Selasa, 1 September 2009

SMU mendokong Aspirasi UPSI dan UPSIKINI patut dijauhi oleh mahasiswa/wi UPSI

SMU mendokong ASPIRASI UNIVERSITI

Aspirasi universiti ialah satu ideologi di mana individu sepatutnya menyokong dan mendukung aspirasi universiti bagi mencapai visi dan misi universiti. Ia merupakan satu ideologi mahasiswa bukan sahaja di UPSI malah di seluruh IPTA Malaysia yang senantiasa menyokong kepimpinan universiti bagi melaksanakan dasar-dasar universiti. Ingat, ASPIRASI UNIVERSITI bukan satu kumpulan, bukan satu parti politik di kampus mahupun satu gerakan underground mahasiswa. Ia merupakan pemahaman dan satu gagasan yang sepatutnya difahami oleh seluruh warga kampus.

Di UPSI, Kelab Sahabat Mahasiswa UPSI sentiasa mendukung aspirasi universiti bagi melaksanakan dasar-dasar universiti bersama-sama kepimpinan universiti bagi mencapai matlamat visi dan misi universiti. Walau bagaimanapun, pemahaman ini disalah ertikan oleh segenap mahasiswa bahawa aspirasi merupakan anjing HEP yang mengampu atau golongan yang gila kuasa di UPSI. Ini merupakan dakwaan atau tanggapan yang patut dijauhi oleh mahasiswa. Hanya orang yang menyayangi universiti sahaja yang tahu tentang aspirasi universiti. Golongan yang menyokong aspirasi universiti ialah golongan yang aktif di peringkat universiti mahupun di peringkat antarabangsa.

Mahasiswa/wi UPSI seharusnya bersama-sama ASPIRASI universiti dan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Aktiviti yang dianjurkan di peringkat universiti ialah aktiviti bersama aspirasi universiti dan bukan untuk diboikot dan sebagainya. Orang yang tahu membuat demonstrasi, boikot, dan merosakkan aktiviti universiti merupakan orang yang tidak menyayangi universiti, malah ini merupakan golongan yang tidak tahu tentang universiti. Mahasiswa yang tidak menyokong aspirasi universiti merupakan mahasiswa yang dikategorikan sebagai PEMBANGKANG. Ini kerana sekiranya melanggar atau memboikot dasar-dasar universiti, golongan ini dikatakan pembangkang aspirasi universiti.

SMU ingin tekankan bahawa SMU bersama Aspirasi universiti kerana SMU menyayangi UPSI dan bangga sebagai anak kandung suluh budiman. ASPIRASI UPSI, SAYANGI UNIVERSITI KITA. InsyaAllah. Jauhi daripada golongan yang cuba memporak-perandakan universiti kita.

UPSIKINI baru-baru ini mendakwa antara soalan temu duga SMU ialah pandangan mahasiswa terhadap blog upsikini. Ini merupakan satu fitnah dan satu dakwaan yang tidak masuk akal. Kadang-kadang SMU masih tidak faham dengan UPSIKINI kerana ia mendakwa ia merupakan sumber maklumat yang sahih sedangkan apa yang diberitahu dan apa yang dinyatakan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni merupakan perkara yang bercanggah.

UPSIKINI patut dijauhi mahasiswa kerana:

Bukti 1: UPSIKINI cuba membawa POLITIK LUAR masuk ke dalam kampus dan cuba mempengaruhi mahasiswa UPSI untuk menyokong parti-parti tertentu. Contoh paling mudah, isu Audi yang ingin dibawa ke parlimen. Ini bukan isu mahasiswa atau isu yang boleh meningkatkan keintelektualan mahasiswa, malah ia merupakan satu perkara bagi menghasut mahasiswa.

Bukti ke-2 ialah dakwaan berkaitan DPLI dan ISMP. Apabila UPSIKINI disekat oleh pihak JARING, maka mahasiswa ISMP tidak boleh melayari UPSIKINI, jadi pihak UPSIKINI cuba membangkitkan dan melaga-lagakan mahasiswa ISMP dengan mahasiswa DPLI baru-baru ini.

Bukti ke-3 Upsikini hanya berat sebelah kerana sentiasa menulis tentang Pro Kebajikan Mahasiswa UPSI. Maklumatnya sentiasa berat sebelah seolah-olah barisan tampuk kepimpinan MPP 08/09 hanya Pro kebajikan sahaja yang bagus sedangkan SMU tidak nampak MPP pro kebajikan berada di pejabat untuk bertugas, malah kerja mereka diambil alih oleh MPP lain. Satu lagi, Tidak ada satu manifesto yang berjaya dilaksanakan oleh MPP pro kebajikan berbanding MPP Pro kualiti.

Berikut 3 Manifesto MPP Kebajikan yang tidak terlaksana sehingga hari ini.

Akmal Bin Madzir
Fakulti Sains Dan Teknologi
Pendidikan Sains
Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah
Mengusulkan Pada Pihak Ptptn Untuk Tidak Menolak Wang Pendahuluan Rm 1500 Secara Pukal Tapi Ditolak Secara Beransur-Ansur.
Menjaga Kebajikan Mahasiswa Di Segenap Sudut.

Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff
Fakulti Sains & Teknologi
Exco Akademik Dan Kerjaya

Mengurangkan 30% Kadar Denda Di Upsi

Menyediakan Kemudahan Pengangkutan Kepada OkuMemohon Ptptn Mengkaji Semula Pemberian Pinjaman Kepada Para Peminjam

Norhafizawati Binti Mahmad Rozali
Sains Dan Teknologi
Pendidikan Sains Biologi

Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah
Mengurangkan Kadar Denda Di Fakulti
Menambahkan Bilangan Study Week Kepada Dua minggu
Menambah Alat Radas Baru Di Makmal Fst Untuk Memudahkan Eksperimen


Daripada manifesto di atas, MPP pro kebajikan tidak melaksanakan satu pun manifesto mereka.


Ada beberapa perkara lagi yang akan dibongkar berkaitan UPSIKINI tidak lama lagi, Apabila di tanya ke Pejabat Dato Naib Canselor, Dato menyatakan terlalu banyak FITNAH dan berita PALSU yang disebarkan dalam blog tersebut dan telah diarahkan oleh pihak jaring untuk disekat supaya mahasiswa tidak diporak-perandakan oleh segelintir mahasiswa yang taksub dengan politik luar. Selain itu, pihak polis sedang menyiasat tentang penulis UPSIKINI dan ia masih dalam siasatan oleh pihak JARING dan POLIS. Apabila diketahui, maka pihak UPSI akan mengambil tindakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Perkara yang paling utama adalah disebabkan penyebaran berita palsu berkaitan H1N1.

SMU mengingatkan sekali lagi agar seluruh mahasiswa bersama-sama ASPIRASI UNIVERSITI dan menyayangi UPSI dan bukannya menjadi golongan yang memporak-perandakan keharmonian UPSI seperti pihak UPSIKINI.

Sekali bersahabat, selamanya bersahabat.

Wassalam.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

patut lah saya bace UPSIKINI mcm berita yg memburukan pihak lain... rasanya mereka suka meberikan berita2 palsu.. saya harap SMU dapat dedahkan lg mklumat yg berkAITAN dengan UPSI kini agar minda2 stdent di upsi x dipermainkan oleh mereka... Amik je tindakan TAtatertib kt dia org tu... biar lambat posting.... mak ayah suruh dtg upsi blaja, tp lain benda yg dia org buat.. apa nk jadi tu?

Tanpa Nama berkata...

saya memang xsuka UPSIKINI sebab penulis suka melaga-lagakan pelajar UPSI contohnya isu DPLI sebelum ini, saya ada berjumpa dengan pelajar DPLI tetapi mereka mngatakan bahawa mereka (pelajar DPLI) tidak mengeluarkan ape2 kenyataan..hmm nampak sangat UPSIKINI nak menjatuhkan pihak2 tertentu

Tanpa Nama berkata...

aahh..betul tu...saya pun ramai gak kwan DPLI .. ad gak tanye komen pasal UPSIKINI.. rata2 ckap UPSIKINI ni mcm sebuah pertubuhan yg nk menentang apa yg aktiviti unvsti lakukan.. smua yg uvsti wt x betul..dia org je yg betul.. mcm mereka nk kwal sluruh uvsti ni.. tp idologi yg dia org bwa x kena pada tempat & situasi.. spatutnya sbgai stdent kita kena lah menyokong uvsti kita sndiri... dan cuba naikan nama unvsti di mata dunia..bukan je nk kutuk,memalukan unvsi dgn blog2 yg mereka tulis..

Tanpa Nama berkata...

xkan lah semua yang UPSi wat tue betol...xkan kita nak kena ikut semua cakap UPSI semata2 nak jadikan UPSI nie hebat...contoh kes Audi, nmpk sgt ketidakadilan berlaku...ini lah yg mmbuatkan kbykan mahasiswa meluat ngan UPSI...kata xleh mana2 parti politik masuk ke UPSI, tp knp BN boleh lak...meluat lah tgk UPSI nie cuma berlembut ngn BN, tp kalau PR, haram xleh...itu adil ke???

Tanpa Nama berkata...

jauhi sifat/sikap "YES BOS".. ikut jek apa yg org (universiti)/mana2 pihak cakap..
lahirkan mahasiswa minda kelas pertama, pandai berfikir, pandai memilih, pandai bertindak.. jgn berada di satu pihak sahaja..
mahasiswa perlukan kebebasan bersuara..

Tanpa Nama berkata...

yup.......hidup aspirasi..
sy syg universiti...