Rabu, 29 Julai 2009

H1N1 : SMU sedia turun padang!!!

H1N1: SMU sedia turun padang untuk membantu mahasiswa

Assalamualaikum!!!

12.30 PM : SMU sedia membantu mahasiswa/wi yang memerlukan bantuan terutamanya yang berada di kolej kediaman UPSI. Ini kerana SMU cukup berpengalaman dalam pengendalian isu-isu seperti ini. Berdasarkan pengalaman SMU dalam MASKUM, SMU telah didedahkan dengan menjadi sukaralewan bencana alam serta malapetaka atau isu-isu kritikal seperti H1N1. Beberapa SMU telah dilatih oleh Majlis Sukaralewan Universiti (MASKUM) sebelum ini. Jadi isu seperti ini tidak menjadi masalah kepada SMU untuk membantu JHEPA dalam menangani H1N1 di UPSI.

Saudara Zulhelmi, presiden SMU 2009/2010 berkata, kami SMU sedia turun bersama mahasiswa dan membantu JHEPA untuk mengedarkan makanan serta membantu pengurusan pusat kesihatan untuk membawa mangsa VIRUS H1N1 bersama-sama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI ke pusat rawatan yang berdekatan. Walaubagaimanapun, semalam, SMU diketuai oleh saudara Shahrir Abdullah telah pun menjalankan operasi bersama-sama JHEPA, JMK serta MPP dalam penghebahan H1N1 di Taman Bahtera UPSI yang merangkumi Bahtera Arked, Bahtera Terrace, KUO dan KHAR.

Memandangkan SMU merupakan sahabat kepada semua mahasiswa UPSI, semalam saudara Shahrir bersama NYDP telah pun bersama-sama JMK KHAR dalam menyampaikan hebahan kepada seluruh warga Bahtera di UPSI. SMU menjalankan tanggungjawab sosial dan membuktikan peranan mereka dikalangan mahasiswa semalam. Oleh sebab itu SMU sudah bersedia dengan kekuatan ahli seramai 100 orang untuk bersama-sama membantu HEP dalam menguruskan H1N1 terutama dalam pengedaran makanan kepada mangsa-mangsa kuarantin di UPSI.

Kepada mahasiswa UKLK, SMU berharap anda tidak pulang ke kampong halaman anda, ini kerana untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku di kampong halaman anda. Sayangilah keluarga anda dan berdoa supaya dijauhkan H1N1 daripada menular di kampong anda. SMU mencadangkan agar mahasiswa/wi menunggu arahan daripada VC sama ada boleh atau tidak pulang ke kampong halaman bagi mengatasi sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Akhir sekali, SMU akan tetap bersama mahasiswa/wi UPSI dan sentiasa bersama-sama anda dalam menangani masalah H1N1. Marilah bersama-sama berdoa agar keadaan ini dapat dipulihkan dengan keadaan segera.

SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT!!!
WASSALAM!!!

Terkini H1N1: 1.45 am

Assalamualaikum...

UPSI akan ditutup untuk sementara waktu di atas kes H1N1. Kolej kediaman dikuarantin (KHAR,KUO,KZ,KAB) dan KZ disahkn 4 orang positif H1N1. Dato Naib Canselor, akan mengumumkan cuti dan kemungkinan besar mahasiswa akan disuruh balik ke kampung halaman masing-masing terutama di UKLK agar selamat daripada H1N1.
Kelas dan kuliah serta sebarang aktiviti di UPSI diBATALKAN sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak. Arahan tutup UPSI dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perak supaya langkah berjaga-jaga.
SMU berharap, semua mahasiswa mendoakan supaya keadaan ini tidak berlarutan dan sama-samalah kita berdoa agar dijauhi malapetaka dan kejadian buruk kelak. Ini kerana SMU percaya kerana satu titik hitam akan memberi impak yang besar kepada warga UPSI kelak.
Marilah kita berdoa supaya H1N1 dijauhkan daripada diri kita, keluarga kita, dan persekitaran kita. Eloklah sekiranya kita MENCEGAH daripada MENGUBATI...
Akhir kata, SMU berharap, semua tidak panik dan jangan terlalu suka akibat pembatalan kuliah. Diharap semuanya dapat dipulihkan seperti sedia kala, InsyaAllah...
SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT....
Wassalam!!!

KZ/KAB: 4 Positif H1N1....

Assalamualaikum

Berita Terkini: 4 orang pelajar UPSI disahkan positif H1N1 pada hari ini. Keempat-empat mahasiswa tersebut adalah penghuni Kolej Zaaba. Mereka ini telah pun di kuarantin di sebuah tempat yang akan diberitahu kelak. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan HEP menyatakan bahawa, mahasiswa UPSI tidak perlu bimbang dengan keadaan tersebut kerana ia di peringkat awal. Semua mahasiswa juga dinasihatkan untuk memakai topeng semasa ke kuliah untuk langkah berjaga-jaga. Kepada yang demam, selesema dan batuk sila dapatkan rawatan segera supaya ia dapat diatasi dengan segera. SMU berharap agar semua mahasiswa sentiasa H1N1.

Terkini: Semua pelajar KAB dan KZ UPSI di kuarantin di kolej masing-masing berikutan H1N1. Maklumat sekitar jam 1.09 am.

Mencegah lebih baik dari mengubati....

Sekali bersahabat, Selamanya bersahabat!!!

SMU Masih Relevan lagi...

Assalamualaikum

SMU masih relevan dikalangan mahasiswa UPSI. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran ahli kelab yang cecah 70% daripada ahli hadir dalam mesyuarat agung kali ke-5 yang baru berlangsung di Bitarasiswa UPSI. Ini bermakna, SMU masih kelab yang diperlukan dan akan terus aktif di UPSI.

Pada kali ini saudara Zulhelmi menjadi Presiden Kelab SMU atas sebulat suara daripada ahli kelab lain dan Saudara Suhaimi Shabullah menjadi Naib Presiden diikuti Saudari Shafzarotul Azrina sebagai Timbalan Presiden. Diharap tampuk pemerintahan baru ini dapat membina hubungan dikalangan mahasiswa UPSI dan menjadi seorang SAHABAT kepada mahasiswa/wi UPSI.

SMU akan terus mendukung ASPIRASI universiti dan menyokong dasar-dasar universiti seperti penubuhan kelab-kelab lain di UPSI. Antara agenda aktiviti yang dicadangkan dalam SMU ialah:

Pembukaan keahlian baru
Majlis sambutan berbuka Puasa
Jamuan Hari Raya bersama Sahabat
Road Tour ’AUKU’ di setiap kolej kediaman
Bengkel Protokol dan pengurusan majlis
Bengkel Penghasilan Kertas Kerja & Minit mesyuarat
Jamuan Hari Raya bersama SAHABAT
Program-program kemasyarakatan
Bakti siswa
Khidmat masyarakat

SMU mendapat maklumat banyak lagi program-program yang akan dilaksanakan kelak. Semua ahli kelab diminta untuk memeriahkan program yang dirancang kelak. Terima kasih kepada semua ahli kelab yang hadir pada malam tadi dan terima kasih dan syabas kepada semua AJK lepas kerana berjaya menjadikan SMU sebagai sesuatu yang bermakna.

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABT

Jumaat, 24 Julai 2009

Mesyuarat Agung SMU...

MEMO

KELAB SAHABAT MAHASISWA UNIVERSITI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MESYUARAT AGUNG KELAB SMU
AKAN DIADAKAN PADA:

TARIKH : 28 JULAI 2009 ( SELASA )
MASA : 8.30PM-10.30PM
TEMPAT : BILIK SEMINAR ,BITARASISWA

KEHADIRAN WAJIB BAGI AHLI KELAB SMU
Smu berharap semua ahli kelab dapat hadir pada hari tersebut.
SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT...

Khamis, 16 Julai 2009

Hah??? FAIZAL TAHIR dalam Pesta Konvo ke-11 sidang 2???

Hah? Faizal tahir dalam Pesta Konvo???

Assalamualaikum...

Pada kali ini, SMU ingin memberitahu mahasiswa/wi bahawa Pesta Konvokesyen kali ini menampilkan artis kontroversi 2008 iaitu Faizal Tahir ke dalam Pesta Konvokesyen UPSI ke – 11 sidang 2. SMU diberitahu bahawa Faizal Tahir akan ke UPSI julung kalinya untuk membuat persembahan di tapak pesta Konvokesyen UPSI kali ini dan dijadualkan akan membuat persembahan pada hari sabtu, 15 Ogos 2009.

Mengapakah Faizal Tahir dipilih untuk menghadiri pesta Konvokesyen kali ini? SMU masih tidak tahu apakah respon mahasiswa/wi UPSI dengan kehadiran Faizal Tahir ke Universiti Pendidikan Sultan Idris kali ini? Adakah peristiwa lama akan berulang? Adakah masih akan wujud surat terbuka Konsert Bantahan seperti Konsert Pesta sebelum ini walaupun artisnya tidak popular? Adakah mahasiswa UPSI masih boleh menerima dengan kehadiran Artis Juara Lagu 2008 dengan Lagu Sampaikan Syurga ke UPSI? Persoalan-persoalan seperti ini menjadi tanda tanya SMU kali ini.

SMU ingin meminta jasa baik kepada semua mahasiswa/wi yang melayari blog ini untuk memberi komen? Adakah patut MPP UPSI menjemput Faizal Tahir ke UPSI atau artis lain yang lebih sesuai ke dalam Pesta Konvokesyen? Ini kerana istilah ‘Pendidik’ selalu sahaja menyekat mahasiswa/wi UPSI untuk menerima hiburan seperti kandungan dalam surat bantahan-bantahan yang lepas. Surat bantahan lepas juga mendakwa, program-program seperti ini mampu untuk menghancurkan iman dan tidak mampu untuk menambah pemikiran intelektual mahasiswa/wi di UPSI.

SMU berharap, biarlah siapa yang sahaja yang dijemput, asalkan tidak keterlaluan dan sentiasa mengingatkan diri masing-masing supaya menjaga tingkah laku ketika dan sepanjang berada di UPSI? Adakah program seumpama ini MAKSIAT??? Tepuk dada tanyalah IMAN.

Akhir kata,

Sesungguhnya, sesuatu perbuatan dan tindakan yang diambil perlu berfikir dengan sebaik mungkin dengan mengambil pandangan daripada pelbagai pihak. Jangan ikutkan perasaan tetapi ikutlah kata suara hati. Bukan mudah untuk membuat keputusan dan justifikasi sesuatu perkara, kerana orang yang berada dalam sesuatu organisasi sahaja tahu tentang bangun dan jatuhnya sesuatu perkara.

SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam!!!

Khamis, 9 Julai 2009

Pindaan seksyen 15 AUKU...

Assalamualaikum...
Kali ini SMU ingin memberitahu kepada semua mahaiswa/wi UPSI tentang perkara 15 (AUKU). Mahasiswa/wi boleh terus klik disini bagi memahami pindaan perkara 15 dalam AUKU 1971.
SMU berharap mahasiswa/wi memahami isi kandungan AUKU tersebut dan mengintrepretasinya dengan tepat. SMU hanya berkongsi sumber maklumat yang diperolehi daripada SAHABAT universiti lain.
Wassalam

Pertubuhan HARAM yang perlu dijauhi oleh mahasiswa/wi UPSI

Assalamualaikum
SMU menyeru agar mahasiswa baru dan mahasiswa lain agar tidak menyertai pertubuhan mahasiswa haram. Pertubuhan haram ini ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dan sering melaksanakan kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Apakah kita mahasiswa Malaysia boleh menerima tindakan demonstrasi yang kasar, mengganggu ketenteraman awam, diperalatkan oleh pembangkang dan Amerika? Apakah Mahasiswa sanggup menyokong mahasiswa yang tidak datang kuliah dan tutorial kerana demonstrasi? Jadi jangan rosakkan masa depan sebagai mahasiswa yang cemerlang dan menggembirakan keluarga. Itulah matlamat sebagai mahasiswa.

Menyertai pertubuhan haram dan diperalatkan oleh parti politik pembangkang adalah satu kesalahan yang amat jelas dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Seksyen 15 (1), (2), (3), (4) dan (5). (akan dibincangkan kemudian)
Mahasiswa bebas melaksanakan segala aktiviti yang bersesuaian. Akta ini bertujuan sebagai panduan kepada mahasiswa dalam pertubuhan dan mengelakkan mahasiswa terlibat dengan kegiatan luar yang boleh mengancam keselamatan negara. Berikut merupakan beberapa pertubuhan haram yang mesti ditolak oleh mahasiswa iaitu;

1. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)

2. Front Anak Muda Untuk Demokrasi (FRAKSI)

3. Universiti Bangsar Utama (UBU)

4. Malaysian Youth And Democratic Movement (DEMA)

5. Independen Student Resource Centre (ISREC)

6. Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN)

7. Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN)

8. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

9. Majlis Perundingan Majlis Islam (MPMI: Gamis)

10. Gerakan Mahasiswa Mahsuhkan ISA (GMMI)

11. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

12. Food Not Bomb (FNB)

13. University Malaya Association of New Youth (UMANY)

14. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa India (JKMI)

15. Students For Pro-Democracy (Pro-DAM)

16. Gerakan Mahasiswa Maju (GMM).


Semua pertubuhan yang disebutkan di atas merupakan pertubuhan haram yang ada di kampus hari ini. Persatuan mahasiswa ini disokong kuat oleh parti pembangkang dan di taja oleh Amerika/Yahudi. Sanggupkah anda sebagai mahasiswa melihat kehancuran negara seperti peristiwa 13 Mei yang menggunakan mahasiswa untuk mengadakan demonstrasi perkauman?.
SMU berharap bahawa mahasiswa/wi UPSI sentiasa menjauhi pertubuhan haram seperti yang tersenarai. SMU juga berharap agar semua mahasiswa/wi UPSI menjauhkan diri daripada aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan yang di senarai HITAMkan itu oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). INGAT.... Mahasiswa/wi tugasnya adalah untuk belajar dan menuntut serta mengetahui isu-isu semasa dalam negara dan luar negara dan bukan tujuan BERPOLITIK...
SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT!!!
Wassalam...

Rabu, 8 Julai 2009

PPSMI dimansuhkan mulai 2012, satu transformasi...


PPSMI dimansuhkan mulai 2012
Jul 8, 09 1:05pm

kemaskini 5.05pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu. Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara. Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris."Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya. Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.
Rentetan pelaksanaan PPSMI:
Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah
Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.
Sumber: Malaysiakini...
SMU berharap, semua mahasiswa/wi dapat menerima keputusan ini. Ini adalah sumber daripada Malaysiakini. SMU hanya ingin berkongsi maklumat kepada semua mahasiswa/wi UPSI. Seperti biasa tempias PPSMI sudah tentu kita bakal guru yang akan menanggungnya. Kita adalah pelaksana dasar-dasar kerajaan. INGAT TUE!!!
Wassalam!!!

PTPTN dh dikreditkan, Biasiswa SLTP,KPTM & KPM awal bulan Ogos 2009

Assalamualaikum.

SMU ingin memberitahu, PTPTN telah pun dikreditkan ke dalam akaun pelajar pada hari ini, jam 8 pagi, 8 Julai 2009. Semua mesin ATM sekitar Tg Malim sudah mula penuh berikutan hampir 80 % pelajar di UPSI adalah di bawah tanggungan PTPTN. Kepada Mahasiswa/wi diharapkan supaya dapat menggunakan sumber kewangan tersebut dengan sebaik yang mungkin.

Bagi penerima biasiswa SLTP KPTM, hari ini SMU mendapatkan maklumat daripada KPTM, bahawa akaun anda akan dikreditkan selewat-lewatnya sewal bulan Ogos. Ini kerana KPTM masih menunggu sesetengah universiti yang tidak menghantar result semester lepas ke KPTM. Jadi KPTM, telah berjanji, selewat-lewatnya biasiswa SLTP akan dikreditkan selewat-lewatnya awal bulan Ogos. Jadi kepada penerima biasiswa tersebut, harap dapat bersabar dan anda masih boleh meminta bantuan daripada bahagian kewangan pelajar HEP sekiranya terdesak.

Begitu juga kepada penerima biasiswa KPM, SMU diberitahu, KPM akan mengkreditkan ke akaun pelajar pada bulan Ogos juga. Ini kerana tarikh akhir hantar result sem lepas ialah 30 Julai 2009. Ini bermakna tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh tersebut akan dikreditkan ke akaun anda. Jadi anda pun haruslah sabar dan sekiranya terdesak anda boleh meminta bantuan atau pandangan daripada Bahagian Kewangan dan kebajikan pelajar Jabatan hal Ehwal pelajar & Alumni.

Gunakan duit elaun sebaik yang mungkin. Sesungguhnya amalan membazir itu adalah amalan SYAITAN...

SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT.

Wassalam

Selasa, 7 Julai 2009

Program 'BIAWAK HIDUP' menjadi sebutan warga Kota Tinggi, johor.


Assalamualaikum.

SMU ingin menulis tentang seorang individu yang pernah di fitnah sebelum ini iaitu saudara Izi Nasuriddin Nasbi sebelum ini dalam sebuah blog sebelum ini. Sebelum ini, beliau dikatakan Biawak Hidup di MPP. Tapi akhirnya saudara Izi Nasuriddin dan kawan-kawannya menjadi sebutan satu Malaysia apabila berjaya membuat program Kem Motivasi, Kepimpinan dan Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab, Kota Tinggi.



Beliau dan rakan-rakannya sebelum ini dicemuh di dalam blog-blog membuktikan bahawa program yang dilaksanakan bukan program main-main dan serius serta satu sahaja tujuannya ialah memperkenalkan bakal-bakal guru UPSI mampu untuk menjadi agen perubahan masyarakat kelak.

Kem kepimpinan tersebut dijayakan oleh Mahasiswa Anak-Anak Johor, (MAJOR) dibantu Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) serta Majlis perwakilan pelajar UPSI 08/09. Izi Nasuriddin dan rakan-rakannya telah membuktikan bahawa mereka bukan setakat BIAWAK HIDUP tetapi menjadi BIAWAK HIDUP sebutan warga Kota Tinggi. Program seumpama ini akan diteruskan oleh Izi Nasuriddin sekiranya diberi peluang lagi oleh kerajaan negeri.

SMU juga ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada BIAWAK HIDUP tersebut, supaya sentiasa maju dan membuat program yang mampu meningkatkan nama UPSI di peringkat kebangsaan. SMU juga ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada semua MAJOR kerana berjaya menganjurkan program seumpama itu.

Jadi kepada pihak tertentu yang mendakwa dan memfitnah beliau dan rakan-rakannya, Insaflah dan teruskan berbakti kepada universiti. Jangan bercakap sahaja, tunjukkan tindakan anda dan buat lah sesuatu kepada universiti UPSI yang dicintai. insyaAllah.


Program itu juga mendapat liputan media. Boleh klik disini

Tahniah Prof Shah (TNC HEP) & SMU tetap kelab aktif!!!

Assalamualaikum

Tahniah kepada Prof Dr. Shaharudin Bin Abdul Aziz kerana kekal sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar & Alumni UPSI. SMU diberitahu Prof Shah akan kekal sebagai TNC HEP selama 2 tahun lagi sehingga 2011. Pelantikan beliau adalah daripada kementerian pengajian tinggi Malaysia dan UPSI telah pun menerima surat daripada KPT mengatakan Prof Shah akan kekal sebagai TNC HEP UPSI untuk 2 tahun lagi.

SMU ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Prof, dan berharap, Prof akan terus berkhidmat demi universiti dan demi kebajikan pelajar, InsyaAllah. SMU juga mendoakan supaya Prof terus berjaya dan membawa perubahan kepada pentadbiran universiti khususnya Jabatan hal Ehwal pelajar & Alumni UPSI.

SMU juga ingin tegaskan kepada semua mahasiswa/wi, ramai yang tidak senang dengan kedudukan Kelab SMU. Ini kerana ramai yang minta untuk SMU dibubarkan. Kami bukan MUSUH tapi sebaliknya kami adalah SAHABAT. Ada pihak tertentu yang dengki, iri hati, dan tergugat dengan kedudukan Sahabat Mahasiswa Universiti. Jadilah orang akademik dan anak jantan. Kalau ingin bersaing tunjukkanlah anda mampu bersaing dengan SMU dengan penganjuran aktiviti dan penglibatan aktiviti di peringkat kolej, universiti mahupun kebangsaan. Sertai dan sentiasa aktifkan diri dalam memajukan aspirasi universiti serta bersama-sama menjadi bitara.

Untuk pengetahuan semua kelab-kelab lain, SMU hanya sebuah kelab biasa seperti kelab-kelab yang lain yang aktif dan sentiasa menganjurkan aktiviti di peringkat universiti. Sertailah SMU dan menjadi sahabat kepada semua mahasiswa/wi UPSI dan bukannya seperti penakut/pengecut minta bubarkan SMU. (dakwaan dan permintaan yang sungguh MEMALUKAN). Bersainglah dengan cara yang sihat, dan bukan seperti pengecut atau penakut dengan menulis blog dan memfitnah.

SMU akan tetap menjadi sebuah kelab yang aktif, dan kepada yang ingin menyertai kelab ini, semester ini permohonan untuk menjadi ahli akan dibuka tidak lama lagi. Tunggu memo di kolej-kolej kediaman anda dan kampus.

Untuk pengetahuan semua mahasiswa, Naib Canselor sendiri pernah tersilap menyebut ‘Terima Kasih kepada Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU)’ dalam ucapannya pada ambilan Disember 08/09 walaupun ketika itu Minggu Suai Kenal diuruskan oleh Jawatankuasa Suai Kenal (JKS). Ini menunjukkan Dato Naib Canselor sendiri tahu tentang kewujudan SMU sejak dulu lagi. Kepada pihak tertentu yang mendakwa yang tidak berasas itu, cakap berdasarkan bukti dan bukan auta. Kemudian, sekiranya anda tidak percaya, anda oleh bertanya kepada pegawai-pegawai HEP dan JKS, sama ada betul atau tidak, semasa MSK Dis 08/09 Dato tersilap sebut ketika berucap.

Akhir kata, SMU adalah SAHABAT MAHASISWA UNIVERSITI dan bukan musuh sesiapa. Ini kerana:

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT!!!

Wassalam...

Ahad, 5 Julai 2009

Goodbye MSK 09/10, welcome junior & senior...

Assalamualaikum!!!
Alhamdulillah, akhirnya Minggu Suai Kenal Ambilan Julai 09/10 selesai dengan pelbagai kontroversi, masalah, ragam dan gosip. SMU ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis perwakilan pelajar UPSI 08/09 kerana berjaya menghabiskan dan menamatkan minggu suai kenal kali ini.

Sekalung penghargaan juga kepada semua sekretariat minggu suai kenal (SMS) kerana bertungkus-lumus menjayakan MSK kali ini walaupun rata-ratanya ramai mahasiswa yang baru. SMU ingin mengucapkan syabas dan berharap saudara/ri dapat terus memberi komitmen kepada UPSI dan menjayakan program bukan sahaja di peringkat kolej kediaman tetapi di peringkat universiti.

Perjalanan MSK kali ini boleh dikatakan berjaya dari segi perjalanan slotnya walaupun terdapat pelbagai halangan dugaan dan cabaran. Semuanya dapat diatasi dengan berdiplomasi antara pihak-pihak dalam SMS. Setiap kali post mortem akan menjadi hangat terutamanya di SITC/KHAR/KUO. Walau bagaimanapun, semuanya dapat diatasi dengan tenang.

Tidak terlepas juga terima kasih kepada semua pegawai HEP yang bertungkus-lumus dalam menjayakan MSK kali ini.

SMU juga berharap semua mahasiswa/wi baru dapat menjadi warga UPSI yang bitara seterusnya mengharapkan dapat meningkatkan nama universiti kita di peringkat yang lebih tinggi.

Seterusnya, SMU ingin ucapkan selamat kembali ke kampus bagi pelajar senior dan diharapkan sem baru, azam baru, semangat baru akan ditanamkan dalam diri seluruh mahasiswa/wi UPSI.

Akhir kata, Sesungguhnya, sesuatu perkara itu perlu dilakukan dengan niat kerana Allah taala dan bukan kerana ganjaran pada masa hadapan atau kepentingan peribadi seseorang atau segolongan pihak tertentu. Ini kerana sesuatu yang dilakukan perlu ada rasa tanggungjawab dan dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah...

Ingat!!!

SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT

Wassalam