Khamis, 2 April 2009

JKS-RKS-SMU-JKS-SMS (Satu Transformasi)

JKS – RKS – SMU – JKS – SMS (Satu Transformasi)

Assalamualaikum…

Transformasi merupakan satu perkara yang baik dan merupakan satu perubahan yang perlu dilakukan di mana-mana dalam sesebuah organisasi. Begitu juga, dengan perubahan terhadap pengendalian Minggu Suai Kenal di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sentiasa berubah-ubah. Bermula dengan Jawatankuasa Minggu suai kenal (JKS) kemudian kepada Rakan Suai Kenal (RKS) diikuti dengan penubuhan SAHABAT MAHASISWA UNIVERSITI (SMU). Pada kali ini, SMU ingin menulis tentang asal usul SMU itu sendiri. Penubuhan SMU sebenarnya adalah untuk pengendalian Minggu Suai Kenal (MSK) sejak tahun 2005 di bawah pimpinan Prof Abdullah Hadi, iaitu bekas TNC HEPA UPSI ketika itu. Dahulu, SMU memang gah di mata mahasiswa universiti ketika itu sehingga semua program universiti akan diminta dikendalikan oleh SMU dengan kerjasama MPP. SMU menjadi platform yang besar kepada mahasiswa UPSI bagi melahirkan pemimpin dalam pucuk kepimpinan universiti pada masa dahulu hingga sekarang. Siapa tidak kenal, saudara Mohd Faizul (Atok), Nur Atiqah, Raimi Rahim, Izlan Izwali, Dzulhelmi, Izi Nasuriddin, Hairie Abdullah, Fahmi, Mohd Ridzuan, Khairul Faiz, Khasyatul Rodziah, Nur Azlizan, dan lain-lain lagi. Semua kepimpinan diperingkat kolej, persatuan mahupun di MPP itu sendiri berpunca daripada SMU itu sendiri.

SMU juga merupakan tulang belakang universiti pada masa dahulu hingga sekarang kerana aktiviti yang melibatkan orang atasan universiti dan pihak-pihak luar dalam UPSI biasanya akan dikendalikan oleh SMU. SMU merupakan pendukung aspirasi universiti sejak dahulu lagi dimana sentiasa bersama-sama UPSI dalam apa jua keadaan pun.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini, SMU menjadi satu tanda tanya kepada semua mahasiswa UPSI kerana ianya dipersoalkan tentang kerelevanan dan kebolehannya. Banyak yang mengatakan SMU ini merupakan konspirasi pihak JHEPA dan tidak memberi peluang kepada warga UPSI yang lain. Pengetua-pengetua kolej juga mempersoalkan keistimewaan SMU di peringkat JHEPA sehingga MSK Disember lepas diminta untuk dikendalikan oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) dan diberi nama JKS semula. Seolah-olah transformasi yang begitu besar di UPSI. Penulis mendapati, apabila berlaku keadaan ini, core business SMU itu sendiri iaitu MSK telah dirampas dan dipersoal oleh pihak-pihak tertentu.

SMS atau Seketeriat Minggu Suai Kenal pula ditubuhkan oleh MPP untuk menutup semua tohmahan kepada SMU sebelum ini. SMS dibuka kepada semua warga UPSI kerana kononnya sebelum ini MSK adalah konspirasi antara pihak JHEPA dengan SMU dan tidak diberi peluang kepada warga UPSI lain. SMS dijangka akan disertai oleh MPP, JMK-JMK kolej, Persatuan-Persatuan UPSI, dan semua warga UPSI. Kononnya untuk berlaku adil kepada semua warga kampus.

Apabila kewibawaan SMU dipersoalkan antara impak yang begitu besar SMU nampak adalah UPSI akan ketandusan pelapis-pelapis menerajui kepimpinan di peringkat universiti kelak. Satu ketika dahulu, SMU pernah di cop PMS iaitu PROGRAM MUKA SAMA kerana semua program akan dihadiri oleh SMU. Ini bukan kerana konspirasi dari mana-mana pihak, tetapi ini adalah satu semangat atau perasaan sayang pada UPSI itu sendiri sangat ditekankan oleh SMU.

Penulis ingin mengatakan, mahasiswa UPSI lesu dan biasanya tertumpu pada kolej-kolej kediaman sahaja, Tetapi, program yang dikendalikan oleh JMK kolej juga tidak disertai oleh golongan mahasiswa ini. Ke mana mahasiswa UPSI sekarang ini??? Mengapa semua program yang dianjurkan tidak disertai atau tidak mendapat sambutan daripada mahasiswa UPSI? Beginikah dikatakan BITARA? Tepuk dada tanyalah minda anda masing-masing…

Walau bagaimanapun, penulis merasakan transformasi yang dilakukan akan membuka mata semua pihak dalam pengendalian MSK itu sendiri. Persoalan sekarang, adakah SMS itu diwakili oleh SMU juga? Kalau ada pun, bukan sebab konspirasi mana-mana pihak tetapi perasaan SAYANG PADA UPSI. Ini kerana SMU percaya SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT… SMU bukan musuh mana-mana pihak. MAAF pada mana-mana pihak yang tersinggung atas penulisan ini.

Wassalam

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

smu...sahabat untuk selamanya.
smu ttp wujud dihati walau x nampak dari luar...

Tanpa Nama berkata...

tahniah buat adik2 ku..xde ape yg abg mintak,just hargailah org2 sebelum adik2 yg mencipta SMU smpi la SMU di pandang oleh univ. hingga wujud hubungan keluarga antara SMU.. lirik lagu tema merealisasikan perasaan SMU terdahulu..

Tanpa Nama berkata...

krebiliti smu sbnrnya hanya tinggal kenangan je.awalnya smu bekerja x harapkan blsn.tp kini dah lain dr yg sy tau.maaflah kalo apa yg sy kata ni menyentuh hati.kegemilangan smu dah punah.sian smu...dulu sume respek smu.kebolehpercayaan menguruskan kerja,bkn je MSK spt yg penulis dlm blog ni salu sbtkan,tp mcm2.peranan smu utk membantu universiti mmg wajar ditabik.tp skrg xlbh drpd keje yg nak kan blsn dan amik peluang untuk mendabik dada.pk kan lah sebaiknya....

Tanpa Nama berkata...

jangan lupa genarasi awal smu 2005. hanya atok, tiqah saja batch super senior yang disebut. jgn lupa otai (abg farid), double bob, rinarozalen, mahathir, najib, norren..paling penting, en. muzammil jangan sekali2 xsebut.