Sabtu, 22 Ogos 2009

Lebih 500 mahasiswa/wi memohon keahlian baru SMU

Assalamualaikum!!!

SMU kali ini cukup bangga dengan mahasiswa/wi kerana lebih 500 memohon untuk keahlian Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti. Ini menunjukkan SMU masih lagi relevan di UPSI. Mahasiswa masih mahukan Kelab SMU terus giat aktif di UPSI. Walau bagaimanapun keahlian adalah di peringkat permohonan lagi. Semua yang telah memohon perlu menjalani proses yang ke-2 iaitu temu duga dengan ahli panel yang terdiri daripada Sahabat Mahasiswa Universiti.

Hanya 2 hari buka kaunter penyertaan hampir 500 diterima di kaunter, dan kesemua pemohon akan menjalani proses temu duga mulai minggu hadapan di bitara siswa UPSI. SMU mengucapkan terima kasih kepada semua mahasiswa/wi yang masih mempercayai SMU dan berharap SMU akan terus menjadi kelab yang aktif dan melaksanakan dasar aspirasi universiti selaras dengan IPTA-IPTA lain.

SMU telah bertukar core business daripada pengendalian Minggu Suai Kenal (MSK) kepada aktiviti-aktiviti besar universiti di samping menjalankan tugas sebagai medium penyampaian maklumat antara HEP dengan mahasiswa, antara MPP dengan mahasiswa, antara Pihak atasan universiti dengan mahasiswa. Ini merupakan satu alternatif kepada mahasswa/wi UPSI selepas MPP & JMK setiap kolej.

SMU adalah kelab yang mempunyai ahli yang paling ramai setakat ini di UPSI iaitu pernah mencecah sebanyak 700 orang dalam satu semester di UPSI. Walau bagaimanapun, pihak tertinggi SMU akan cuba berusaha menganjurkan pelbagai program yang melibatkan semua ahli kelab. Aktiviti yang paling hampir ialah aktiviti membuat banner sempena sambutan Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri di kalangan ahli kelab. Aktiviti tersebut dijangka akan berlangsung pada 22 Ogos 2009 (10 pagi) bertempat di Bitara siswa UPSI. Ahli kelab lama diminta untuk memeriahkan lagi proses membuat banner pada tarikh tersebut.
Akhir kata, SMU berharap kepada semua pemohon baru kelab agar bersedia untuk sesi temu duga yang bakal berlangsung pada tempoh terdekat ini. Aktifkan diri anda dengan pelbagai aktiviti di peringkat kolej, universiti mahupun kebangsaan agar kemahiran insaniah dan nilai tambah kita dapat ditingkatkan dari masa ke masa.

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada SMU teruskan usaha anda... saya harap kepipinan baru dapat melaksanakan pelbagai aktiviti unt SMU tahun ni... lagi satu cuba perjuangkan uns Pengambilan Minggu Suai Kenai unt masa yang akan datang...

SMU mmg best....

Tanpa Nama berkata...

wah... banyaknye... sampai 500 org... mmg semua akan dapat ke wktu intview nanti... rasanye soalan apa yg akan ditanya.. bg lah sedikit tip2.. senang nak wt persedian...

Tanpa Nama berkata...

kat mana nk intwiew? kami x dpt maklumat pun...

Tanpa Nama berkata...

Saya nak bagi sedikit cadangan kpd blog ni.. cuba popularkan blog SMU ni kpd student UPSI, supaya mereka tahu apa dia SMU.. cuba nyatakan sekali aktiviti2 yg akan dijalankan oleh SMU sepanjang tahun & aktiviti yg pernah dijankan oleh SMU spaanjang di UPSI... secara x langsung SMU akn menjadi gah dimata UPSI...