Selasa, 9 Jun 2009

Lagi pasal MSK!!!

Assalamualaikum

Bertemu kita kembali selepas sekian lama di alam maya. SMU ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada mahasiswa/wi UPSI yang berjaya dalam peperiksaan yang lepas. Bagi yang tidak @ kurang memberangsangkan, cuba lagi dan tingkatkan prestasi anda pada sem akan datang.

SMU ingin menjelaskan keadaan sebenar tentang MSK. Ada sesetengah blog di UPSI mendakwa dan memfitnah SMU menguasai MSK. Ingin SMU jelaskan di sini, penubuhan awal SMU adalah bukan untuk berpolitik tetapi membantu universiti dalam pengendalian Minggu Suai Kenal. Namun sejak akhir-akhir ini, pengetua kolej kediaman UPSI mempersoalkan kembali fungsi SMU. Dan merasakan MSK ini perlu dikendalikan oleh JMK-JMK kolej. Oleh sebab itu MSK Disember yang lepas diberi kepada JMK.

Oleh sebab mempunyai masalah dalam pengendalian MSK Disember yang lepas, MSK diminta dikendalikan oleh MPP, walaupun itu sebenarnya bukan tugas rasmi MPP. MPP terpaksa menanggung atau pihak ketiga yang terpaksa mengambil tanggungjawab untuk mengendalikan MSK ini walaupun tugas MPP pada ketika itu amat sibuk.

SMU ingin menjelaskan keadaan sebenar kepada semua mahasiswa/wi, bahawa kebanyakan tampuk kepimpinan di UPSI di peringkat kolej, persatuan mahupun MPP, semuanya bermula dengan SMU.

Namun begitu, pengendalian MSK ini dikendalikan sepenuhnya oleh MPP dan SMU tetap akan membantu MPP untuk melicinkan lagi perjalanan MSK dengan pengalaman yang sedikit sepanjang mengendalikan MSK. Ada yang mempersoalkan panel temu duga jawatankuasa SMS kerana ditemu duga oleh beberapa orang SMU. Untuk pengetahuan mahasiswa/wi, panel temu duga ini diminta untuk mengendalikan temu duga atas permintaan daripada MPP sendiri. Panel-panel ini adalah individu yang menjadi majlis tertinggi dalam MSK yang dikendalikan sebelum ini. Jadi jangan ada spekulasi mengatakan SMU juga seperti ‘puppet HEP’. SMU bersama ASPIRASI UNIVERSITI iaitu bersama-sama universiti dalam pelaksanaan dasar.

Perlantikan En Muzamil sebagai pegawai yang mengendalikan MSK sekali lagi dicurigai. En Muzamil dilantik oleh HEP, siapalah kita untuk mencampur urusan pegawai diperingkat atasan. Kita sebagai mahasiswa/wi perlu tahu di mana batasan kita sebagai mahasiswa. Perlantikan En Muzamil tidal boleh disangkal kerana beliau amat berpengalaman dalam pengendalian MSK dalam tempoh beberapa tahun sejak JKS lagi.

Ramai yang mengatakan SMU ini adalah orang suruhan HEP, tapi untuk pengetahuan semua mahasiswa/wi UPSI, SMU bukan orang suruhan UPSI, tetapi adalah sebuah kelab seperti kelab lain yang aktif yang sentiasa membantu HEP, MPP dan mahasiswa/wi diperingkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, mahupun dalam universiti. Kami percaya Allah lebih mengetahui apa yang dilakukan oleh SMU. Jadi sesetengah blog yang mendakwa itu dan ini, SMU doakan agar anda kembali ke pangkal jalan dan tidak memfitnah antara satu sama lain.

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

smu telah membalas dakwaan upsikini.ini meunjukkan upsikini menjadi rujukan utama smu.bagus..satu perkembangan yang bagus.
saya sbg warga upsi melihat apa yang dikatakan upsikini ada betulnya.terimalah kenyataan.
saya mengagumi kesungguhan smu bekerja tetapi jangan sampai mengabaikan agama..kalau kita imbas kembali,dalam jadual msk tidak ada dimasukkan waktu solat dengan harapan masing-masing faham t/jawab masing-masing.time makan ada pulak di state kan..pelik2..
saya juga kecewa dengan pergaulan ahli smu dan awak2nya yang tidak terkawal.bertepuk bertampar lelaki perempuan tanpa segan silu..malu la siket.
berkenaan ungkapan 'SMU bersama ASPIRASI UNIVERSITI iaitu bersama-sama universiti dalam pelaksanaan dasar.' 2 saya ingin betulkan. bukan dalam pelaksanaan dasar universiti, tapi dalam pelaksanaan aktiviti universiti je.beza 2..