Jumaat, 30 Januari 2009

SMU dan Pangkor Berdarah...

Assalamualaikum...

Baru-baru ini Negara kita digemparkan dengan isu Pangkor Berdarah. Pangkor berdarah ini telah menjadi isu besar kerana ada segelintir menyatakan Ikan-ikan yang dibawa masuk melalui Pangkor adalah tidak boleh dimakan DISEBABKAN AIR LAUT BERTUKAR MENJADI MERAH. Pada masa yang sama pendapatan nelayan di Pangkor terjejas akibat khabar angin ini. Juga terlibat sektor pelancongan di Pulau Pangkor juga terjejas. Ada yang telah membatalkan percutian mereka di Pulau Pangkor disebabkan oleh berita ini.

Walaubagaimanapun, SMU telah menafikan hal ini. Ini kerana kejadian laut bertukar bewarna merah disebabkan oleh pertumbuhan alga dan rumpai laut bewarna merah. Laut menjadi merah hanya disekitar LUMUT sahaja dan bukannya di Pangkor. SMU bersama pengusaha Pangkor Village telah membuat kenyataan akhbar pada 26 Januari 2009 bahawa Pangkor masih Selamat untuk menjadi pelancongan. SMU terlibat kerana pada masa yang sama SMU menganjurkan Program Pemantapan Rakan Exco SMU di Pangkor Village.

SMU bersama pengusaha Pangkor Village telah membuat kenyataan akhbar pada 26 Januari 2009 bagi membetulkan khabar angin tersebut. SMU juga telah meyakinkan warga Malaysia bahawa Pangkor masih selamat untuk menjadi kawasan pelancongan. Selepas kenyataan tersebut, Pangkor kembali seperti asal semula.

SMU juga ingin mengucapkan kepada semua SMU yang telah menjayakan Program 3 Hari 2 Malam di Pangkor Village dan terima kasih kepada semua senior SMU yang sanggup bersama-sama SMU junior kali ini.

Sekian,
WASSALAM...

Jumaat, 23 Januari 2009

SMU di Pangkor Village...

Assalamualaikum...

Seramai 40 orang SMU akan berada di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam bermula 24 Januari 2009 sehingga 26 Januari 2009. Program kaliini terdiri daripada semua exco dalam kelab SMU dan beberapa senior SMU yang telah pun praktikal.

Untuk pengetahuan semua peserta yang akan ke Pangkor, berikut adalah maklumat yang berkaitan:

Masa bertolak : 7.30 pagi di KAB, KZ, KUO, KHAR (24 Jan 2009)
Dijangka sampai : 11 malam (29 Jan 2009)

Keperluan : Pakaian sukan, kelengkapan peribadi, kelengkapan solat, touch
Light dan keperluan-keperluan yang lain.


Diharap semua peserta dapat berada pada waktu yang tepat di kolej masing-masing. SMU juga berharap objektif kem ini akan tercapai dan segalanya berjalan dengan lancar nanti, InsyaAllah...

Wassalam...

14 mahasiswa UPSI terkandas di kampus sekitar jam 12 tengah malam

Assalamualaikum…

Sebelum ini, SMU telah pun menulis berkaitan Karnival Pengguna yang berlangsung di UPSI. Hari ini, 23 Januari 2009 seramai 14 mahasiswa perempuan terkandas di stesen bas, berikutan tidak ada bas kitaran sekitar jam 11.30 malam tadi. Hal ini kerana, 14 mahasiswa tersebut leka membeli belah di Karnival pengguna sehingga terkandas di kampus. Selepas diselidik, 14 mahasiswa tersebut ialah mahasiswa kolej kediaman KHAR & KUO. Mereka kecewa kerana Karnival tersebut tidak menyediakan pengangkutan kepada pengunjung terutama mahasiswa yang berada di kolej.

Walaubagaimanapun, beberapa SMU dan dua orang MPP iaitu NYDP saudara Syaifuldin serta Saudari Ann (Exco Sukan) telah menyelesaikan masalah tersebut di kampus. Saudari Ann telah menawarkan keretanya sendiri untuk menghantar pulang semua mahasiswa dengan 3 kali angkut. Akhirnya kesemua mahasiswa dapat pulang ke kolej masing-masing dengan selamat atas bantuan SMU dan MPP tersebut. Mahasiswa mengucapkan terima kasih kepada SMU dan MPP yang telah memberi bantuan kepada mereka.

Mahasiswa agak kecewa dengan pihak penganjur Karnival Pengguna tersebut kerana tidak menyediakan pengangkutan sehingga karnival tersebut tamat. Namun begitu, SMU ingin nasihatkan semua mahasiswa UPSI untuk tidak leka dalam setiap penganjuran aktiviti di kampus dan ingin memaklumkan bas terakhir dari kampus ke kolej ialah 11.15 malam.

SMU ingin mengucapkan syabas kepada dua orang MPP tersebut kerana turun padang bersama-sama mangsa terkandas tersebut. Diharap MPP akan membuat pemantauan juga di waktu malam di kampus.

SMU juga ingin menasihatkan supaya semua mahasiswa sentiasa berhati-hati dan sentiasa berwaspada.

Wassalam...

Rabu, 21 Januari 2009

Karnival pengguna satu usaha yang membanggakan...

Assalamualaikum.

Tahniah kepada Kelab Pengguna kerana menganjurkan Karnival Pengguna julung kalinya di UPSI. Syabas kepada seluruh ahli kelab pengguna kerana telah memberikan input berkaitan Hak-hak pengguna serta telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik. Satu usaha yang sangat membanggakan.

Walaubagaimanapun, SMU ingin menegur beberapa aktiviti yang kurang menyenangkan sepanjang karnival itu berlangsung. SMU mendapati, masih ada percampuran atau pergaulan bebas lelaki perempuan di sepanjang karnival tersebut, terutamanya pada waktu malam. Smu mendapati tiada kawalan keselamatan yang dibuat dan kesesakan lalulintas setiap waktu pagi dan menyukarkan seluruh warga kampus terutama di beberapa lokasi seperti di hadapan SITC dan TS.

Selain itu, SMU juga mendapati gerai-gerai sepanjang karnival tersebut menjual barangan dengan harga yang lebih mahal berbanding harga pasaran. SMU terkejut dengan harga makanan di karnival tersebut setaraf dengan harga KFC. (boikot tetap boikot).

Diharap, pihak kelab pengguna dapat atasi masalah ini dan dapat memperbaiki kelemahan ini pada masa akan datang. SMU juga turut hadir memeriahkan karnival tersebut

Sekali bersahabat, selamanya bersahabat. InsyaAllah...

Wassalam...

Menara Bangsa...

Menara Bangsa

Suria muncul dipagi hari
Kita bangun sederap kaki
Menara bangsa yang kita bina
Perkasa tiada rebah lagi

Mentari sudah ada disini
Pasti bersinar beribu tahun lagi
Biar berhembus angin sangkakala
Malam pasti tiada datang

Kita sudah tiada perlu tidur
Kerna mimpi ada di depan mata
Embun jernih pengganti keringat
Berkilau bagai mutiara

Rimba akan terus hijau
Unggas riang ria berkicau
Air jernih meriak di sungai
Udara nyaman tenang di rongga

Darah kembali berharga
Merah buat penyeri muka
Senyum terus meniti di bibir
Kasih sayang jadi milik semua

Kita bebas terbang laksana burung
Terikat hanya di tali cinta

Kita bebas terbang laksana burung
Terikat hanya di tali cinta

Renungkan senikata ini, Diharap kita dapat menjadi warga UPSI yang sentiasa bersatu, bekerjasama dan InsyaAllah menjadi seorang guru yang bitara

Ahad, 18 Januari 2009

Lebih 4000 hadir menyaksikan Adibah Noor


Assalamualaikum…

Karnival Semarak Warisan (KASWA 09) telah berjaya membawa lebih 4000 penuntut UPSI dan penduduk sekitar Tanjung Malim semalam. Ini merupakan satu rekod kepada Kolej Ungku Omar kerana mencatat jumlah pengunjung paling ramai setakat ini dalam hari terbuka kolej kediamannya.

Walaubagaimanapun, SMU agak kecewa dengan segelintir mahasiswa yang masih tidak tahu menjaga tingkahlaku mereka ketika program tersebut dikendalikan. Bagi SMU, Adibah Noor adalah artis yang sesuai kerana beliau merupakan bekas guru TESL. Malam tersebut, Adibah Noor telah pun berkongsi sedikit pengalaman dan memberi nasihat kepada seluruh warga UPSI supaya tidak mempersiakan hidup masing-masing. Keseluruhannya pengendalian majlis tersebut boleh dikatakan berjalan dengan lancar.

SMU juga ingin menyatakan bahawa ada segelintir mahasiswa yang salah sangka dan masih berfikiran sempit. Ini kerana ada yang mendakwa program malam tadi berunsurkan maksiat yang amat serta boleh menyesatkan seorang mukmin yang sejati. Secara peribadi, SMU rasa tidak keterlaluan persembahan mahasiswa pada malam tersebut dan pengendalian oleh Adibah Noor sangat professional di atas pentas.

SMU berharap agar seluruh mahasiswa UPSI dapat menimba ilmu daripada program-program yang dikendalikan oleh sesuatu organisasi. Ambil yang jernih, Buang yang keruh.

Wassalam…

Jumaat, 16 Januari 2009

Forum Perdana KASWA 09

Assalamualaikum…

Pada hari ini, KUO akan mengadakan satu forum perdana sempena KASWA 09 bermula jam 9 malam ini. SMU difahamkan Saudara Nazri, Bekas kumpulan Raihan akan bersama-sama warga KUO dan pengunjung KASWA pada malam ini. Isu yang akan dibentangkan ialah Hiburan menurut perspektif Islam. SMU difahamkan,tajuk ini dipilih kerana ramai mahasiswa UPSI masih tidak faham konteks hiburan dalam Islam. Oleh sebab itu, malam ini segala persolan akan dirungkaikan oleh ahli-ahli panel yang cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Jangan lepaskan peluang anda malam ini. Pada masa yang sama turut diundang Kumpulan Em’Basheer UPSI yang telah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik MAKUM 08 baru-baru ini di UTM Skudai,Johor. Untuk pengetahuan semua warga UPSI banyak kejayaan telah digondololeh kumpulan Em’Basheer ini di peringkat luar. Ini kali pertama KASWA 09 menampilkan penampilan istimewa daripada Kumpulan Nasyid Em’Basheer.

Diharap, semua warga UPSI dapat memeriahkan majlis pada malam ini.

Wassalam.