Selasa, 9 Jun 2009

TAWARAN BIASISWA KPTM

BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL (SLTP)PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA KE DALAM NEGARA

Program Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) yang diuruskan oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi adalah satu program bagi menyediakan bekalan tenaga pengajar terlatih untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti.
Tawaran ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan, UTP, MMU dan UNITEN sahaja.
PERHATIAN:
i. Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online).
ii. Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan
iii. Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna sistem sebelum membuat permohonan
iv. Sila lengkapkan borang permohonan dalam talian (on-line) dengan jelas, betul dan teliti
v. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2009, jam 12.00 tengah malam.
vi. Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses. Borang permohonan dianggap lengkap apabila pemohon klik butang "SAH & HANTAR" di akhir permohonan dan seterusnya mencetak borang permohonan.
vii. Bidang/kursus pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut (tertakluk kepada keperluan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).):

UKUR BAHAN
- SAINS KESETIAUSAHAAN

- SENI BINA
- PENGAJIAN PERNIAGAAN

- UKUR TANAH
- REKA BENTUK GRAFIK

- KEJURUTERAAN AWAM(ALAM SEKITAR)
- INDUSTRI SERAMIK

- PENYELENGGARAAN BANGUNAN
- INDUSTRI KRAFTANGAN

- TEKNOLOGI PEMBUATAN PERABUT
- TEKNOLOGI MAKANAN

- REKABENTUK DALAMAN
- AGRO INDUSTRI

- KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)
- MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM)

- KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (OPTOELEKTRONIK)
- TEKNOLOGI MAKLUMAT(KOMP PERIBADI & SOKONGAN RANGKAIAN)

- KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
- TEKNOLOGI MAKLUMAT(PENGATURCARAAN)

- TEKNOLOGI ELEKTRIK (PEPASANGAN & MENSERVIS)
- SISTEM KOMPUTER & SOKONGAN

- KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
- MULTIMEDIA KREATIF (ANIMASI/GRAFIK)

- KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PENYAMAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)
- MULTIMEDIA KREATIF (PENGIKLANAN)

- KEJURUTERAAN MEKATRONIK
- MATEMATIK

- PEMBAIKLPULIHAN PESAWAT (MRO)
- PEMBANGUNAN DIRI

- TEKNOLOGI PEMBUATAN BERSEPADU
- MATEMATIK GUNAAN

- TEKNOLOGI KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM
- SAINS GUNAAN

- PENYELENGGARAAN INDUSTRI
- BAHASA INGGERIS (TESL/TESOL)

- PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING
- BAKERI DAN KONFEKSIONARI

- PENGURUSAN PELANCONGAN
- TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN

- PELANCONGAN & PENGEMBARAAN
- PERKHIDMATAN KARGO & PELABUHAN

- KECANTIKAN & DANDANAN RAMBUT
- AKAUNTASI

- PEMASARAN
- PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN)


Apa tunggu lagi, mohonlah biasiswa ini sebelum 30 Jun 2009.

Lagi pasal MSK!!!

Assalamualaikum

Bertemu kita kembali selepas sekian lama di alam maya. SMU ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada mahasiswa/wi UPSI yang berjaya dalam peperiksaan yang lepas. Bagi yang tidak @ kurang memberangsangkan, cuba lagi dan tingkatkan prestasi anda pada sem akan datang.

SMU ingin menjelaskan keadaan sebenar tentang MSK. Ada sesetengah blog di UPSI mendakwa dan memfitnah SMU menguasai MSK. Ingin SMU jelaskan di sini, penubuhan awal SMU adalah bukan untuk berpolitik tetapi membantu universiti dalam pengendalian Minggu Suai Kenal. Namun sejak akhir-akhir ini, pengetua kolej kediaman UPSI mempersoalkan kembali fungsi SMU. Dan merasakan MSK ini perlu dikendalikan oleh JMK-JMK kolej. Oleh sebab itu MSK Disember yang lepas diberi kepada JMK.

Oleh sebab mempunyai masalah dalam pengendalian MSK Disember yang lepas, MSK diminta dikendalikan oleh MPP, walaupun itu sebenarnya bukan tugas rasmi MPP. MPP terpaksa menanggung atau pihak ketiga yang terpaksa mengambil tanggungjawab untuk mengendalikan MSK ini walaupun tugas MPP pada ketika itu amat sibuk.

SMU ingin menjelaskan keadaan sebenar kepada semua mahasiswa/wi, bahawa kebanyakan tampuk kepimpinan di UPSI di peringkat kolej, persatuan mahupun MPP, semuanya bermula dengan SMU.

Namun begitu, pengendalian MSK ini dikendalikan sepenuhnya oleh MPP dan SMU tetap akan membantu MPP untuk melicinkan lagi perjalanan MSK dengan pengalaman yang sedikit sepanjang mengendalikan MSK. Ada yang mempersoalkan panel temu duga jawatankuasa SMS kerana ditemu duga oleh beberapa orang SMU. Untuk pengetahuan mahasiswa/wi, panel temu duga ini diminta untuk mengendalikan temu duga atas permintaan daripada MPP sendiri. Panel-panel ini adalah individu yang menjadi majlis tertinggi dalam MSK yang dikendalikan sebelum ini. Jadi jangan ada spekulasi mengatakan SMU juga seperti ‘puppet HEP’. SMU bersama ASPIRASI UNIVERSITI iaitu bersama-sama universiti dalam pelaksanaan dasar.

Perlantikan En Muzamil sebagai pegawai yang mengendalikan MSK sekali lagi dicurigai. En Muzamil dilantik oleh HEP, siapalah kita untuk mencampur urusan pegawai diperingkat atasan. Kita sebagai mahasiswa/wi perlu tahu di mana batasan kita sebagai mahasiswa. Perlantikan En Muzamil tidal boleh disangkal kerana beliau amat berpengalaman dalam pengendalian MSK dalam tempoh beberapa tahun sejak JKS lagi.

Ramai yang mengatakan SMU ini adalah orang suruhan HEP, tapi untuk pengetahuan semua mahasiswa/wi UPSI, SMU bukan orang suruhan UPSI, tetapi adalah sebuah kelab seperti kelab lain yang aktif yang sentiasa membantu HEP, MPP dan mahasiswa/wi diperingkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, mahupun dalam universiti. Kami percaya Allah lebih mengetahui apa yang dilakukan oleh SMU. Jadi sesetengah blog yang mendakwa itu dan ini, SMU doakan agar anda kembali ke pangkal jalan dan tidak memfitnah antara satu sama lain.

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam!!!

Jumaat, 8 Mei 2009

Isu terkini dan UPSI INSIDER???

Assalamualaikum…

SMU kali ini terjumpa satu blog yang agak sensasi iaitu http://www.upsi-insider.blogspot.com/. Siapakah sebenarnya UPSI INSIDER? dan seolah-olah mencetuskan pelbagai kontroversi kepada mahasiswa UPSI. Dan SMU mendapati ada unsur berat sebelah kepada beberapa pihak dalam blog itu.

Walaubagaimanapun, ada sebahagian maklumat yang SMU dapati adalah benar dan ada sebahagian maklumat yang tidak begitu tepat. Isu berhubung dengan mantan YDP Izi masih menjadi satu isu yang besar dan SMU merasakan ianya adalah isu yang lapuk. Pihak pentadbiran KUO telah pun memberitahu semua warga UPSI tentang mengapa mantan YDP itu letak jawatan.

SMU tidak mahu menyabelahi mana-mana pihak, UPSIKINI @ UPSI INSIDER ke, pastikan apa yang anda sampaikan adalah maklumat yang benar dan tidak mengelirukan mahasiswa UPSI terutamanya. Teruskan berblog dan SMU berharap supaya menjaga etika dan bahasa pertuturan serta memberikan informasi yang tepat dan BENAR.

Terkini, isu berkaitan dengan penempatan siswi di KUO pada sem akan datang juga menjadi isu yang agak besar di UPSI. SMU merasakan, eloklah sekiranya berbincang dahulu sengan pihak sepatutnya untuk mengatasi masalah ini. Ini kerana ada pihak tertentu yang memandai-mandai yang membuat keputusan untuk membuat bantahan secara besar-besaran. Kita orang akademik, jadi berfikirlah secara akademik. SMU jua tertarik dengan kata-kata Akmal Madzir iaitu tentangan berdiplomasi. SMU merakan ini adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Ya, SMU memang akui akan wujud masalah sekiranya siswa ditempatkan di blok lelaki KUO. Tapi, SMU berasa supaya eloklah sekiranya pihak-pihak tertentu membuat diplomasi dengan pihak yang sepatutnya dan tidak membuat tindakan melulu.

Bagi MPP, tercapai sudahkan manifesto anda semua, Ini adalah tanggungjawab anda semua untuk melaksanakan manifesto masing-masing. SMU mendapati MPP sedang sibuk dengan urusan ke cambodia dan urusan Minggu Suai Kenal ambilan 2009/2010. SMU berharap kepada semua mahasiswa supaya tidak memandang rendah pada MPP sekarang, Cuma mereka ini kekurangan publisiti. Itu sahaja. Banyak juga yang telah dilaksanakan walaupun ianya tidak memberi kesan high impact. Ini kerana ini semua adalah pilihan mahasiswa UPSI untuk menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar.


Seterusnya adalah berkaitan dengan Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti, mulai sem depan, SMU akan memulakan sesi hadapan dengan aktiviti mesyuarat agong perlantikan AJK baru, membentuk pelan strategik kelab, kemudian membuat aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan. SMU juga akan tubuhkan satu aktiviti sepanjang sem iaitu senambrobik mulaisem hadapan. Ianya terbuka kepada semua warga UPSI sama ada staff mahupun mahasiswa untuk sama-sama cergas dan cerdas. Selain itu, SMU akan teruskan dengan program-program kemasyarakatan mulai sem hadapan dengan kerjasama pihak-pihak luar universiti atau NGO diluar dalam perlaksanaan aktiviti mulai sem hadapan.


Akhir kata, Semoga kita berjumpa lagi pada sem hadapan. SMU mengucapkan selamat bercuti kepada semua mahasiswa dan diharapkan mulai sem hadapan kita mulai dengan azam baru dan semangat baru. INGAT.....

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT....


Wassalam....

Jumaat, 1 Mei 2009

SELAMAT BERCUTI...

Assalamualaikum!!!
Hmmm.... semakin hari semakin kosong kolej kediaman di UPSI, dan semua mahasiswa sedang sibuk-sibuk mengemas untuk pulang bercuti ke kampung masing-masing. Masih ada satu minggu lagi minggu peperiksaan dan keadaan kolej kediaman pada hari ini hampir separuh kosong. Bagi yang belum tamat exam, selamat study... dan yang telah habis, selamat bercuti. pastikan anda hati-hati pulang ke kampung halaman masing2. Semoga kita dapat keputusan yang cemerlang dan pastikan anda mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah.
Kita jumpa lagi pada sem akan datang dengan azam dan semangat yang baru... SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT. InsyaAllah...
Wassalam...

SELAMAT HARI BURUH!!!

Assalamualaikum...
Kepada semua warga UPSI, SMU ingin ucapkan selamat hari buruh. Diharap, selepas ini semua kakitangan, warga UPSI, dapat sama-sama menjadi Bitara dan produktif untuk sama-sama mencapai visi, dan misi UPSI. Marilah kita sama-sama menjadi warga UPSI yang cemerlang dan terbilang dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa kelak. InsyaAllah...
Wasaalam...

Kenapa dengan En Syahdan???

Assalamualaikum...
SMU ingin memberitahu seluruh warga UPSI untuk sama-sama doakan kesihatan En Syahdan, Felo KUO kerana beliau berada di HKL akibat demam campak. Diberitahu, keadaannya tidak stabil dan agak serius kerana tersilap makan ubat yang diberi oleh sebuah pusat kesihatan di Tg Malim. Marilah kita sama-sama doakan supaya En Syahdan dapat bertugas di UPSI secepat mungkin dan sihat dengan sejahtera. InsyaAllah...
Wassalam...

Jelajah Malaysia 2009

Assalamualaikum...
Kali ini SMU ingin nyatakan rasa bangga kerana UPSI menjadi pilihan untuk memulakan JOM JELAJAH MALAYSIA 2009 stage 7 di UPSI pd 25 April yg lepas. Pagi itu, semua peserta-peserta di seluruh dunia dilepskan oleh Dato VC kita sendiri di pintu utara Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Ini merupakan usaha salah satu mengantarabangsakan mamasarkan UPSI di peringkat global. Tahniah dan syabas kepada semua warga kerja JOM JELAJAH MALAYSIA dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun x dalam menjayakan JOM JELAJAH MALAYSIA 2009 pd 25 April yang lalu.
SMU berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang di UPSI. SMU juga berharap semua warga UPSI akan bersama-sama memeriahkan lagi program-program universiti pada masa akan datang.
SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT!!!
Wassalam!!!