpengalaman dalam pengendalian MSK dalam tempoh beberapa tahun sejak JKS lagi.

Ramai yang mengatakan SMU ini adalah orang suruhan HEP, tapi untuk pengetahuan semua mahasiswa/wi UPSI, SMU bukan orang suruhan UPSI, tetapi adalah sebuah kelab seperti kelab lain yang aktif yang sentiasa membantu HEP, MPP dan mahasiswa/wi diperingkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, mahupun dalam universiti. Kami percaya Allah lebih mengetahui apa yang dilakukan oleh SMU. Jadi sesetengah blog yang mendakwa itu dan ini, SMU doakan agar anda kembali ke pangkal jalan dan tidak memfitnah antara satu sama lain.

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam!!!

Jumaat, 8 Mei 2009

Isu terkini dan UPSI INSIDER???

Assalamualaikum…

SMU kali ini terjumpa satu blog yang agak sensasi iaitu http://www.upsi-insider.blogspot.com/. Siapakah sebenarnya UPSI INSIDER? dan seolah-olah mencetuskan pelbagai kontroversi kepada mahasiswa UPSI. Dan SMU mendapati ada unsur berat sebelah kepada beberapa pihak dalam blog itu.

Walaubagaimanapun, ada sebahagian maklumat yang SMU dapati adalah benar dan ada sebahagian maklumat yang tidak begitu tepat. Isu berhubung dengan mantan YDP Izi masih menjadi satu isu yang besar dan SMU merasakan ianya adalah isu yang lapuk. Pihak pentadbiran KUO telah pun memberitahu semua warga UPSI tentang mengapa mantan YDP itu letak jawatan.

SMU tidak mahu menyabelahi mana-mana pihak, UPSIKINI @ UPSI INSIDER ke, pastikan apa yang anda sampaikan adalah maklumat yang benar dan tidak mengelirukan mahasiswa UPSI terutamanya. Teruskan berblog dan SMU berharap supaya menjaga etika dan bahasa pertuturan serta memberikan informasi yang tepat dan BENAR.

Terkini, isu berkaitan dengan penempatan siswi di KUO pada sem akan datang juga menjadi isu yang agak besar di UPSI. SMU merasakan, eloklah sekiranya berbincang dahulu sengan pihak sepatutnya untuk mengatasi masalah ini. Ini kerana ada pihak tertentu yang memandai-mandai yang membuat keputusan untuk membuat bantahan secara besar-besaran. Kita orang akademik, jadi berfikirlah secara akademik. SMU jua tertarik dengan kata-kata Akmal Madzir iaitu tentangan berdiplomasi. SMU merakan ini adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Ya, SMU memang akui akan wujud masalah sekiranya siswa ditempatkan di blok lelaki KUO. Tapi, SMU berasa supaya eloklah sekiranya pihak-pihak tertentu membuat diplomasi dengan pihak yang sepatutnya dan tidak membuat tindakan melulu.

Bagi MPP, tercapai sudahkan manifesto anda semua, Ini adalah tanggungjawab anda semua untuk melaksanakan manifesto masing-masing. SMU mendapati MPP sedang sibuk dengan urusan ke cambodia dan urusan Minggu Suai Kenal ambilan 2009/2010. SMU berharap kepada semua mahasiswa supaya tidak memandang rendah pada MPP sekarang, Cuma mereka ini kekurangan publisiti. Itu sahaja. Banyak juga yang telah dilaksanakan walaupun ianya tidak memberi kesan high impact. Ini kerana ini semua adalah pilihan mahasiswa UPSI untuk menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar.


Seterusnya adalah berkaitan dengan Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti, mulai sem depan, SMU akan memulakan sesi hadapan dengan aktiviti mesyuarat agong perlantikan AJK baru, membentuk pelan strategik kelab, kemudian membuat aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan. SMU juga akan tubuhkan satu aktiviti sepanjang sem iaitu senambrobik mulaisem hadapan. Ianya terbuka kepada semua warga UPSI sama ada staff mahupun mahasiswa untuk sama-sama cergas dan cerdas. Selain itu, SMU akan teruskan dengan program-program kemasyarakatan mulai sem hadapan dengan kerjasama pihak-pihak luar universiti atau NGO diluar dalam perlaksanaan aktiviti mulai sem hadapan.


Akhir kata, Semoga kita berjumpa lagi pada sem hadapan. SMU mengucapkan selamat bercuti kepada semua mahasiswa dan diharapkan mulai sem hadapan kita mulai dengan azam baru dan semangat baru. INGAT.....

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT....


Wassalam....

Jumaat, 1 Mei 2009

SELAMAT BERCUTI...

Assalamualaikum!!!
Hmmm.... semakin hari semakin kosong kolej kediaman di UPSI, dan semua mahasiswa sedang sibuk-sibuk mengemas untuk pulang bercuti ke kampung masing-masing. Masih ada satu minggu lagi minggu peperiksaan dan keadaan kolej kediaman pada hari ini hampir separuh kosong. Bagi yang belum tamat exam, selamat study... dan yang telah habis, selamat bercuti. pastikan anda hati-hati pulang ke kampung halaman masing2. Semoga kita dapat keputusan yang cemerlang dan pastikan anda mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah.
Kita jumpa lagi pada sem akan datang dengan azam dan semangat yang baru... SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT. InsyaAllah...
Wassalam...